Bermula 13 April hingga 20 April aku berada di Penang kerana kursus. Ada masa terluang aku ronda-ronda juga dengan ditemani sahabat aku. Dalam berborak-borak tu, sahabat aku seorang yang berjawatan Timb. Pengarah berceritalah pasal Lim Guang Eng. Tak sah kalau aku tak tanya pasal politik kerana itu memang bidang kesukaan aku.
Sahabat aku kata, sukar untuk BN merampas kembali Penang dari DAP kerana Lim Guang Eng ni begitu disukai dan faktor UMNO yang saling bergaduh sesama sendiri. Dia bagi contoh, sikap low profile Lim Guang Eng dimana ada satu majlis yang beliau anjurkan yang dihadiri oleh kira-kira 50 orang tetamu sahaja, tiba-tiba Lim Guang Eng terpacul tanpa disangka-sangka dan turut sama duduk dikerusi yang disediakan kepada para peserta. Jadi kesimpulan yang beliau buat ialah Lim Guang Eng ni memang disukai oleh majoriti rakyat Pulau Pinang.
Aku cakap dengan kawan aku sorang lagi selepas kami berpisah dengan sahabat aku Timb. Pengarah tu. Aku bagi tahu, orang baik dan low profile ni ada dimana dan tanpa mengira agama anutan mereka. Tidak semestinya hanya penganut Islam sahaja kita boleh temui mereka yang humble dan baik hati. Pemimpin Islam dari BN pun ramai yang berlagak, ego dan sombong nak mampus. Namun demikian, sebagai orang Islam, adakah kita sudah ketandusan pemimpin Islam yang baik-baik sehingga sanggup mengangkat pemimpin bukan Islam sebagai pemimpin sebuah negara majoriti rakyatnya beragama Islam.Ini isunya.
Sebenarnya pemimpin Islam pun ramai yang low profile dan berkualiti. Namun demikian, mereka yang baik hati dan low profile ni tidak ada tempat dalam barisan kepimpinan UMNO pasal UMNO itu adalah tempat untuk mereka yang licik berpolitik. Tempat bagi pemimpin yang nekad dan sanggup melkukan apa sahaja untuk mengekalkan jawatan sehingga sanggup menjatuhkan karier politik sahabat sendiri. Iniilah sikap dan budaya politik UMNO sehingga orang Islam ketandusan pemimpin yang baik hati dan low profile seperti sesetengah pemimpin DAP.
Aku juga bercerita dengan kawan aku semasa di lapangan Terbang semasa nak balik ke KL. Aku cakap, PRU 13 adalah peluang terbaik bagi orang-orang Melayu Pulau Pinang hendak mendapatkan seorang ketua menteri beragama islam. Kerana apa aku cakap begitu? PRU 13 akan menyaksikan pengundi Cina bakal menolak 100% pemimpin Cina dari GERAKAN dan MCA. Mereka semua akan kalah kepada DAP. Yang tinggal hanyalah pemimpin UMNO. Jadi kalau BN memenangi majoriti kerusi DUN di Penang, bermakna semuanya terdiri dari UMNO. Oleh itu tiada sebab bagi BN untuk mengekalkan status quo memberikan jawatan KM kepada GERAKAN kerana calon mereka semuanya kalah dengan syarat Calon UMNO yang bertanding melebihi calon DAP.
Jadi aku cakap dengan kawan aku tu, PRU 13 ni adalah peluang terbaik bagi orang Melayu Penang untuk mengubah nasib dan keadaan mereka. Itu pun kalau pemimpin yang dicalonkan oleh UMNO adalah calon yang boleh menang. Namun demikian, kalau mereka masih mengekalkan sikap dan budaya lama mereka , jangan haraplah uintuk merampas kembali Pulau Pinang dari Cina.
Sebenarnya sejak sekian lama, Penang ni diperintah oleh Cina. Semasa dalam BN dulu, mereka diperintah oleh Cina GERAKAN. Selepas 2008, mereka juga diperintah oleh Cina DAP. Jadi sebenarnya tidak ada bezanya siapa yang memerintah kerada ke dua-duanya adalah bukan orang Islam dan bukan Orang Melayu. Aku cadangkan kepada orang Melayu Penang supaya bersatu untuk memilih UMNO dalam PRU 13 nanti kerana jika BN menang, aku yakin orang Melayu Islam bakal menjadi KM yang baru. Walaupun perkara ini tidak diwar-warkan oleh BN kerana bimbang, ianya bakal menjadi satu isu besar di dalam BN itu sendiri, tetapi secara tersiratnya aku percaya perkara ini menjadi hasrat para pemimpin UMNO.
No comments:
Post a Comment