SAHABAT BLOG

19 January 2012

Gara-Gara Negara Berkebajikan, Islam ditarikNya dari PAS

Aku ingin memberikan ulasan yang tidak berbelah bagi kepada isu hilang kepercayaan PKR terhadap PAS dalam menjaga hal ehwal Islam di SElangor.

PAS selama ini dengan bangga mendakwa bahawa mereka sebuah Parti Islam. Bagi mereka bangsa Melayu tidak ada dalam kamus perjuangan parti mereka.

Nah! Sekarang apa yang berlaku di Selangor. Rupa-rupanya PAS yang selama ini mendakwa mereka bukan berjuang untuk orang Melayu tetapi untuk Islam langsung tidak dihargai oleh sahabat mereka dalam PR. Bagi PKR , PAS ialah sebuah Parti Melayu, sama macam UMNO. Jadi eloklah bergabung sahaja.
PKR  malukan PAS. Aku ulangi tanpa sengaja PKR sengaja nak malukan PAS. Mungkin juga PKR anggap bahawa bahawa PAS sudah tidak mahu kepada Islam kerana mereka sudah tidak memperjuangkan negara Islam tetapi negara berkebajikan, maka pasal itu PKR tak bagi Portfolio Hal ehwal Islam kepada PAS.  Islam sudah ditarik dari PAS secara sedikit demi sedikit.

Baru-baru ni ditarikNya seorang Tokoh Islam dari PAS iaitu Dr. Hassan Ali. Sekarang ditarikNya pula Portfolio Hal ehwal Islam dari mereka.

Selepas ni dengor ceritanya akan ada lagi tokoh Islam dari PAS akan ditarikNya dari PAS.

Semuanya ini gara-gara PAS sudah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam, samalah seperti PAS seolah-olah tidak mahu kepada Islam lagi.

Namun demikian, kita lihat apa pula kata-kata pemimpin PAS,

"Ada Pemimpin PAS Selangor  kata, MB hanya pegang sementara sahaja portfolio Hal Ehwal Islam ".
Mengarut, Ada ke MB cakap dan janji macam tu?

"Persuruhjaya Selangor kata, PAS masih lagi boleh memberi pandangan dan menegur dalam hal ehwal berkaitan Islam di Selangor".

Lagi mengarut. Kalau perbincangan pun tak dilayan , apatah lagi teguran. PKR akan buat bolayan je. Lebih baik mereka  dengar cakap dan teguran DAP berbanding PAS.

2 comments:

Anonymous said...

MB pun org islam juga....no isu lah brader.... byk isu islam kat luar sana tu.... puak pencacai dok menyebok apahal....

putrarahman said...

Harap bukan Islam liberal.