Secara peribadi aku sebenarnya benci dan bengang dengan sebahagian kaum cina di Malaysia ni terutama cina yang menyokong parti DAP. Mereka ni begitu beria-ria dan bersemangat menentang apa jua usaha baik kerajaan.Walau apa jua alasan yang mereka berikan, aku percaya salah satu alasan tersembunyi yang tidak dinyatakan oleh mereka adalah alasan untuk menganggu gugat dan menghapuskan kuasa politik UMNO kerana pada mereka hanya UMNO sahaja yang menjadi penghalang kepada mereka untuk meluaskan penguasaan mereka dalam semua bidang. Walaupun kita lihat semua bidang telah mereka kuasai, tetapi masih ada halangan lagi dari UMNO bagi mereka menjadi monopoli dan 'tokong'. Mereka tidak pernah rasa beryukur kerana bagi mereka, sepatutnya tidak ada halangan untuk membolot apa jua bidang yang mereka ceburi.
Tak payahlah nak bodohkan aku dengan pelbagai alasan atas apa jua tindakan yang lakukan. Itu semua hanyalah alasan yang bertujuan untuk menutup niat sebenar mereka. Mereka nak kata aku buruk sangka, aku terima tetapi bagi aku ini bukanlah buruk sangka tetapi satu langkah waspada terhadap terhadap mereka. Kenapa mereka tidak menjiwai semangat tolak ansur dan kerjasama yang telah dimenterai oleh leluhur mereka semasa kemerdekaan tanahair suatu ketika dahulu. Leluhur mereka telah pun menerima dan memperakui beberapa keistimewaan yang diberikan oleh perlembagaan kepada orang Melayu atas dasar negara ini asalnya adalah milik orang melayu.
Dalam isu Lynas misalnya. Aku tidak tahu kenapa mereka begitu beria-ria membantah projek yang dijalankan oleh kerajaan. Banyak pihak termasuk pakar telah mengesahkan bahawa operasi kilang Lynas itu tidak akan membahayakan kesihatan penduduk. Namun demikian kenapa mereka masih berdegil memaksa kerajaan untuk menutup kilang tersebut. Masih banyak perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat, tetapi kenapa mereka tidak membantahnya.
Walaupun aku tidak tahu apa niat sebenar mereka, tetapi aku percaya dan amat yakin bahawa ketegaran mereka membantah kilang Nadi Bumi Lynas itu ada sangkut paut dengan kepentingan kaum mereka. Selain isu Lynas, sekarang isu pendidikan. Dengar ceritanya Don Zong (entah apakenamanya) membantah pembaharuan yang ingin dibawa oleh DS Najib di dalam bidang pendidikan. Mereka mendakwa bahawa Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 tersebut bakal meminggirkan pembelajaran bahasa Cina. BACA SINI. Untuk mengetahui jawapan menteri terhadap dakwaan mereka, baca SINI.
Dalam banyak bidang, mereka sebenarnya boleh dikatakan telah merajainya. Akan tetapi mereka berangggapan bahawa selagi perlembagaan tidak diubah, selagi perlembagaan tidak memberikan kebebasan mutlak, selagi itu mereka merasakan bahawa apa sahaja yang mereka kuasai sekarang ini tidak kukuh, boleh hilang bila-bila masa. Mereka merasakan perlembagaan masih boleh memusnahkan mereka pada bila-bila masa, jika ditafsirkan dan digunakan oleh pemimpin Melayu ekstrem. Itu cuma anggapan mereka, tetapi adakah pemimpin UMNO sanggup untuk bertindak sedemikian? Bukan sekejap, tetapi sudah 50 tahun lebih pemimpin UMNO menjadi pemimpin, pernahkan pemimpin UMNO meminggirkan kaum lain dalam arus pembangunan negara?
Dalam isu pendidikan dan ekonomi misalnya. Memang benar mereka merajai kedua-dua bidang ini, dan kerajaan kepimpinan UMNO membenar perkara ini tanpa ganggu gugat, tetapi selagi perlembagaan bagi perkara 152 dan 153 tidak diubah, selagi itu mereka merasa tidak selamat.
Dalam bidang pendidikan bahasa cina, memang benar perlembagaan tidak melarang dan menghalang rakyat menggunakan , mengajar dan diajar apa jua bahasa, tetapi bagaimana untuk menggunakan, bagaimana untuk mengajar, bagaimana untuk belajar itu tidak ditetapkan oleh perlembagaan. Memang benar kerajaan mungkin tidak campur tangan untuk menentukan kaedah dan cara untuk mengamalkan , mengajar dan belajar bahasa selain bahasa kebangsaan, tetapi pada masa yang sama kerajaan boleh menggunakan kuasa mereka untuk menentukan cara dan kaedah bagaimana hendak mengamalkan , mengajar dan belajar bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu. Oleh sebab itu pada pemdapat mereka, pelan pendidikan Negara (PPPM) yang baru ini seolah-olah hendak menghapuskan sekolah vernakular tetapi mereka tidak boleh membawa isu ini ke mahkamah kerana perlaksanaan PPPM itu sendiri tidak bercanggah dengan perlembagaan. Apa yang boleh merek lakukan adalah membantah dan terus membantah.

No comments:
Post a Comment