Rakyat Malaysia trerutama aku adalah manusia yang paling dituntut untuk banyak bersyukur kepada Allah S.W.T. berbanding negara jiran tertangga kita. Pelbagai limpahan rahmat dan keberkatan telah Allah kurniakan kepada rakyat ini. Tanah yang subur, udara yang segar, gunung ganang yang kukuh memasak bumi yang membolehkan segala bijih benih jika ditanam akan mendatangkan hasil. Campak biji kurma (bukan kurma yang berbuka puasa tu) boleh hidup. Tanam anggur, anggur boleh berbuah. Tanam orang??
Semuanya ini aku percaya berkat kepimpinan yang ada yang telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan berpandukan tuntutan Islam dan kehendak Allah S.W.T. Di bawah permerintahan sedia ada, Islam telah berkembang dengan baik sekali. Bilangan rumah Allah semakin bertambah setiap tahun. Golongan yang memperjuangkan Islam termasuk PAS sentiasa sahaja dibantu dari masa ke semasa. Segala bentuk bantuan dihulurkan dan pelbagai bentuk insentif disumbangkan oleh pemerintah kepada golongan pendokong Islam.
Aku tak mahu berceramah panjang, cuma aku nak kongsi cerita pasal apa yang berlaku di Filipina sekarang ni. Baca berita yang dikongsikan di bawah ini sini. Kesian kepada negara-negara Jiran kita. Pelbagai musibah melanda negara jiran kita. Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura bernasib baik kerana mendapat rahmat Malaysia. Kalau segenting kera dibina terusan, aku fikir Singapura pun akan hilang dari peta.
Oleh itu, jika ada yang hendak menggantikan kuasa kepimpinan sedia ada, aku harap mereka lakukan dengan sopan dan berhemah. Bukan dengan cara menghina dan mencerca-cerca pemimpin sedia ada atau menaburkan pelbagai fitnah kepada mereka. Pemimpin yang hendak menggantikan itu pula hendaklah seorang yang tidak melakukan dosa-dosa besar, berzina, minum arak, dan yang paling penting orang Islam. Semua perkara ini penting untuk mengelak kemurkaan Allah S.W.T. dan jika Allah Murka, aku bimbang keharmonian, keberkatan dan rahmat yang kita miliki sekarang ini bakal ditarik balik. Pada masa itu, tiada gunanya lagi menangis sehingga mengeluarkan air mata berdarah sekalipun.
Baca berita berkenaan Filipina seperti dibawah.
Filipina isytihar bencana negara
ILIGAN 20 Dis. - Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini mengisytiharkan keadaan bencana negara selepas kira-kira 1,000 orang maut dan puluhan ribu lagi hilang tempat tinggal dalam banjir kilat dan tanah runtuh berpunca daripada taufan Washi yang melanda selatan negara ini lewat minggu lalu.
Agensi bencana negara berkata, 957 orang terkorban manakala 49 lagi hilang, dengan kebanyakan mangsa di bandar-bandar Cagayan de Oro dan Iligan di Pulau Mindanao.
Aquino bermesyuarat dengan para pegawai di kedua-dua bandar yang paling teruk dilanda bencana pada awal pagi Sabtu lalu, apabila air, lumpur dan batang pokok yang menuruni lereng gunung meranapkan kampung-kampung di tepi sungai dan pantai ketika penduduk sedang tidur.
"Keutamaan sekarang ialah memindahkan penduduk ke kawasan yang tidak lagi berbahaya kepada mereka," kata Aquino yang berjanji akan mengambil tindakan untuk mencegah tragedi sedemikian daripada berulang, pada mesyuarat di Cagayan de Oro.
Menurut agensi bencana, lebih 338,000 penduduk di 13 wilayah terjejas akibat malapetaka itu, dengan hampir 43,000 daripadanya masih berlindung di pusat penempatan sementara.
Lebih 10,000 rumah rosak dilanda Taufan Washi dan banjir kilat, satu pertiga daripadanya tidak dapat diperbaiki lagi, sementara banyak sekolah, jalan dan jambatan turut rosak teruk.
Jurucakap Aquino, Ricky Carandang berkata, perisytiharan keadaan bencana negara itu akan membolehkan kerajaan menggunakan dana lebih besar untuk tujuan bantuan dan pemulihan.
Pihak berkuasa di Cagayan de Oro dan Iligan sedang giat berusaha untuk mencegah penyakit daripada merebak di pusat penempatan yang penuh sesak dan sudah mula menggali kubur bagi mengebumikan mayat yang reput.
Seorang pegawai daripada pertubuhan bantuan dan pembangunan Britain, World Vision berkata, mangsa berebut-rebut untuk mendapatkan ruang di pusat penempatan sementara.
"Keadaan benar-benar sesak, boleh dikatakan tidak ada ruang antara mangsa dan penyakit mula muncul, selain terdapat masalah kekurangan air dan makanan," kata John Salva kepada ANC Television. - Reuters
No comments:
Post a Comment