SAHABAT BLOG

14 June 2011

Negara kebajikan = Negara Islam, Hudud tetap dilaksanakan

Apabila Haji Hadi katakan bahawa PAS akan perjuangkan negara kebajikan kerana ianya ada disebut di dalam Al Quran dan bukannya negara Islam sebagaimana yang diperjuangkan selama ini, aku tidak tahu adakah dia sengaja ataupun terlepas cakap ataupun beliau seorang yang bijak dan panjang akal. Aku tidak jangka  dia begitu nekad untuk tukar dasar Negara Islam yang diperjuangkannya selama ini dengan begitu mudah. Haji Hadi bukan orang yang boleh bertukar prinsip dengan mudah. 

Aku percaya lama kelamaan beliau akan menjelaskan bahawa penukaran nama dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan hanya seperti menukar nama Babi kepada Khinzir sedangkan ianya adalah binatang yang sama. Maknanya, negara kebajikan dan Negara Islam itu adalah perkara yang sama dan perjuangan masih sama. Tidak ada yang berubah seperti mengharamkan segala yang haram dan menghalalkan segala yang halal seperti penjualan arak, perjudian dan sebagainya. 

Pertukaran nama ini juga tidak menukar dasar perjuangan PAS. Ini bermakna walaupun negara kebajikan, PAS masih memperjuangkan perlaksanaan hukum hakam berdasarkan Al Quran dan Sunnah termasuk Qisas, Hudud, Qazaf, Takzir dan sebagainya. Maknanya, Karpal Singh perlu 'mati' juga kerana PAS pasti akan melangkah 'mayat' beliau untuk menubuhkan negara kebajikan. 

Kesimpulannya,  Haji Hadi begitu cerdik kerana berjaya mensensasi dan mempopularkan beliau  supaya beliau nampak masih relevan sebagai pemimpin kepada golongan profesional PAS dan juga supaya beliau dilihat relevan sebagai pemimpin yang mampu untuk diangkat sebagai pemimpin besar di dalam pakatan. Kalau Haji Hadi begitu bijak, maka siapa yang terpedaya, sudah tentu  golongan profesional  PAS dan UMNO termasuk para cendikiawan, NGO dan Mufti dan termasuk juga  aku.  Sekarang aku sudah tidak tertipu lagi kerana aku sudah tahu mainan beliau.

Sila baca petikan kata-kata Haji Hadi di bawah sebagai sumber kepada artikel ini yang diambil dari themalaysianinsider.

“Mereka (BN) rasa kepanasan dengan konsep negara kebajikan kita ini, mereka tidak tahu apa itu negara kebajikan yang bercirikan Islam yang mana kita tidak menghalalkan apa yang haram"- Haji Hadi.

Tidak menghalalkan apa yang haram bermaksud segala bentuk perjudian, arak dan seumpamanya akan diharamkan penjualannya di  dalam negara kebajikan. Bukankah ini yang diperjuangkan oleh PAS semasa negara Islam mereka dahulu.

"Apa yang diperjuangkan PAS (melalui negara kebajikan ini) berpandukan perlembagaan PAS iaitu AL Quran."- Haji Hadi.

Perlembagaan bagi negara kebajikan Haji Hadi adalah sama dengan perlembagaan negara Islam yang diperjuangkan selama ini iaitu perlembagaan AL Quran. Oleh sebab itu, beliau memberi jaminan bahawa beliau sudah bersedia untuk melaksanakan negara kebajika jika ditakdirkan memerintah kerana sebenarnya beliau merujuk kepada apa yang telah dirancang selama ini iaitu sebuah negara Islam sepenuhnya. Perlaksanaan hukum Islam sepenuhnya

Sekarang ini, pihak yang perlu risau sebenarnya ialah Karpal Singh kerana 'Mayat' beliau nampaknya terpaksa dilangkah oleh PAS selepas PRU 13 nanti.

No comments: