CATATAN PERIBADI

21 April 2012

Tuntutan mansuh PTPTN satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

Tuntutan pihak PR supaya kerajaan memansuhkan PTPTN sebenarnya satu gimik atau percaturan politik semata-mata. Tiada sebab atau alasan yang kukuh untuk menghapuskan PTPTN kecuali ianya satu modal untuk menarik golongan mamasiswa untuk menyokong usaha-usaha mereka bagi menghadapi PRU 13 nanti. Nampak tak? Bukan fikir panjang pun para pemimpin PR ni. Mereka akan lakukan apa sahaja tanpa mengambilkira kesan  kepada rakyat terutama rakyat yang miskin, asalkan hajat dan impian mereka untuk ke Putrajaya tercapai. 

Cubalah berfikir secara logik sikit. Ramainya para pelajar kita di U samada IPTA ataupun ITPS disebabkan adanya PTPTN. Kalau tiada PTPTN, para pelajar yang hendak belajar di IPTS sudah tentu terpaksa meminjam dari institusi kewangan. Intitusi kewangan mana yang hendak beri pinjaman kepada pelajar. Mereka hanya akan memberi pinjaman kepada mak bapak budak tersebut. Kalau mak bapak bekerja, maka bolehlah mereka bagi pinjam, tetapi kalau mak bapak tak bekerja, ada ke institusi kewangan nak bagi pinjam. Kalau bagi pinjam pun, sudah tentu kadar faedahnya antar 5% - 6%, jauh lebih tinggi daeri PTPTN.

Baiklah, pihak PR mengatakan bahawa mereka akan menggunakan duit PETRONAS untuk menampung yuran pelajar. Isunya, Pelajar mana tu, berapa ramai, adakah yang belajar di IPTS pun boleh memohon atau hanya pelajar yang belajar di IPTA sahaja.  Mereka tidak jelas dalam soal ini. Aku percaya perinciannya nanti bakal membuatkan ramai rakyat yang gigit jari. Berbagai syarat yang dikenakan untuk mendapat pendidikan percuma di IPTA dan IPTS. Tidak mustahil sokongan politik juga salah satu kriteria yang akan diambil kira. 

PTPTN ni adalah satu bentuk kemudahan yang cukup berharga kepada rakyat. Mana ada institusi kewangan lain dalam dunia ni yang sanggup mengambil risiko memberikan pinjaman tanpa penjamin kepada pelajar yang tak ada kerja buat. Kalau di USA suatu waktu dahulu, banyak bank yang mengalami kerugian disebabkan mereka memberikan pinjaman kepada peminjam yang tidak mampu bayar balik. PTPTN pun macam tu juga. Aku percaya jika tidak ada sokongan daripada kerajaan, PTPTN ni dah lama muflis. Namun demikian, untuk memenuhi kehendak rakyat miskin terutamanya yang keputusan peperiksaan ala kadar sahaja hendak belajar di Universiti, maka kerajaan sanggup berkorban untuk memperuntukkan duit kepada PTPTN. Kerajaan mengarahkan isititusi kewangan seperti KWSP, dan lain-lain supaya membantu PTPTN. Kalau tidak ada campur tangan kerajaan, aku percaya tidak ada institusi kewangan yang sanggup untuk membantu PTPTN. PTPTN melakukan 'kerja gila' kerana memberikan pinjaman kepada pelajar yang berkemungkinan tidak mampu bayar balik.




No comments:

Post a Comment