CATATAN PERIBADI

01 October 2012

Cakap-Cakap Bajet 2013 - Satu Kenyataan

Pengumuman bajet 2013 oleh PM pada Jumaat 28 Sept tidaklah begitu mengejutkan bagi kebanyakkan pihak. Namun demikian, jika hendak mengetahui adakah ianya satu bajet yang baik dan bagus atau sebaliknya, satu teori mudah aku kemukakan. Teorinya, jika bajet itu tidak disenangi oleh pemimpin Pakatan Rakyat tetapi  disenangi oleh rakyat , maknanya bajet itu adalah satu bajet yang baik dan bagus. Maknanya pemimpin Pakatan Rakyat tentu sekali merasa gerun apabila mendapati bajet yang dibentangkan begitu baik dan bagus sekali kerana mereka bimbang sokongan rakyat pastinya akan bertambah-tambah kepada Perdana Menteri. Pasal itu, mereka sedaya upaya akan memperlekehkan bajet yang dibentangkan dengan membuat pelbagai ulasan tidak menarik bagi tujuan mengerunkan rakyat 

Suatu bajet yang bagus itu sudah semestinya akan memberikan manafaat kepada rakyat dan negara dan juga pemerintah. Satu bajet yang bagus itu akan memberikan kesengsaraan kepada parti pembangkang.

Dalam bajet 2013, aku lihat PM betul-betul menggunakan penembak tepat dan bukannya menggunakan peluru penabur. Maksudnya, setiap peruntukkan yang dibelanjakan telah dikenalpasti siapa sasaran dan apa objektifnya. Sasaran yang paling bertuah pada kali ini ialah pelajar Universiti, Bujang dan masih muda belia ataupun secara mudahnya orang muda. Sebagai pelajar U, mereka bakal memperolehi boucer buku sebanyak RM250.00, ditambah lagi  jika mereka belum, berkahwin akan mendapat tambahan BR1M sebanyak RM250.00 lagi dan jika hendak membeli telefon pintar mereka mendapat lagi RM200.00. Maknanya seorang itu boleh mendapat secara langsung sebanyak RM700.00 sorang. 

Selain orang muda, semua golongan mendapat habuan masing-masing samada mereka penyokong BN ataupun penyokong PR, samada mereka nak terima ataupun tak mahu terima semuanya akan mendapat bahagian. Bagi kakitangan awam pula, sape sangka mereka akan mendapat bonus satu setengah bulan gaji. Bagi kakitangan swasta yang besar-besar, mungkin pemberian bonus itu perkara biasa, tetapi bagi kakirtangan awam, mereka kena mintak dengan bersungguh-sungguh. Kalau mintak lebih kurang je, nanti kerajaan tak bagi. Jadi bila kerajaan umumkan bonus dengan jumlah yang besar, sudah tentu kakitangan awam akan melompat kegirangan. 

Para petani, nelayan, ibu bapa, anak-anak semuanya akan mendapat bahagian masing-masing. Satu je yang aku lihat kurang iaitu bajet untuk meningkatkan sistem pertahanan negara iaitu memperkasakan lagi sistem pertahanan kita. Bagus juga kalau diberikan bajet untuk meningkat sistem pertahanan sekurang-kurangnya memberikan imej kepada pihak asing bahawa kita sentiasa bersedia berbelanja untuk sistem pertahanan kita. 

Tidak timbul soal pancing undi atau jala undi bajet kali ini. Undi itu perkara yang berbeza. Kalau dah memang dilahirkan sebagai penyokong PAS, DAP maka sampai mati pun dia akan sokong PAS walau bagaimana besar dan banyak bantuan yang dia terima dari kerajaan. Dia tak pedulinya. Kalau tak percaya, lihatlah kepada rakan-rakan terdekat  disekeliling kita. Adakah dengan bajet ini, nada percakapan mereka bakal berubah. Jawapannya tentu sekali Tidak, tidak, tidak. Jadi bagaimana hendak dikatakan bajet pilihanraya jika penyokong Pakatan Rakyat tak berubah nada sokongan mereka. 

Sebenarnya kalau nak sokong kerajaan, tak payah tunggu bajet, ataupun tak payah tunggu habuan dari kerajaan , cukuplah dengan keinsafan sendiri melihat karenah dan tingkah laku pemimpin Pakatan Rakyat itu sendiri. Kalau susah nak nampak, lihat sahaja kepada perangai dan tingkah laku bakal PM mereka. Kalau nak detail lagi, lihatlah kepada haluan dan objektif perjuangan DAP, PKR dan DAP yang jauh berbeza. Ianya  sudah cukup untuk dijadikan sebab dan alasan bagi menolak Pakatan Rakyat. Yakuin dan percayalah, Pakatan yang diasaskan oleh mereka bukannya membawa kepada kemakmuran , tetapi bakal mengheret negara ke jurang kemusnahan dan kehancuran. Adakah kita hendak wariskan kepada anak cucu kita nanti sebuah negara yang kucar kacir, sebuah negara yang huru hara? Tepuk dada , tanya hati, jangan tanya nafsu.

No comments:

Post a Comment