Sedikit pasal bajet 2013. PM dalam bajet baru-baru ni ada menyebut bahawa peminjam wang PTPTN yang membayar sekaligus hutang pinjaman mereka, maka mereka akan mendapat diskaun sebanyak 20%. Terfikir juga oleh aku, kepada student yang baru keluar Universiti dan belum dapat kerja mana nak cekau duit untuk bayar pinjaman sekaligus.
Bagi mereka yang telah membayar sebahagian pinjaman, tiba-tiba mendapat durian runtuh dan mereka bercadang hendak menjelaskan semua hutang PTPTN mereka, adakah diskaun 20% turut diberikan kepada mereka?
Satu lagi diskaun ialah pembayar yang membayar secara konsisten, akan mendapat diskaun sebanyak 10%. Maksud konsisten ini juga kena jelas. Adakah dengan membayar RM50.00 tanpa mungkir setiap bulan juga boleh dikategori sebagai pembayar yang konsisten dan mereka layak mendapat diskaun 10%?.
Dasar telah ada, cuma perlaksanaannya nanti pasti sedikit bermasalah dan kadang-kadang perlaksanaannya nanti tidak menepati kehendak dan hasrat belanjawan yang dibentangkan.
Ada juga pihak yang mengatakan diskaun ini akan menguntungkan golongan yang kaya kerana mereka mampu membayar sekali gus. Bagi aku, kalau dia dah berduit dan kaya, buat apa pinjam PTPTN lagi? PTPTN ni adalah pinjaman untuk mereka yang miskin dan tidak ada duit untuk belajar. Bagi orang kaya, anak jutawan contohnya, buat malu keturunan saja kalau masih berhutang dengan PTPTN untuk belajar.
Ada juga yang mencadangkan supaya mereka yang mendapat keputusan yang baik sahaja diberi diskaun. Apa yang mereka maksudkan keputusan yang baik tersebut?. Adakah pelajar yang mendapat CGPA 3.5 atau CGPA 3.7 ke atas dikira sebagai mendapat keputusan baik?. Kalau nak dikatakan pelajar yang mendapat Ijazah kelas Pertama sebagai memperolehi keputusan yang baik, mereka semuanya telah mendapat diskaun 100% dari kerajaan, tak payah bayar balik ( FOC).
Secara peribadi aku bersetuju dengan saranan ini supaya mengalakkan para pelajar berusaha. Walaupun tidak mendapat kelas pertama, sekurang-kurangnya mereka mendapat CGPA yang baik dan menghampiri CGPA kelas pertama. Mereka ini layak diberi diskaun kerana usaha gigih mereka.
Diskaun PTPTN hanya untungkan orang kaya
Seorang MP PAS berkata, pengumuman kerajaan untuk memberi diskaun kepada peminjam yang melangsaikan sepenuhnya pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional hanya akan menguntungkan golongan kaya.
Khalid Samad (PAS-Shah Alam) berkata hanya golongan kaya yang mampu melangsaikan hutang tersebut sekali gus.
Katanya, kerajaan sepatutnya memberi diskaun berdasarkan merit seperti untuk pelajar yang mencapai keputusan baik dan bukannya untuk golongan yang memiliki wang yang banyak.
Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan Hamim Samuri (BN-Ledang) yang mencadangkan supaya diskaun dan biasiswa diberikan kepada pelajar yang tamat pengajian dengan keputusan baik.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan belanjawan 2013 minggu lalu mengumumkan bahawa peminjam yang melangsaikan sepenuhnya hutang tersebut, antara 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2012, akan diberikan diskaun sebanyak 20 peratus.
Selain itu, peminjam yang membuat bayaran secara konsisten juga akan diberikan diskaun 10 peratus.

No comments:
Post a Comment