Semalam aku coretkan pengalaman 2 jam aku di PWTC. Sahabat bloger senegeri iaitu Dinturtle kata aku potong stim. Ha ha ha...stim apa Din? Biase le aku ni bloger yang tulis apa sahaja @syok sendiri. Bukan bloger mencari popular atau bloger mencari untung. Aku menulis untuk catatan generasi mendatang. Bukannya khusus politik sahaja.
Bercerita pasal kain yang aku beli untuk isteri aku, rupa-rupanya dia tak suka warna dan coraknya. Dia suruh beli warna purple, aku beli warna pink. Pink dan purple tukan lebih kurang je. Biase le, kalu orang jantan beli kain. Memang hancus, selak kain boleh le....Memang aku tengok ramai perempuan pakat-pakat selak kain di PWTC. Kalu DS Sharizat selak lengan bagu, mak cik dan kakak-kakak kita beramai-ramai pakat selak kain sambil mendengar perbahasan perwakilan batik di aras dua PWTC.
Si Dinturtle tak habis-habis dengan artikel lembu NFC. Dia cukup hampa apabila para pemimpin terutama Najib tidak memberkan penjelasan berhubung isu ini. Para perwakilan pula seperti dikunci mulut mereka dari membahaskan isu ini. Aku sebenarnya pun malas nak ungkit dan bangkitkan isu ini dalam artikel aku. jawapan telah diberikan oleh pihak NFC iaitu suami DS Sharizat. Katanya NFC ini projek jangka panjang, memanglah pada peringkat awalnya akan menghadapi pelbagai masalah. Kalau nak jelas, buka selak tengok Bisuness plan NFC. Dalam pelan perniagaan syarikat pasti ada menceritakan pelbagai perkara. Aku percaya Pelan Perniagaan NFC ada, kerana kalau tak ada BP, memang menempah maut betul. Set Up, restoran pun ada Business Plan. Restoran pun bukan terus dapat untung. Sekurang-kurang 6 bulan baru mendapat titik pulang modal. Belum lagi untung. Bayar gaji pekerja pun menggunakan modal. Selepas 6 bulan, barulah dapat untung. Oleh itu kalau modal setakat hidung sahaja, tak usah buka perniagaan.
Oleh itu, kesimpulan aku, isu NC ini adalah tuduhan jahat pihak tertentu terhadap kerajaan bagi tujuan untuk dijadikan isu politik. Biasa le, mereka pun hidup kerana isu sahaja. Mereka disokong oleh para penyokong pun kerana isu. Oleh itu semakin banyak isu yang ditimbulkan, maka semakin popularlah mereka. Cuma nasihat aku, jangan pulak bloger Pro BN mensensasikan isu yang diungkitkan oleh pembangkang. Biarlah isu berkenaan hanya berlegar di dalam khemah mereka sahaja. Sebagao orang kerajaan, aku percaya apa yang kerajaan perjelaskan kerana aku yakin kerajaan jujur dan amanah. Kalau aku tak yakin mereka amanah, aku tak sokong kerajaan. Lagi pun aku yakin kepada Allah S.W.T. hanya akan memberikan pemimpin yang terbaik sahaja untuk Malaysia. Mana-mana pemimpin yang curang dan jahat, akan ditunjukkan jalan keluar oleh Allah S.W.T.
Berbalik kepada PAU kali ini, apa yang boleh aku simpulkan ialah beberapa nama besar dalam UMNO tetapi tidak disukai oleh akar umbi bakal tidak terpilih sebagai calon. Memang diakui bahawa UMNO sebuah parti yang besar. Tidak ada parti mlain yang boleh menumbangkan UMNO kecuali UMNO sendiri yang hanya mampu untuk menumbangkan UMNO. Tahun 2008, UMNO ditumbangkan oleh UMNO sendiri apabila ramai orang UMNO tidak sokong UMNO. Inilah yang cukup dtakuti oleh Najib. Beliau sebenarnya tidak takut kepada PAS, PKR ataupun DAP kerana ianya langsung tidak boleh memberikan kesan kepada UMNO. Namun demikian, jika ahli UMNO kembali mengkhianati UMNO sepertimana berlaku tahun 2008, maka tidak ada apa yang boleh menghalang untuk menjadikan UMNO tersungkur buat kali ke dua. Inilah yang dibimbangi oleh orang-orang UMNO termasuk para penyokong UMNO seperti aku.
PRU 13 semakin hampir. Aku percaya sekarang ini pihak UMNO sedang membuat kajian dan soal selidik calon-calon yang boleh menang. UMNO mungkin berteliti dalam soal pemilihan calon boleh menang di kawasan-kawasan yang kelabu, tetapi aku harapkan UMNO jangan ambil mudah di kawasan-kawasan putih ataupun kawasan kubu kuat seperti di DUN Telemong. Mungkin UMNO beranggapan bahawa DUN Telemong adalah DUN yang 120% boleh menang walau sesiapa sahaja menjadi calon. Oleh itu, soal calon boleh menang bukanlah satu masalah besar. Sebenarnya mereka silap jika mengambil sikap sedemikian. Sepatutnya disemua kawasan DUN ataupun Parlimen termasuk Parlimen Pekan, Rembau,Tenggaroh, sekalipun isu calon boleh menang hendaklah diberi perhatian. Jadi , aku fikir, UMNO kena membuat satu tinjauan di kawasan-kawasan DUN dan Parlimen untuk mendapatkan pandangan para pengundi untuk mencari calon boleh menang mereka. Lagi satu saranan aku, jika Wan Azizah boleh menjadi calon, kenapa tidak DS Rosmah Mansor. Berikan dia kawasan kalau dia calon boleh menang. Bukan apa, aku tengok DS Rosmah memang suka masuk campur,jadi eloklah bertanding. Berikan dia kawasan Lembah Pantai.
PAU ke 62 sudah berakhir dan menurut Presiden, PAU kali telah mencapai 4 sasaran yang telah ditetapkan oleh beliau. Maknanya kebimbangan dan keresahan beliau sedikit sebanyak telah lenyap. Sekarang ini para perwakilan sedang mencongak-congak siapakah yang bakal menjadi calon. Ketua Bahagian sudah tentu akan anggap bahawa mereka bakal menjadi calon. Ketua Pemudapun akan memasang angan-angan yang sama. Namun demikian, bolehkah mereka terima sekiranya seorang ahli biasa dicalonkan. Apabila ahli biasa itu menang, sudah pasti jawatan Ketua Bahagian mereka akan tergugat. Jadi bagaimana hendak mengatasi masalah ini.
No comments:
Post a Comment