SAHABAT BLOG

19 November 2011

Penyokong BN kena ambil iktibar apa yang berlaku kepada Aroyo

Apakah yang sedang berlaku kepada politik Philipina sekarang ini? Mungkin bagi sesetengah orang ianya tidaklah begitu menarik perhatian, tetapi bagi aku, apa yang sedang berlaku berlaku sekarang ini menarik perhatian aku. Apa yang aku maksudkan ialah tindakan pemimpin sekarang ini di Philipina boleh menular dan menjadi ikutan kepada politik tanahair. Para pemmpin politik Philipina sekarang ini sedang melakukan pelbagai ikhtiar dan usaha untuk mengheret bekas Presiden Aroyo untuk didakwa di Mahkamah berhubung salahguna kuasa dan rasuah yang didakwa dilakukan oleh Aroyo semasa berkuasa dulu.

Bukan sahaja berlaku di Philipina tetapi banyak pemimpin-pemimpin negara yang bertukar kepimpinan kepada pihak lawan akan berusaha untuk mengheret bekas pemimpin yang ditumbangkan kemuka pengadilan. Pelbagai tuduhan dibuat kepada pemimpin yang ditumbangkan bagi tujuan untuk memastikan kuasa yang diperolehi oleh pemimpin baru tidak jatuh kembali kepada pihak lawan.

Di Malaysia, perkara ini juga bakal berlaku jika sekiranya PR ditakdirkan memerintah negara. Mereka akan berusaha dengan pelbagai cara untuk mengheret pemimpin BN yang pernah berkuasa ke muka pengadilan dengan pelbagai tuduhan-tuduhan yang direka-reka. Tujuan mereka hanyalah untuk membalas dendam dan memastikan pemimpin yang ditumbangkan itu disusahkan dan dengan itu secara tidak langsung kuasa parti mereka bakal berkubur terus. Aku percaya dakwaan-dakwaan yang dilakukan nanti tidak mengirasama ada asas, palsu atau sebagainya. Apa yang penting bekas pemimpin BN itu dapat disusah dan disengsarakan. Mereka juga  akan melakukan pelbagai daya dan usaha supaya parti BN bakal berkubur begitu sahaja. 

Sekarang ini pun pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada pemimpin BN oleh pihak pembangkang samada tuduhan rasuah ataupun salah guna kuasa. Pemimpin yang paling mereka inginkan untuk diheret kemuka pengadilan sudah tentu Tun Mahahir Mohamad. Mereka akan pastikan Tun Mahathir  akan dikenang sebagai pemimpin yang zalim dan sebagainya dan bukannya sebagai seorang negarawan terbilang. 

Sehubungan itu, kepada rakyat yang sayangkan kepada pemimpin berjasa tanahair terutama Tun Dr. Mahathir, apa yang perlu dibuat ialah dengan memastikan pada PRU13, Parti Barisan Nasional berjaya memperolehi kemenangan. Kita kena pastikan para pemimpin kita yang telah banyak berjasa untuk negara akan terus dikenang sebagai negarawan dan bukannya sebagai seorang yang dibuang Ambillah ikhtibar dari apa yang berlaku kepada Sadam Husein, Gadafi dan ramai lagi. Setelah begitu banyak jasa dilakukan oleh mereka sepanjang menjadi pemimpin, tetapi semuanya hangus begitu sahaja disebabkan kebencian dan dendam segelintir mereka yang tidak berpuashati dengan mereka.

Rumusan ini aku buat setelah melihat dan mengkaji perangai dan tingkahlaku pemimpin pembangkang sejak dahulu lagi Aku masih ingat kenyataan pemimpin PAS apabila berjaya mengambil alih Terenggan tahun 1998 dahulu. Mereka berkata akan memastikan berlori-lori fail-fail rasuah pemimpin BN akan dibongkarkan. Aku percaya mereka berusaha ke arah itu, tetapi oleh kerana tiada fail yang dijumpai maka kita dapati tidka ada satu kes rasuah pun yang berjaya mereka bongkarkan sepanjang memerintah Terengganu. Begitu juga di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, mereka tidak berjaya untuk membongkarkan sebarang kes rasuah dan salahguna kuasa kerana memang perkara tersebut (rasuah pemimpin BN) tidak berlaku. Ianya cuma satu tuduhan umum dan sebagai modal politik semata-mata. 


3 comments:

Anonymous said...

Di Malaysia, perkara ini juga bakal berlaku jika sekiranya PR ditakdirkan memerintah negara. Mereka akan berusaha dengan pelbagai cara untuk mengheret pemimpin BN yang pernah berkuasa ke muka pengadilan dengan pelbagai tuduhan-tuduhan yang direka-reka. -
CETEK AKAL BETUL PUAK UMNO INI....
TUDUHAN DIREKA-REKA???? ITU UMNO!!!!

Anonymous said...

Di Malaysia, perkara ini juga bakal berlaku jika sekiranya PR ditakdirkan memerintah negara. Mereka akan berusaha dengan pelbagai cara untuk mengheret pemimpin BN yang pernah berkuasa ke muka pengadilan dengan pelbagai tuduhan-tuduhan yang direka-reka. -
CETEK AKAL BETUL PUAK UMNO INI....
TUDUHAN DIREKA-REKA???? ITU UMNO!!!!

putrarahman said...

Reka apanyer...tengoklah nanti kalu tak percaya.Bukan sedikit dendam pembangkang kepada pemimpin UMNO. Ini boleh dilihat dalam pelbagai tindakan mereka. Sebut sahaja isu apa, cincin, lembu, agama, masjid, bunuh, tuduhan , liwat, rasuah tak usah ceritalah dan pelbagai lagi tuduhan yang dibuat. Itu semua mesti dibuktikan jika PR memerintah. Jangan pulak ianya habis begitu sahaja bila dah menang.