SAHABAT BLOG

22 September 2012

PR Merosakkan Semua Perkara


Jabatan penerbangan nafi hilang kawalan pesawat
  • Hazlan Zakaria
  • 7:02PM Sep 21 2012
 
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menafikan hilang kawalan terhadap pesawat di sektor Pusat Sistem Kawalan Udara Kuala Lumpur selepas gangguan bekalan tenaga menyebabkan radar pusat tidak berfungsi lebih sejam minggu lepas.

NONE"Kami alami gangguan kuasa ekoran masalah dengan pemutus litar dan radar tidak beroperasi," akui Ketua Pengarah DCA Azharuddin Abdul Rahman kepadaMalaysiakini.

Beliau menegaskan, masalah itu tidak berkaitan dengan kawalan trafik udara tetapi hanya gangguan tenaga.

Azharuddin menjelaskan pihaknya tidak perasan apabila pemutus litar terputus. 

Bagaimanapun, tambahnya, walaupun bekalan alternatif kembali seperti biasa, radar tiada sambungan selepas bateri UPS kehabisan tenaga.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan hilang komunikasi radio. 

klia haze aircraft landing 161006Katanya, walaupun frekuensi dalaman yang digunakan penyelia trafik udara tidak berfungsi, mereka masih boleh berhubung dengan pesawat melalui saluran radio awasan.

PKR pagi ini mendakwa Pusat Sistem Kawalan Udara Kuala Lumpur tergendala minggu lalu menyebabkan kegagalan sistem secara sepenuhnya "tanpa radar dan radio", sekali gus menyebabkan penerbangan tanpa panduan.

PKR juga mendedahkan sistem log dan laporan interim Jabatan Penerbangan Awam (DCA) oleh kontraktor penyelenggaraan sistem pada 12 September, jam 2.50 pagi bagi membuktikan dakwaan mereka.

PUTRA: PKR memang Parti Kerosakan Rakyat. Sepatutnya mereka tanya dan dengar penjelasan daripihak yang berkaitan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan. Ini tidak, asyik nak cari salah orang je. Selepas membuat tuduhan dan andaian yang silap, bukannya pandai minta maaf. 

Prinsip mereka, mereka akan melakukan seberapa banyak kerosakan  dan selepas itu tidak berusaha untuk membaikinya semula tetapi membiarkan pihak kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian untuk membaikinya. Mana yang boleh diperbaiki alhamdulillah, tetapi ramai yang tidak dapat dibaiki dah dan ahkirnya  menjadi agen penyebar kerosakan rakyat. 

2 comments:

Anonymous said...

sekarang ni terlampau byk maklumat sensitif yg boleh memudaratkan negara terkeluar akibat terlampau ramai petualang dalam Jab Kerajaan..oleh itu adalah lebih baik kerajaan membersihkan organisasinya bg mengembalikan kepercayaan rakyat kepadanya...kalau biar lama2 nanti lg rosak...

putrarahman said...

Sukar untuk mengetahui siapa yang membocorkan maklumat kerana ramai yang tidak mendedahkan diri siapa mereka apabila menyalurkan maklumat. Pihak pembangkang pula tabnpa usul periksa terus percaya bulat-bulat.

Kita kenal siapa yang sokong pembangkang, tetapi adakah siapa yang kita kenal itu membocorkan maklumat?