CATATAN PERIBADI

08 December 2011

Tukar Kuasa bukan seperti Tukar Telefon Bimbit!!


Catatan Orang Kampung: Akhirnya pemimpin utama orang melayu menyuarakan apa yang menjadi kebimbangan kebanyakkan para bijak pandai Melayu dan juga para pengkaji politik tanahair. Belum pernah sebelum ini DS Najib mengeluarkan kenyataan ataupun mengucapkan sesuatu yang bersifat terlalu peribadi ini di majlis terbuka yang mendapat liputan meluas. Kebiasaannya kenyataan-kenyataan sebegini hanya diutarakan oleh bijak pandai dan ahli akademik serta pejuang-pejuang Melayu, manakala di kalangan pemimpin besar, mereka hanya mengucapkannya di dalam perjumpaan tertutup sahaja. 

Namun demikian, apabila mendapati bahawa orang melayu terutama golongan muda semakin lama semakin melupakan kepentingan kuasa politik melayu dipertahankan, maka mahu tidak mahu mereka harus disedarkan.

Golongan muda ini sebenarnya menganggap bahawa kuasa politik ini sama seperti menukar telefon bimbit ataupun seperti menukar fesyen pakaian. Apabila sudah puas memakai atau menggunakannya, mereka ingin menukar kepada yang baru. Inilah yang menjadi pegangan orang muda sekarang ini.

Mereka beranggapan bahawa kemewahan dan kesenangan yang dimiliki semua ini boleh terjadi ataupun dihasilkan oleh sesiapa sahaja yang menjadi pemerintah. Mereka beranggapan bahawa semua yang terjadi samada pembangunan dan kemajuan yang dinikmati oleh negara sekarang ini akan diusahakan oleh sesiapa sahaja kerana ianya menjadi tanggungjawab pemerintah. 

Jika inilah anggapan mereka, sebenarnya mereka silap dan teramat silap.Bukan semua yang menjadi pemerintah melaksanakan tanggungjawab mereka. Lihatlah kepada negara-negara yang masih belum membangun, lihatlah kepada negara yang sentiasa bergolak, lihatlah kepada negara yang diperintah secara kuku besi, lihatlah kepada negara yang rakyatnya terpaksa berhijrah  ke merata ceruk dunia untuk mencari sesuap nasi. 

Kalau masih belum mengerti, bacalah sejarah tamadun-tamadun hebat seperti kehebatan empayar Saljuk, empayar Umaiyah, Abasiyah, Uthmaniah. Bagaimana mereka sekarang ini. Kenapa terjadi sedemikian, jawapannya disebabkan kegagalan pemerintah yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tanggungjawabmereka sama ataupun lebih hebat dari pemerintanh terdahulu.


Oleh yang demikian, peganglah kata-kata DS Najib seperti di bawah ini, kerana di situ banyak maksud tersurat dan tersirat yang perlu difahami.

Ucapan DS Najib:-

“Masa depan kita akan bertukar menjadi masa depan yang penuh gerhana kerana asas kita menjadi bangsa mulia dan bermaruah dan menjanjikan masa depan lebih cerah kerana pemerintahan hari ini.

“Sebab itu perjuangan kita mulia dan suci kerana kita pada asasnya berjuang mempertahankan kelangsungan kuasa yang ada pada tangan kita. Jika kuasa terlepas, Nauzubillah, cita-cita kita akan terkubur," katanya.

Pada ucapannya kepada kira-kira 10,000 anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), di Politeknik Sultan Salahahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini, Najib mengakui rakyat mempunyai pilihan.

Namun, katanya soalannya adalah mereka ini lebih baik daripada pentadbiran sekarang.
"Bolehkah mereka jamin bahawa kedudukan istimewa yang kita nikmati sekarang tidak akan terhakis?

“Bagaimana dengan maruah Islam dan orang Melayu?” soalnya dan menambah, rakyat sebenarnya tidak ada pilihan melainkan menegakkan pemerintahan sedia ada.

Walaupun Najib tidak menamakan alternatif itu, tetapi adalah jelas beliau merujuk kepada Pakatan Rakyat.

"Belum lagi mereka berkuasa mereka telah berhasrat untuk mengurangkan separuh daripada kakitangan awam, termasuk para guru, anggota polis dan tentera. Siapa yang jadi mangsa kalau ratusan ribuan penjawat awam dibuang kerja mengikut perancangan mereka itu?

“Mereka juga ingin mengubah bendera Malaysia, mencemar kemuliaan Raja-Raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar untuk membantu orang-orang  Melayu dan Bumiputera,” katanya.
najib at pekida event 051211 audience
Beliau juga memberi amaran masa depan orang Melayu akan ‘gerhana’ jika BN pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13.

Pada ucapannya itu, Najib menegaskan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur berhubung hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

"Oleh itu jangan sekali-kali mereka (orang bukan Melayu) mencuit perasaan orang-orang Melayu dengan hendak ubah apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang sudah pun kita rundingkan waktu Merdeka dahulu.

"Perkara-perkara ini kita akan pertahankan," katanya.

Katanya orang Melayu tidak mahu sesiapa cuba untuk merungkaikan perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan Malaysia mesti dibina berasaskan perlembagaan.

book 50 dalil pakatan tidak layak jadi pemerintah
"Kita percaya dalam kerangka Perlembagaan kita, sama ada tersurat atau tersirat, sudah boleh kita membina sebuah negara yang adil dan saksama untuk semua kaum," katanya.

Najib berkata pilihan raya akan datang milik BN kerana telah berjuang membela nasib rakyat, adil dan tidak pernah menyimpang daripada prinsip agama.

Selaku Perdana Menteri, Najib juga berjanji akan melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dan berharap rakyat memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk melakarkan masa depan yang baik.

Katanya masa depan yang baik adalah berdasarkan paksi realiti yang sebenar dan tidak seperti setengah pihak yang menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala.

Turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan

No comments:

Post a Comment