CATATAN PERIBADI

26 November 2012

Harimau Malaya dibaham Singa di kandang Sendiri

Aduyai, apa lagi alasan Rajagopal kali ini bila pasukan Harimau Malaya kalah 0-3 kepada Pasukan Singapore. Jelas dan ketara barisan pertahanan negara lemah dimusnahkan lagi dengan kesilapan Khairul Fahmi maka, pasukan Harimau Malaya menerima pada diaibkan oleh Singapore dihadapan aku dan puluhan ribu penyokong tempatan yang tidak putus-putus memberikan sorakan semangat. 

Permainan seimbang, tetapi bahagian tengah negara seperti kekeringan idea untuk mencipta peluang-peluang untuk menjaringkan gol. Aku tak mahu ulas panjang lagi kerana kita serahkan kepada wartawan sukan untuk memberikan ulasan yang lebih hebat lagi. 

APa yang boleh aku perkatakan ialah, pasukan negara sekarang ini tidak seperti pasukan negara 2 tahun yang lalu. Pasukan negara sekarang ini kelam kabut dan tidak tersusun. Tiada lagi hantaran-hantaran cantik dan larian-larian lincah pemain sayap seperti suatui ketika dahulu. Yang peliknya, kebanyakan pemain masih yang sama, jurulatih yang sama tetapi kenapa hilang semua sentuhan yang lama. 

Apa yang boleh aku katakan, pemain sebenarnya boleh bermain dengan baik, tetapi jurulatih seperti sudah kering idea. Kalau Harimau Malaya tidak dapat ke final piala suzuki 2012, wajib Jurulatih ditukar ganti dengan yang lain. Sokongan peminat tempatan sebenar masih belum pudar tetapi sentuhan pemain dan jurulatih yang semakin pudar. 

No comments:

Post a Comment