CATATAN PERIBADI

06 December 2011

Hudud kembali 'berkumandang' di Terengganu


Isu hudud tegangkan sidang DUN Terengganu
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang masuk hari kedua hari ini dilaporkan agak tegang semasa wakil kerajaan Khazan Che Mat (BN-Batu Rakit) menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Ru Rendang).

NONEAbdul Hadi ingin tahu bilakah kerajaan Terengganu bercadang untuk menguatkuasa dan melaksanakan enakmen kesalahan jenayah Syariah (Hudud dan Kisas yang diwartakan pada 2002) oleh kerajaan Terengganu.

Khazan berkata sehingga ini kerajaan tidak mampu untuk menjanjikan bila tarikh tepat enakmen itu dapat dilaksanakan.

Bagaimanapun katanya kerajaan pasti melaksanakan enakmen itu apabila semua prasarana, kemudahan-kemudahan, persiapan, teknikal sudah sempurna, dan apabila para ulama berpendapat bahawa pelaksanaannya sesuai dan mampu mencapai Syariah daripada perlaksanaannya.

Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) bangun mencelah kerana tidak puas hati dengan jawapan Khazan, namun ia tidak dibenarkan Speaker, dan ketegangan bermula.    

Wakil Bukit Payong itu tidak mengendahkan arahan Speaker supaya duduk sehinggalah Speaker menasihatkan anggota dewan supaya jangan menunjukkan perangai yang tidak sepatutnya.

Sebelum itu penyokong kerajaan Rosol Wahid mencelah dengan menyatakan isu hudud timbul kembali setelah hampir pilihan raya.

Katanya semasa PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004 Presiden PAS sendiri Abdul Hadi yang ketika itu menjadi Menteri Besar Terengganu pada 6 Mac 2000 menyatakan keberatan untuk melaksanakan hudud hanya 0.0001 peratus atau 1/10,000 sahaja.
MB: PAS tak ikhlas

Mengulas perkembangan itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata PAS sebenarnya tidak ikhlas dalam memperkenalkan hukum hudud kerana ia semata-mata bertujuan dijadikan wadah  politik parti itu untuk memenangi hati rakyat.

terengganu ahmad said and state assembly 130509Beliau berkata hukum hudud sering dijadikan isu semasa pilihan raya dan kini ia dibangkitkan kembali kerana pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) hampir tiba.

"Kita lihat negeri Kelantan yang sudah lama diperintah PAS, kenapa tak dilaksanakan hukum itu kalau mereka betul-betul berkemampuan dan berkebolehan? Jalankanlah hukum itu di sana," katanya kepada pemberita semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berhenti rehat.

Ahmad berkata demikian ketika mengulas soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Ru Rendang) yang ingin tahu bilakah kerajaan Terengganu bercadang untuk menguatkuasa dan melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) sebagaimana yang telah diwartakan pada 2002.

Ahmad, yang juga ADUN Kijal, berkata PAS tidak ikhlas kerana parti itu tahu perkara itu sukar dilaksanakan.

"Mereka (PAS) luluskan enakmen itu pada 2001 di Terengganu dan mereka ada masa tiga tahun untuk laksana, kenapa tak buat? Di Kelantan hampir 10 tahun enakmen itu diluluskan, tapi tak dilaksanakan juga," katanya.
Sumber: http://www.malaysiakini.com/newfis/183385

Catatan Orang Kampung: Aku minta supaya para Pemimpin PAS supaya melakukan lawatan muhibah ke Indonesia dan dalam lawatan tersebut bolehlah menjalankan sssi dialog dengan para pemimpin Indonesia. Sebagai sebuah negara yang mempunyai umat Islam teramai di Dunia, tanyakan kepada pemimpin Indonesia kenapa mereka menolak Islam apabila tidak melaksanaka hukum hudud di Indonesia. Bandingkan jawapan mereka dengan jawapan pemimpin UMNO.

No comments:

Post a Comment