Bertegas pertahan agama anak
SHAH ALAM 24 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, umat Islam perlu bertegas mempertahankan peraturan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memberikan ruang kepada mereka untuk menetapkan status agama anak dalam dokumen kelahiran iaitu sebagai penganut Islam.
Bekas Perdana Menteri berkata, langkah itu bertujuan memastikan umat Islam tidak terpengaruh dengan sebarang trend pihak tertentu yang mahu anak yang baru dilahirkan tidak ditentukan status agama, sebaliknya membiarkan ia menjadi pilihan sendiri apabila dewasa.
"Itu adalah adat kita, mereka tidak boleh mempersoalkannya. Anak kita mesti beragama Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pecah Tanah Pembinaan Kompleks Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Selangor di Seksyen 8 di sini, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman.
Dr. Mahathir mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik yang disiarkan dalam sebuah portal berita semalam yang meletakkan kesalahan kepada sistem JPN kerana telah menentukan anaknya sebagai penganut agama Buddha sedangkan beliau meletakkan anaknya 'belum ada agama'.
Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang itu dipetik sebagai berkata: "Mengapa dia (pegawai) perlu membuat keputusan ini untuk saya? Ini adalah satu perkara serius..., kenapa kita tidak boleh membuat pilihan untuk anak-anak kita sendiri, untuk mendaftarkan mereka sebagai Anak Malaysia tanpa agama lagi," katanya.
"Ini adalah semangat 1Malaysia dan harus digalakkan. Generasi akan datang kita seharusnya mempunyai kebebasan untuk menentukan bangsa dan agama mereka sendiri," kata Wei Aik.
Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim berkata, pihaknya bimbang sekiranya status agama anak penganut Islam tidak ditentukan lebih awal, kemungkinan boleh timbul soal murtad di kalangan umat Islam apabila anak tersebut sudah dewasa atau tua.
Ulasan Putrarahman:
Perkara ini aku ada highlight dalam artikel sebelum ini di sini. Nampaknya pemimpin DAP mempunyai rancangan yang begitu tersusun untuk melihat kekuatan Islam di Malaysia ini bakal goyah dan bakal hancur suatu masa nanti. Mereka sedar bahawa anak muda Islam sekarang ini ramai yang semakin hanyut dalam arus kemodenan dan semakin melupakan ajaran agama Islam. Namun demikian, DAP sedar bahawa mereka tidak boleh hendak mempengaruhi dan memujuk pemuda-pemuda melayu ini supaya menganut agama anutan mereka samada Buddha ataupun Kristian kerana perlembagaan menghalang untuk mereka berbuat demekian.
Namun demikian, jika sekiranya anak-anak muda Melayu ini tidak ditentukan agama mereka sedari awal, maka mudah bagi DAP untuk memujuk mereka untuk menjadi Buddha ataupun Kristian.
Oleh yang demikian, pemimpin negara hendaklah mengambil perhatian dan kalau boleh hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang menghina perlembagaan seperti pemimpin DAP ini. Perlembagaan sudah menjelaskan bahawa bangsa melayu itu beragama Islam. Oleh yang demikian, bagaimana boleh mereka mencadangkan supaya anak-anak Melayu yang baru lahir tidak ditentu agama mereka sehinggalah dewasa. Bukankah ini boleh dikategori sebagai menghina perlembagaan negara.
No comments:
Post a Comment