SAHABAT BLOG

30 October 2011

Piala Malaysia...Impain Tranung berkecai.Tahniah Negeri 9.

Shah Alam: Aku antara ribuan para penyokong Tranung yang pulang hampa apabila impian untuk melihat pasukan bolasepak kesayangan aku iaitu Negeri Terengganu menjulang Piala Malaysia buat kali ke dua dimusnahkan oleh anak Terengganu sendiri. Hairuddin Omar ataupun digelar sebagai Hai-O telah memusnahkan impian ribuan para penyokong Tranung apabila beliau menjaringkan gol tercantik sepanjang kejohanan Piala Malaysia edisi ke ??? . Namun demikian, beliau telah bersikap gentlemen apabila memohon maaf kepada rakyat Tranung dan para penyokong Tranung khususnya kerana jaringan beliau itu menyebabkan impian Tranung terhempas bagaikan kaca yang berderai. 

Namun demikian, sebelum daripada itu, pemain yang sepatutnya terlebih dahulu memohon maaf adalah penjaga gol Tranung  iaitu Sabrinee Alwi. Disebabkan kesilapan gagal menangkap kemas bola lantunan lemah telah memberikan gol penyamaan kepada pasukan Negeri Sembilan. Kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana penjaga gol telah menyentap semangat juang para pemain Tranung dan merampas impian besar para penyokong Tranung. Kesilapan beliau untuk menangkap kemas bola lantunan boleh menyebabkan karier bolasepak beliau diperingkat antarabangsa bakal berkubur.

Aku percaya, para penyokong Tranung sukar untuk menerima kesilapan yang dilakukan oleh Sarbinee. Tidak ada sebab kenapa beliau gagal untuk menangkap kemas bola yang sebegitu mudah. Namun demikian, jika dikaji corak permainan beliau sebelum ini, kesilapan sedemikian bukanlah kali pertama dilakukan olehnya. Aku pun tidak tahu apa yang difikirkan olehnya semasa hendak menangkap bola berkenaan. Adakah beliau sukar untuk memberikan tumpuan dan fokus apabila menerima cubaan mudah sedangkan beliau cukup cemerlang untuk menangkis sebarang cubaan merbahaya pihak lawan. Aku percaya Sarbinee Alwi pasti menyesal di atas kekalahan ini dan beliau sepatutnya memohon maaf kepada para penyokong Tranung kerana mengecewakan mereka sebagaimana permohonan maaf yang dibuat oleh Hairuddin Omar. 

Apa-apa pun tahniah kepada Hairuddin dan pasukan Negeri Sembilan di atas kejayaan ini. Insyaallah tahun hadapan kita akan berjumpa lagi dipentas final. 

No comments: