SAHABAT BLOG

31 March 2011

NOVEL INTERLOK - KALAU DAH TPM KATA SELESAI TU, USAHLAH DIUNGKIT LAGI.


Aku tak komen apa-apa kerana Timbalan Perdana Menteri kata dah selesai. Jadi sepatutnya bila dah selesai, tak usahlah dibangkitkan lagi. Ini seolah-olah menghina dan merendah-rendahkan panel bebas yang dilantik dan juga Timbalan Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat. Jika mereka tidak menghormati seorang Timbalan Perdana Menteri, apa punya perangai boleh kita kelaskan kepada mereka ini. Takkan nak dikatakan seperti perangai anjing yang mengigit orang yang menyelamatkan dirinya yang tersempit. Kalau dah selesai , kira selesailah.

Novel ini bukannya buku sejarah, dan fakta-fakta yang ditulis bukannya boleh dikatakan satu sejarah. Oleh itu kenapa nak kecoh-kecoh. Kalau buku tekas sejarah menyatakan bahawa kaum India dan Cina datang ke Malaysia samada di bawa oleh British ataupun mereka datang sendiri, adakah buku sejarah itu juga hendak dihapuskan. 

Kalau dah sejarah mengatakan bahawa kaum India dan Cina adalah ASALNYA pendatang, maka terimalah hakikat bahawa kaum India dan Cina pada asalnya datang daripada Tanah Besar Cina dan juga dari Negara India. 

Tiap tahun bawak anak balik ke India ataupun Cina untuk ziarah sanak saudara, tetapi mereka seolah-olah inginkan supaya anak itu apa bila besar nanti lupa asal usul dari mana datangnya keturunan mereka. 

Biarlah anak-anak itu bangga bahawa walaupun mereka berasal dari kaum pendatang, tetapi boleh berjaya, malah lebih berjaya dari kaum peribumi.

NGO Cina tampil bantah Interlok
Jimadie Shah Othman
Mac 30, 11
1:57pm
Lepas satu, satu; novel kontroversi karya Sasterawan Negara DatukAbdullah Hussain Interlok hari ini diasak dengan isu pendatang dan ketuanan Melayu pula.


Sekumpulan NGO Cina dan India tampil bersama-sama mengaitkan novel setebal 426 halaman itu dengan agenda menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang.

NONE"Interloksepenuhnya menyeru kepada fahaman ketuanan Melayu. Pada pandangan kami, novel ini bukan sahaja tidak sihat (untuk bacaan pelajar) tetapi juga beracun," kata Naib Presiden Dewan 
Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Cheng Su Chean.

Dalam sidang media di pejabat KLSCAH di Kuala Lumpur tengah hari tadi, Cheng mendakwa beliau dan beberapa wakil NGO yang hadir sama mewakili 45 lagi pertubuhan Cina dan India di seluruh negara.
Bagaimanapun, sebelum inipun NGO Cina pernah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu dalam media berbahasa Cina.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KLSCAH Tang Ah Chai, Presiden Yayasan Tamil K Uthayasoorian, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia AP Raja Retinam dan Presiden Persatuan Pelajar India Malaysia Kishur Goonasaran yang juga anggota Pasukan Bertindak Interlok Nasional (NIAT).

Cheng juga mendakwa novel itu hampir sama dengan program Biro Tata Negara yang didakwa sebagai "pembasuhan minda" dan mempromosi perkauman dan perpecahan.

"Interlok menyampaikan mesej utama bahawa Cina, India dan kumpulan minoriti sebagai rakyat kelas kedua sebagai tambahan kepada idea pengasingan antara masyarakat asal (Melayu) dan bangsa asing (Cina dan India)," kata Cheng.

Mesej tersirat
Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan menggugurkan buku tersebut sebagai teks sastera untuk sekolah menengah, bukan dipinda atau ditapis mana-mana bahagian.

"Pendirian kami, kami hormat kebebasan bersuara untuk pengarangnya Abdullah Hussain dan kami tidak menentang buku ini dijual di kedai-kedai," kata Cheng yang juga timbalan ketua wanita bahagian wanita dewan itu.

NONE"Tetapi penyelesaiannya, Interloktidak patut dijadikan buku teks di sekolah."

Ditanya tentang agenda ketuanan Melayu yang dimaksudkan memandangkan novel itu turut mengkritik bangsa itu, Uthayasoorian menjawab memang perkataan itu tidak disebut dalamInterlok.
Bagaimanapun, tambahnya, cerita tentang pendatang dalam buku itu menggambarkan idea itu.

Manakala Kishur pula mendakwa, walaupun terdapat kritikan pada orang Melayu, terdapat novel itu membawa mesej tersirat bahawa mereka mesti bangkit.

"Ini mesej ketuanan Melayu," katanya.

Sementara bagi Tang pula, karya yang ditulis untuk pertandingan sepuluh tahun merdeka lebih 40 tahun lalu itu cuba menggambarkan bahawa negara ini "tanah orang Melayu".

"Melayu sebagai tuan tanah, Cina dan India sebagai pendatang. Ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia," tambahnya.

5 comments:

Anonymous said...

kan kita ni 1malaysia--- sapakah yg mempelopori slogan ini. so..rakyat nak kan perkara ini dikotakan... takleh marah kat rakyat. kenapa perlu 1malaysia???

putrarahman said...

1malaysia hanya slogan sementara untuk menang PRU13 sahaja.

Bila dah menang nanti, tunggulah tindakan selanjutnya.

putrarahman said...

Perbuatan bangkitkan lagi isu Interlok berniat jahat - TPM

31/03/2011 7:22pm

PAGOH 31 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perbuatan pihak tertentu yang terus membangkitkan soal mengenai novel Interlok amat tidak bertanggungjawab dan berniat jahat kerana isu itu sudah selesai.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak berhubung isu itu kerana keputusan muktamad telahpun dicapai.

"Sudah kita umumkan (penyelesaiannya) dalam Parlimen dan sudah dipersetujui, jadi kita akan pegang pada itu.

"Ada parti-parti pembangkang mengekploitasi isu itu dengan menonjolkan beberapa badan bukan kerajaan untuk menyuarakan sekali lagi bantahan, mungkin kerana pilihan raya yang akan berlangsung,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan wang ihsan mangsa banjir di kawasan Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini. Beliau adalah Ahli Parlimen Pagoh.

Muhyiddin diminta mengulas mengenai tuntutan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina dan India semalam agar novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu digugurkan sebagai buku teks sastera pelajar tingkatan lima kerana ia cuba menggambarkan bahawa negara ini “tanah orang Melayu” dan “Melayu sebagai tuan tanah, Cina dan India sebagai pendatang yang mana tidak selari dengan konsep 1Malaysia.”

Beliau berkata, pembangkang sememangnya mahu agar isu itu berpanjangan untuk menyemarakkan perasaan benci rakyat terhadap kerajaan.

Kerajaan, katanya, tidak akan berkompromi kerana ianya melibatkan keselamatan negara.

"Saya tahu muslihat mereka dan saya nak tegaskan kita tidak akan tunduk, proses pembelajaran akan berjalan seperti biasa serta proses penambahbaikan akan dibuat,” katanya.

Novel itu mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India. Perkataan-perkataan itu kemudiannya diubah hasil cadangan sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Mengenai sama ada Barisan Nasional boleh mendapat majoriti dua pertiga kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini, Muhyiddin berkata beliau tidak mahu membuat andaian awal dan mendahului keputusan pilihan raya.

"Apa yang penting ialah memastikan kemenangan agar Barisan Nasional terus mendapat mandat untuk membentuk kerajaan dan meneruskan agenda pembangunan di Sarawak,” katanya. - Bernama

P/S: Syabas Tan Sri Muhyidin. Jangan berlembut dengan puak-puak yang bodoh sombong ni. Puak-puak yang dari jenis rumah siap pahat berbunyi. Kalau sesuatu yang menguntungkan mereka, semuanya dikaitkan dengan 1malaysia, tetapi bila sesuatu perkara itu merugikan puak-puak mereka, slogan 1malaysia menjadi sunyi sepi. Jahat dan memang jahat puak-puak ini.

Anonymous said...

betul tu....takkan rakyat tak nak untung. namapun 1malaysia.. rakyat diadahulukan. so... slogan ni adalah harapan rakyat. klu setakat slogan jer...tapi rakyat apapaun tak dapat... buang aje la... ganti slogan lain. sikit masa lagi... semua rakyat minta taraf "bumiputera" dek kerana slogan 1Malaysia. tak pecaya tunggu ajelah. bukan DAP saja yer... MCA,MIC dan lain2 kaum pun ada hak... kerana slogan 1Malaysia.

Anonymous said...

betul tu....takkan rakyat tak nak untung. namapun 1malaysia.. rakyat diadahulukan. so... slogan ni adalah harapan rakyat. klu setakat slogan jer...tapi rakyat apapaun tak dapat... buang aje la... ganti slogan lain. sikit masa lagi... semua rakyat minta taraf "bumiputera" dek kerana slogan 1Malaysia. tak pecaya tunggu ajelah. bukan DAP saja yer... MCA,MIC dan lain2 kaum pun ada hak... kerana slogan 1Malaysia.