Hari ini aku nak ulas pasal luahan perasaan Papa Gomo berkenaan layanan sesetengah pemimpin BN terhadap para bloger yang dimaksudkan sebagai bloger nyamuk. Aku mungkin bukan salah seorang darinya kerana aku hanyalah bloger 'ubi kayu' je.
Aku nak ingatkan kepada BN supaya jangan sombong sangat. Kalau tidak disebabkan para bloger nyamuk ini, payah BN nak menangkis serangan daripada para bloger pro-Pembangkang, kerana serangan yang datang kadang-kadang berada pada tahap giler dan dan tidak masuk akal. Jadi peranan bloger nyamuk ini bukan untuk menangkis, tetapi melancar serangan balas yang kalau boleh lebih giler tetapi masuk akal.
Peranan menangkis serangan bloger pro-pembangkang sepatutnya menjadi tugas para bloger yang diupah oleh UMNO. Aku tidak tahulah siapa mereka ini. Jika para bloger yang dibayar ini tidak menangkis serangan, apa yang mereka buat?
Kalau tak silap aku, pernah suatu ketika Saudara Zaini Hassan menulis di dalam kolumnya di Utusan Malaysia akan kesudahan yang bakal dihadapi oleh BN jika sekiranya bloger Pro-BN ini berpaling tadah. Takkan pemimpin BN tak baca dan ambil pelajaran dari tulisan tersebut. Kata zaini Hassan.
‘‘Bayangkan sekiranya anda semua yang berada dalam dewan ini swing atau berpatah balik ke sebelah sana (pembangkang), apa akan jadi kepada kerajaan, UMNO, BN, PM...?”
Apa akan jadi jika Anuar, Parpu Kari, GAP, RBF, Kickdefella atau Syed Akbar, Big Dog (yang terlalu kuat UMNOnya) berpatah mengasak kerajaan...???. Kalau nak tahu lanjut boleh baca di Sini.
Harapan aku, agar para bloger nyamuk ini dihargai dalam bentuk yang sepatutnya. Bukannya menghina atau merendah-rendahkan mereka, kerana sekali mereka berpaling tadah, susah juga BN jadinya.
Luahan Papa Gomo yang aku copy and paste dari blog beliau di papagomo.
"Gomo takde lah nak ulas panjang malam ni dalam meraikan kemenangan BN di PRK Merlimau dan Kerdau. Namun Gomo nak ambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada angkatan Blogger nyamuk yang berjuang sepanjang tempoh PRK ini.
Tak kira lah sama ada blogger nyamuk yang hadir menjalankan misi di Merlimau, Kerdau ataupun di mana sahaja anda semua adalah yang terbaik.
Namun Gomo sebenarnya agak terkilan dan kecewa apabila kita para blogger nyamuk ini kadang kala di pandang sepi oleh BN. Bukan semua yang tak menghargai blogger nyamuk, ada mereka yang prihatin dan peka kepada kita blogger nyamuk ni.
Gomo sebenarnya agak terkilan kerana ada pemimpin yang merasakan blogger blogger nyamuk ini tidak membantu kepada kemenangan BN. Malah ada di antara mereka merasakan blogger nyamuk ini merupakan beban kepada BN kerana berkemungkinan membocorkan maklumat.
Kita blogger nyamuk bukanlah Parasit yang menjadi pengkhianat kepada parti keramat UMNO. Kita berjuang kerana kesedaran kita sendiri dan bukan arahan dari mana mana pihak. Kita lakukan semua ini kerana sayang dan kasih kepada kerajaan, sayang pada Islam, sayang pada bangsa dan negara.
Kita bukannya pandai nak mintak projek sana sini, apa yang kita inginkan adalah penghargaan dalam bersama sama berjuang memastikan kemenangan BN pada PRU13 ini.
Gomo tidak ingin menceritakan sepenuhnya hal ini namun sekadar nak ingatkan kepada mereka yang mempunyai pengaruh dan jawatan dalam bidang tertentu agar sekali sekala pandanglah kami.
Semoga angkatan Blogger Jalanan @ Nyamuk yang ada hari ini akan terus berjuang memastikan kemenangan BN pada PRU Sarawak dan PRU 13 ini. Sesungguhnya perjuangan kita ikhlas dan bukan nak melobi jawatan dalam parti mahupun kerajaan. "
agak nya gomo tak dpt habuan kot... tu tengah merapu tak tentu pasal. lain kali gomo nak tulis pun biarlah bertempat dan logik akal adanya...byk sgt cerita yg negetif dan tak benar ditulisnya.. terutamanya kpd pas.
ReplyDelete