Aku ketawa apabila membaca berita yang Anwar mendakwa Tun Mahathir membuat surat permohonan dan merayu kepada Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman semasa krisis kewangan dunia tahun 1998.
Aku ketawa kerana peristiwa tersebut telah berlaku 13 tahun yang lalu tetapi kenapa baru sekarang Anwar Ibrahim mendedahkan kepada umum. Kalau betul dia tahu perkara tersebut, aku percaya beliau akan mendedahkannya sedari awal lagi dan bukan sekarang.
Tun pun bijak juga apabila menyuruh Anwar Ibrahim bersumpah. Kenapa aku kata bijak? Sebenarnya Tun tahu Anwar tidak akan bersumpah kerana Anwar tahu perkara itu (merayu Bank Dunia) tidak berlaku.
Nor Mohamad Yaakob iaitu meteri kewangan pada masa itu memberitahu bahawa Tun Mahathir menghalau wakil IMF yang datang hendak mengemukakan cadangan.
Hari ni, Anwar kata dia tak perlu bersumpah kerana beliau mendakwa melihat penyata kewangan Bank Dunia. Kalau dah tengok dan sahih betul sumber beliau, sumpah sahajalah, apa nak takut.
No comments:
Post a Comment