CATATAN PERIBADI

25 October 2011

Pencen terlebih bayar - Siapa yang bertanggungjawab?

K'jaan terlebih bayar RM4.6 juta pencen
Laporan Ketua Audit Negara mengesan pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah terlebih membayar RM4.66 juta sebagai pencen kepada pesara dan waris mereka di antara 2007 dan 2010.

Daripada jumlah itu, RM2.57 juta telah terlebih bayar kepada 1,975 kakitangan awam yang telah meninggal dunia. Hanya RM850,000 berjaya dikutip semula daripada 965 waris mereka.

Baki, RM1.72 juta, yang perlu dituntut daripada 1,010 yang lain, masih belum dituntut sepenuhnya. Seramai  206 individu lagi membayar balik secara ansuran bulanan bagi jumlah RM390,000.

azlanBagi baki pencen terlebih bayar seterusnya berjumlah RM1.33 juta, wang itu tidak dapat dituntut kerana waris berkenaan tidak dapat dikesan, telah meninggal dunia atau memilih untuk tidak mengendahkan notis yang dihantar kepada mereka.

Antara lain, laporan audit mendapati bahawa pencen yang terlebih bayar itu adalah akibat rekod kematian yang ketinggalan zaman.
 
Untuk baca lanjut, sila Klik SINI
 
Ulasan Orang Kampung:  Macamana perkara ni boleh berlaku? Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku. Tidakkah ianya telah menyusahkan rakyat. Mungkin perkara ini berlaku disebabkan sistem yang digunakan oleh pihak penyampai kerajaan yang berterabur. Sepatutnya kerajaan boleh selaraskan penggunaan sistem rekod mereka bagi semua kementerian dan Jabatan supaya seragam. Apabila seragam, tidak berlaku masalah perekodan yang ketinggalan zaman seperti dilaporkan oleh Audit negara.
 
Negara telah melahirkan begitu ramai graduan-graduan IT setiap tahun. Wujudkan konsortium kepada para Graduan yang fresh ni supaya mereka boleh develop satu sistem perekodan yang standard kepada kerajaan. Tidak perlulah membayar konsultan-konsultan luar yang bernilai jutaan ringgit. Bayar je gaji kepada konsortium berkenaan.
 
Kalau dah berlaku macam ni, siapa yang bertanggungjawab? Duit yang terlebih bayar tu adlah duit pembayar cukai. Mana boleh duit pembayar cukai dibelanjakan dengan cuai yang boleh merugikan kerajaan dan rakyat.

No comments:

Post a Comment