SAHABAT BLOG

19 May 2011

Tranung Lebih Berkemampuan Menang piala FA

Semenjak aku pindah ke Kuala Lumpur pada tahun 2007, aku sentiasa sahaja impikan untuk menonton Perlawanan Akhir Bolasepak yang melibatkan pasukan Tranung. Tak kisahlah piala apa sekalipun kerana aku teringin sangat nak bersorak. Kali terakhir aku berpeluang menyaksikan perlawanan akhir yang melibatkan pasukan Tranung ialah pada tahun 1998 apabila Tranung berjaya ke perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Perak. Lain-lain perlawanan akhir yang Tranung bermain kebetulan aku bertugas di Luar Negeri (Sabah je). Tahun 1998 tu, aku datang menaiki rombongan bas dari Kuala Berang dengan kawan-kawan aku, iaitu Cikgu Nasir, Amka dan adalah dua tiga orang lagi. Biasalah Bas rombongan yang ditaja oleh Pemuda UMNO. Aku pada masa itu bergiat aktif dalam Belia 4B.

Perlawanan akhir di adakan di Stadium Bukit Jalil, tetapi sayang Tranung Kalah kepada Perak dalam penentuan sepakan Penalti. Kawan Aku iaitu Zamri Mat Arif yang yang berasal dari Kuala Berang menjadi penjaga goal Pasukan Perak yang telah menyelamatkan beberapa cubaan dan sepakan Penalti. Kiranya dia menentang negeri kelahiran dialah tu. Kalau dia ada niat untuk melihat Tranung menang, pasti dia main lebih kurang je. Itu cerita lama.

Tahun ini, jika tidak ada aral melintang aku akan bertandang ke Stadium Bukit Jalil atau Shah Alam, untuk menyokong pasukan Tranung menentang Kelantan dalam Final piala FA. Aku tahu sangat bila menentang Kelantan ni pasti sengit dan provokasi di antara penonton juga pasti sengit. Penyokong Kelantan "gedebe' manakala penyokong Tranung pula "kerah keng'. Molek benarlah kedua-dua penyokong ni bertemu. Namun demikian, setahu aku, penyokong Kelantan dan penyokong Tranung macam adik beradik. Penyokong Tranung abang manakala penyokong kelantan pula adik. Adik kena hormat kat abang. Tak gitu Papa Gomo". Apa-apa pun Tahniah kepada geng-geng bola Tranung kerana berjaya mara ke final piala FA. Harap-harap Piala FA pada tahun ini akan kembali ke Tranung sekali lagi weh. Aku harap sahabat Blog aku iaitu Dinturtle akan datang. Jangan berkokok dalam blog je Din, harap-harap kat dalam Stadium pun mun berkokok juga.  Don't worry minyak tak naik lagi sehingga akhir tahun ni kerana KJ dah bagi warning pada PM Najib.

Kalah atau menang aku tak kisah kerana itu memang adat permainan. Cuma aku harapkan mutu perlawanan dan juga mutu sokongan para penyokong akan meningkat. Walaupun tidak setanding liga-liga Inggeris, sekurang-kurangnya setanding dengan Liga Singapore. Aku ramalkan, Tarnung akan menang dengan agregat 2-1. Jangan marah penyokong Kelantan ye.

No comments: