CATATAN PERIBADI

24 October 2011

Kegiatan mencuri kabel TM di Kelantan meningkat 13 peratus


Kecurian kabel TM di Kelantan meningkat 13 peratus

24/10/2011 4:28pm

PASIR MAS 24 Okt . – Kadar kecurian kabel Telekom Malaysia (TM) di negeri ini meningkat sebanyak 13 peratus dalam tempoh sembilan bulan tahun ini berbanding tahun lalu.

Pengurus Besar TM Kelantan, Abd. Rashid Othman berkata, kabel yang dicuri dalam tempoh sembilan bulan tahun ini adalah sepanjang 129.5 kilometer berbanding 114.7 kilometer tahun lalu.

Beliau berkata, jumlah kecurian kabel tersebut kemungkinan akan terus meningkat dalam masa tiga bulan terakhir sekiranya masyarakat tidak bersama-sama dengan pihak berkuasa untuk membanterasnya.

"Kejadian kecurian kabel menjadi cabaran dan ancaman bagi TM Kelantan di mana dalam tempoh sembilan bulan kita terpaksa membelanjakan sebanyak RM3.88 juta bagi menyambung semula kabel yang telah dicuri yang melibatkan 923 kes, meningkat sebanyak 30 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas, 712 kes.

"Akibat daripada kejadian ini, seramai 31,553 pelanggan di seluruh negeri kelantan terjejas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Kepada Pasukan Keselamatan dan Penyampaian Saguhati kepada Penangkap Pencuri Kabel TM di Dewan KADA Kampung Gelang Mas di sini, hari ini. - Utusan

Ulasan Ikhlas Orang Kampung: Memang patut dan amat perlu kerajaan Kelantan melaksanakan dengan SEGERA hukum hudud yang telah diluluskan. Jika hudud dilaksanakan, sudah pasti kejadian seperti ini dapat dikurangkan kalaupun tidak dapat dihentikan. Banyak pihak telah menyatakan bahawa perlaksanaan Hukum hudud adalah di bawah bidangkuasa pihak berkuasa negeri, maka sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai dasar yang berlainan dengan kerajaan Pusat, maka aku fikir tidak ada sebab dan alasan pemerintah Kelantan untuk tidak melaksanakan Hudud dan Qisas jika itu yang sememangnya menjadi niat mereka.

3 comments:

  1. KAN KERAJAAN PUSAT KATA ....HUKUM HUDUD TAK SESUAI UTK MALAYSIA. UNDANG-UNDANG PENJAJAH YG SESUAI... PROF AZIZ BARI PUN KATA, PROF DATUK ZAID/KITA PUN KATA - PUSAT KENA UBAH POLISI DULU BARU BOLEH LAKSANA HUDUD DI NEGERI-NEGERI LAIN ....APASAL BENGAP SANGAT PUAK PENCACAI NI...

    KALAU MACAM TU, T'GANU , JOHOR PUN KENA JUGA LAKSANA HUDUD SEBAB BYK JUGA MAKSIAT. ADAKAH SEBAB PUAK PENCACAI KATA HUKUM HUDUD TAK SESUAI UTK UMAT ISLAM MALAYSIA JUGA. ATAU KERAJAAN BN DAH 53 TAHUN PERINTAH MALAYSIA TAK READY LAGI....DEYYY!!!!- DAH SETENGAH ABAD DAH...TAK RASA ISLAM TU BAGUS KERRR....

    ReplyDelete
  2. KAN KERAJAAN PUSAT KATA ....HUKUM HUDUD TAK SESUAI UTK MALAYSIA. UNDANG-UNDANG PENJAJAH YG SESUAI... PROF AZIZ BARI PUN KATA, PROF DATUK ZAID/KITA PUN KATA - PUSAT KENA UBAH POLISI DULU BARU BOLEH LAKSANA HUDUD DI NEGERI-NEGERI LAIN ....APASAL BENGAP SANGAT PUAK PENCACAI NI...

    KALAU MACAM TU, T'GANU , JOHOR PUN KENA JUGA LAKSANA HUDUD SEBAB BYK JUGA MAKSIAT. ADAKAH SEBAB PUAK PENCACAI KATA HUKUM HUDUD TAK SESUAI UTK UMAT ISLAM MALAYSIA JUGA. ATAU KERAJAAN BN DAH 53 TAHUN PERINTAH MALAYSIA TAK READY LAGI....DEYYY!!!!- DAH SETENGAH ABAD DAH...TAK RASA ISLAM TU BAGUS KERRR....

    ReplyDelete
  3. Kerajaan pusat kata hukum hudud yang digubal oleh PAS tidak lengkap dan tidak menyeluruh. Hukum hudud yang digubal oleh PAS tidak mengambilkira zaman sekarang ni. Zaman sekarang ni zaman teknologi. Maka sepatutnya, perlaksanaan hukum hudud juga kena ambil kira perkembangan tamadun manusia. Contohnya pengunaan saksi.

    Dalam Islam, perkembangan semasa juga perlu diambilkira. Pada zaman Rasulullah hukum rotan kepada peminum arak kalau tak silap aku, hanya 40 rotan sahaja. tetapi disebabkan pada zaman Umar Al khatab, ramai sangat orang minum arak, maka hukuman telah ditambah kepada 80 kali sebatan. Yang penting hukuman rotan itu masih menjadi asas. dari segi jumlahnya bergantung kepada ketetapan pemerintah pada masa itu.

    ReplyDelete