SAHABAT BLOG

06 October 2011

Bajet 'Pondok-Pondok'

Elaun Khas kepada Guru, Elaun kepada surirumah, elaun kepada wargatua, adalah antara intipati bajet yang dibentangkan Pakatan Rakyat. Kenapa Elaun Khas hanya untuk guru sahaja, kenapa tidak kepada semua kakitangan profesional yang lain seperti jururawat, juru x-ray, dan pelbagai juru lagi.

Kenapa guru sahaja, habis kakitangan kerajaan yang lain macamana? Adakah kakitangan kerajaan yang lain seperti polis, askar, pentadbir,kakitangan hospital, tidak menyumbang kepada pembangunan kerajaan. Kenapa guru yang dilebihkan sedangkan guru-guru telah banyak mendapat pembelaan daripada kerajaan sedia ada.

Minta maaf para guru, aku bukan anti guru. Abang aku seorang guru, ramai kawan-kawan aku yang menjadi guru, tetapi aku melihat seperti ada sesuatu yang tidak tepat dan tidak kena kepada Elaun Khas yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat dalam bajet alternatif mereka. Aku melihat bahawa Elaun tersebut seperti satu gula-gula kepada para guru supaya mereka memalingkan muka mereka dan mengalih kesetiaan mereka kepada Pakatan Rakyat semasa PRU 13 nanti. Aku percaya ramai di kalangan para guru yang secara sembunyi mempunyai sikap dan iktikad yang sama seperti yang dimiliki oleh Cikgu Raof dan Cikgu Normala. Namun demikian, aku percaya bilangan mereka ini masih lagi kecil jika  dibandingkan dengan jumlah keseluruhan para guru seluruh Malaysia.

Namun demikian, aku masih lagi memikirkan kenapa Elaun Khas ini sedangkan pada ketika yang sama pelbagai keistimewaan telah dikurniakan oleh kerajaan sedia ada kepada para guru. Contohnya, jika guru yang mempunyai Ijazah, mereka terus diserap untuk kejawatan DG41. Jika dinaikan pangkat kepada DG44, mereka masih boleh melakukan kerja yang sama tanpa perlu menanggung tanggungjawab yang lebih besar. Keistimewaan ini tidak dinikmati oleh kakitangan kerajaan yang lain. Walaupun memiliki sarjana sekalipun mereka tidak akan diserap kejawatan pegawai tadbir atau ke jawatan yang lebih tinggi. Jika naik pangkat, mreka akan diberkan tanggungjawab yang lebih berat. Berapa ramai para kerani yang memiliki Ijazah dan mereka dibayar gaji setaraf SPM sahaja. Banyak lagi contoh lain yang dinikmati oleh para guru.

Oleh itu aku berpendapat bahawa para Guru adalah golongan yang telah terbela sejak sekian lama, jadi berbalik kepada persoalan awal aku iaitu kenapa pihak PR masih merasakan mereka perlu untuk memberikan Elaun Khas kepada para guru sebanyak RM500.00 sebulan.

Inilah bajet 'pondok-pondok' iaitu bajet yang dibuat tanpa melihat angka sebenar kewangan negara. Bajet yang dibuat tanpa melihat kekuatan dan kelemahan negara. Dalam ertikata lain, bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat adalah satu bajet gula-gula untuk memenangi hati para pengundi. Percayalah apabila mereka menjadi kerajaan, bajet-bajet yang dirancangkan itu akan dibakul sampahkan dan satu bajet lain  yang lebih munasabah akan dirancang.  Bajet yang munasabah itu aku percaya berbeza dengan apa yang dibentangkan oleh mereka. IBajetb tersebut lebih pahit berbanding bajet BN. Tiada Elaun Khas, Tiada Elaun untuk surirumah, tiada elaun untuk warga tua, tiada kenaikan elaun JKM. Apa yang bakal dikeluarkan adalah bagaimana berbelanja dengan berhemah, bagaimana langkah perjimatan yang boleh dilakukan oleh rakyat, bagaimana cara-cara hendak mewnujudkan projek-projek baru untuk para penyokong mereka.

Sesungguhnya janganlah mencapakkan diri anda ke lembah kebinasaan.

9 comments:

Anonymous said...

Umpama seorang anak membuat budjet untuk membelanjakan wang peninggalan ayahnya, amat mudah untuk mengatur perbelanjaan kerana wang dan dana itu bukan hasil titik peluh mereka terapi dari hasil titik peluh orang lain.

Budjet Anuar ialah budjet "sifar" tetapi budjet Datuk Seri Najib ialah budjet "berisi".

Lu pikiaq la sendiri

Warga sebelum merdeka

putrarahman said...

Terima kasih sudi memberikan komen. Setuju dengan komen yang diberikan.

Sebelum buat bajet, sepatutnya mereka kemukakan dahulu kabinet bayangan mereka. Siap PM, siapa TPM, siapa Menteri Kewangan, barulah rakyat boleh membuat penilaian bajet ini boleh jalan ke tidak.

Aku percaya, para penyokong tegar mereka akan setuju dengan bajet mereka ini kerana mereka sentiasa bersetuju apa yang semua pemimpin mereka buat termasuklah apa yang dikerjakan oleh pemimpin utama mereka.

Kembalilah ke pangkuan jalan dan bukannya kembali ke pangkuang jalang.

Anonymous said...

apaslah bodoh sgt budak2 umno ni- kalu sapa2 dah jadi pemerintah...segala hasil milik adlah pemerintah...buduss....(skrg ni milik b-end) dgn apa yg malaysia miliki (sumber skrg ni) ... sepatutnya bajet adalah ...bla,bla,bla...mcm ni....

kalau nak ikut bn...bajet ni kira bajet gula-gula hack utk rakyat lah...yer...semuanya ke kantong puak umno dan yg sama waktu dgnnya... rakyat sampai...tapi dari 10 kampit beras...dapat lah 2 kampit...mana hak rakyat lagi...8 kampit beras tu...semua telan oleh????????????lu pikiaQ lah...budus... ni kenyataan. pegi lah buat semakan kat kg2 di luar sana tu....bukak minda sikit!!!!

Anonymous said...

Warga sebelum merdeka-----
-- kesian kat atok... byk atok atok lain yang sebaya dgn atok ni...dah lama say good bye kat umno nii...dari dulu kini dan selamanya dok menipu...jer...

Anonymous said...

Kembalilah ke pangkuan jalan dan bukannya kembali ke pangkuang jalang - agak-agak sapa yang jalang yer....bn yg jalang ni....

putrarahman said...

Kabinet bayangan mana?

Cuba teka...Anwar atau Haji Hadi jadi PM?

Kalau Anwarlah jadi PM, alahai....nasib badan le.

Kalau Haji Hadi jadi PM.....alamatnya berlori-lorilah fail-fail penyelewengan akan dimuatkan.

Kepada DFS Najib, aku nasihatkan baik kemas barang-barang siap-siap, kalau idak jangan harap dapat masuk lagi ke dalam kediaman rasmi di putrajaya tu., Habis dikunci dan dirantainya.

Anonymous said...

najib berani menyalak dlam rtm/tv3 jerr...mana forum yg dia berani berdepan dgn pembangkang???? selain dari parlimen...???
mengutuk, mencaci, menghina org lain dia berani hanya dlm rtm/tv3/utusan.

Kalau Haji Hadi jadi PM.....alamatnya berlori-lorilah fail-fail penyelewengan akan dimuatkan. - ini perlu buat...sbb BANYAK PENYELEWENGAN YG DIBUAT UMNO....- bukak lah mata.....jgn hanya dengar dari tv1/utusan shj...

cik kelisa said...

kalau PR perintah, 2 tahun kerjanya duk muat fail2 konon penyelewengan kerajaan dulu...kerja utk rakyat tak der lah. coz byk fail nak kena muat dlm lori oooo...10 tahun pun tak habih ni...kebajikan utk rakyat diabaikan konon sibuk nak cari penyelewengan...hihi.senang byk la jd kerajaan mcm ni. kalau mcm tu saya dengan sukacitanya menawarkan diri saya utk jadi PM PR...

putrarahman said...

Betul Cik Kelisa. Macam monyet dapat bunga ataupun macam duda dapat anak dara, siang malam dibelek sana sini.