SAHABAT BLOG

03 June 2011

Ayu, Sopan dan cantik

Aku tak tahu apa ke nama anak gadis di atas. Gambar ini diemailkan oleh kawan aku. Kawan aku ni ada niat nak kahwin dua, tetapi dia cakap tak mampu nak tanggung dua isteri. Aku cakap pada dia, ramai yang kahwin sorang pun tak mampu dan dibantu oleh,  tak jadi masalah pun. Bahagia juga mereka. Biar poket kosong, tetapi yang penting sesuatu yang di antara dua poket tu mantop.  Aku cakap kat dia, Salleh Yaakob dah masuk yang ke 4, kamu masih memikirkan yang ke dua.

Baru-baru ini, surat khabar ada tulis pasal wanita lambat kahwin. Aku cakap kat kawan aku, wanita lambat kahwin kerana mereka tunggu  teruna idaman mereka. Hakikatnya teruna idaman dah semakin kurang. Semakin kurang kerana ramai teruna yang sudah kurang berkualiti. Yang vberkualiti  pandai memilih. Mereka akan memilih yang mempunyai rupa paras yang cantik dan menawan.  Yang mempunyai rupa paras sedang-sedang sahaja, alamatnya payah sedikit untuk mendapat teruna idaman mereka. Ramai wanita beranggapan bila mereka bergaji besar, maka mereka boleh demand untuk teruna Idaman. Jangan harap... kerana bukan semua lelaki memandang kepada harta. Mana-mana lelaki yang memandang harta itu adalah mereka yang memang suka mengikis harta para isteri.

Untuk mengatasi masalah ini, aku cakap pada kawan aku itu, wanita kenalah mengalihkan perhatian mereka suami idaman. Maksudnya mereka sanggup untuk menjadi isteri ke dua atau ke tiga. Bagi tujuan ini, mereka kenalah pandai tackle suami orang yang diidam-idamkan.  Perkara ini boleh mengatasi masalah ramai wanita yang tak merasa nikmat dan rahmat perkahwinan.

Berbalik kepada gambar di atas, aku minta maaf kepada yang empunya gambar. Terus terang aku cakap, kamu memang cantik, ayu dan sopan. Jarang sekarang ini kita melihat anak-anak gadis yang ayu bertudung dan memakai baju lengang panjang seperti itu. Kebanyakkan gadis-gadis zaman sekarang ini bertudung sekadar fesyen dan bukannya mempunyai niat untuk menutup aurat. Lihat sahaja dimana-mana, kita akan berjumpa dengan wanita yang bertudung elok dan cantik tetapi memakai T.Shirt lengang pendek yang ketat. Fesyen sebegini semakin berleluasa sejak ahkir-akhir ini. Aku tidak tahu, adakah mereka ini faham pasal aurat wanita atau pun tidak. Kalau mereka faham dan mempunyai niat untuk menutupnya, sudah pasti mereka akan memakai baju T-Shirt bertangan panjang.

Aku hairan dengan ahli-ahli agama kita, kenapa tidak ditegur budaya-budaya tidak menutup aurat ni. Wanita ni kalau tidak ditegur, mereka akan semakin bebas dan terbabas. Lama kelamaan, ianya akan menjadi satu kebiasaan dalam budaya Islam di negara kita. Kalau orang yang kurang ilmu macam aku  yang tegur, mereka bukannya mahu dengar. Namun kalau ketua agama yang tegur seperti Mufti ke, Sultan ke, sudah pasti mereka akan terasa jugak. Sebenarnya banyak lagi kes-kes yang memerlukan teguran dan juga pandangan daripada para tokoh atau ketua agama kita, tetapi dibiarkan sahaja. Lama kelamaan apabila dibiarkan, ianya akan menjadi satu perkara biasa di dalam masyarakat. Macam lain-lain maksiat yang berlaku sekarang ini. Contohnya kita melihat pasangan berdua-dua ditaman-taman bunga. Mungkin pada asalnya perkara ini masih malu-malu ataupun tak ramai yang melakukannya, tetapi oleh kerana ianya dibiarkan tanpa teguran, maka ianya menjadi perkara yang biasa dan sudah boleh diterima dalam masyarakat kita.

No comments: