Cita-cita dan impian untuk memertabatkan bahasa melayu di peringkat Dunia merupakan satu cita-cita dan impian yang murni. Masalahnya, bagaimana hendak dimertabatkan di peringkat global jika ditempat asal ataupun penutur asal bahasa melayu iaitu orang melayu yang berpotensi untuk menglobalkan bahasa melayu ini lebih gemar untuk menggunakan bahasa Inggeris di dalam pertuturan seharian mereka. Takkan tugas dan tanggungjawab ini hendak digalaskan kepada orang-orang kampung ataupun beberapa kerat penutur asing yang menyertai pertandingan pidato setahun sekali itu?
Usahlah bercita-cita wahai mereka yang berangan-angan. Usaha untuk menglobalkan penuturan bahasa melayu bukannya tugas yang mudah. Apatah lagi ketika ini bahasa melayu semakin kekurangan penutur di kalangan cerdik pandai di negara asalnya. Selagi penutur berpotensi ini tidak menghormati dan menjiwai bahasa melayu itu sendiri, usahlah berangan-angan hendak menglobalkan bahasa melayu itu.
Penutur bahasa melayu semakin berkurangan. Ramai dikalangan kanak-kanak sekolah yang telah ditekan penguasaan bahasa Inggeris semenjak di peringkat sekolah rendah lagi. Tidak boleh disalahkan kepada kanak-kanak tersebut ataupun guru-guru mereka ataupun ibu bapa mereka kerana mereka sudah tentu ingin menyediakan anak-anak mereka supaya mahir menguasai bahasa yang diramalkan akan menguasai sebilangan besar kitaran kehidupan rakyat Malaysia ini menjelang 2020 nanti. Menjelang 2020 dan ke hadapan, penutur-penutur bahasa melayu hanya berlegar di pasar-pasar dan juga dikampung-kampung dengan dialek-dialek yang berbagai-bagai.
Apabila penutur bahasa melayu standard semakin berkurangan, maka keperluan untuk menerbitkan bahan samada bahan bercetak ataupun media di dalam bahasa melayu standard sudah tidak perlu lagi. Apabila penerbitan semakin berkurangan, maka bagaimanakah bahasa melayu ini hendak dikembangkan diperingkat global. Takkanlah kita hendak menglobalkan bahasa melayu pasar kita untuk dipelajari dan dituturkan oleh orang asing. Jika bahasa melayu standard pun tunggang terbalik, apatah lagi bahasa pasar yang berbagai-bagai.
Aku sebenarnya risau melihat kepada perkembangan semasa yang berlaku di negara ini. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi sedikit demi sedikit telah digantikan oleh bahasa inggeris di dalam urusan rasmi kerajaan. Kalau dalam urusan rasmi swasta, boleh dikatakan 100% mereka menggunakan bahasa Inggeris di dalam urusan rasmi mereka. kerisauan ini bukan untuk setahun atapun dua tahun ataupun 10 tahun mendatang, tetapi kerisauan aku ini untuk suatu masa di suatu ketika akan datang. Entah bila?
Korang bacalah berita yang dijadikan sumber untuk aku membebel kali ini. Setiap kali ada pertandingan sedemikian rupa, inilah bentuk ucapan yang dilaporkan. Tahun sudah pun, macam ni juga ucapan oleh menteri. Mungkin juga penyedia ucapan hanya copy and paste sahaja. Ucapan kosong dan tidak ada jiwa apatah lagi ada roh jauh sekali.
Martabatkan bahasa Melayu peringkat global
KUALA LUMPUR 7 Mac - Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2011 merupakan landasan terbaik untuk memartabatkan bahasa rasmi negara ke peringkat antarabangsa.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penganjuran PABM 2011 membolehkan negara di luar nusantara mengenali dan menguasai bahasa Melayu yang dituturkan di kebanyakan negara Asia Tenggara.
Beliau berkata, pendedahan melalui pertandingan pidato itu dapat menarik minat bangsa lain untuk lebih mendalami keunikan dan keindahan bahasa Melayu serta budaya yang diamalkan penuturnya. Untuk berita lanjut klik di sini.
"
ARKIB : 03/03/2010
PABM platform martabat bahasa Melayu
PUTRAJAYA 2 Mac - Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2010 Piala Perdana Menteri merupakan landasan terbaik untuk memartabatkan bahasa itu ke peringkat antarabangsa.
Peserta dari Indonesia, Leonora Lydia Wentuk, 22, berkata, penganjuran pertandingan pidato seperti itu membolehkan negara di luar nusantara mengenali dan mempelajari bahasa yang sering digunakan oleh negara di Asia Tenggara.
Katanya, pendedahan melalui pertandingan itu dapat menarik minat bangsa lain untuk lebih mendalami keunikan dan keindahan bahasa Melayu berserta budaya yang penuh dengan kesopanan.
"Bagi memastikan matlamat ini dicapai, kita penutur bahasa Melayu di rantau ini perlu bekerjasama meningkatkan usaha memperkasakan penggunaan dan penguasaan bahasa ini terlebih dahulu. Untuk lanjut sila klik di sini.
Petikan dari Tranungkite-
ReplyDeleteAdakah keterlaluan jika dirumuskan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai banyak kuasa selama 22 tahun menjadi perdana menteri? Kesimpulan ini mungkin boleh dibuat berasaskan nilai “pengakuan” beliau sendiri dalam buku kisah hidupnya, “A doctor in the house: The memoirs on Tun Dr Mahathir Mohamad”.
Atau, adakah Dr Mahathir berbuat demikian untuk menutup pekung di dada dan menghalalkan segala penyelewengan kuasa, pemborosan dan rasuah dan kronisme yang mewarnai pemerintahan beliau?
Bersandarkan buku “A doctor in the house” dan pengakuan Dr Mahathir sendiri, mantan perdana menteri itu mahu rakyat percaya bahawa bukan keputusan beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988.
Malah beliau juga tidak bertanggungjawab ke atas penangkapan lebih 100 aktivis masyarakat dan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Operasi Lalang pada tahun 1987.
Dalam buku nukilannya, Dr Mahathir meletakkan beban pemecatan Salleh Abas kepada Almarhum Sultan Johor Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar.
Almarhum yang mangkat tahun lalu, kononnya mendesak Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu untuk memecat Salleh.
Gadaikan negara
Selain itu Dr Mahathir, mengikut pengakuannya sendiri, terpaksa akur desakan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar untuk melancarkan Ops Lalang.
Mungkin perlu ditambah kepada pendedahan Dr Mahathir itu adalah tema yang sering dikitar oleh beliau, bahawa bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya “menggadaikan” negara apabila berurusan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF.
Dr Mahathir mahu rakyat mempercayai bahawa walaupun menjadi perdana menteri dan menteri dalam negeri atau dalam erti kata lain, orang paling berkuasa di Malaysia, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menegur Anwar mengenai tugas-tugasnya.
Dr Mahathir juga mahu kita mempercayai bahawa beliau tidak sama sekali mengarahkan Petronas menggunakan hasil minyak untuk membeli kapal-kapal tangki bernilai lebih RM1bilion untuk menyelamatkan anaknya Mirzan ketika kemelesetan ekonomi 1997.
Begitu juga dengan keputusan Petronas untuk membiayai projek-projek seperti pembinaan Putrajaya, Lapangan Terbang KLIA dan sebagainya. Semua pelaburan berjumlah lebih RM100 bilion ringgit itu itu adalah berasaskan keputusan dibuat oleh pengurusan Petronas sendiri dan bukan atas kehendak Dr Mahathir.
Jadi rakyat tidak boleh dipersalahkan jika merumuskan Dr Mahathir adalah seorang perdana menteri yang mengaku dirinya sebagai tidak mempunyai kuasa dan hanya mentadbir di bawah telunjuk pihak lain.
Seorang pengecut
Selasa lalu, ketika melancarkan buku itu, Dr Mahathir berkata beliau mengambil masa lapan tahun menulisnya dan menunggu masa sesuai sebelum melancarkan buku itu.
Amat mendukacitakan Almarhum Sultan Mahmud sudah mangkat dan tidak dapat membela diri terhadap tuduhan Mahathir bersabit pemecatan Salleh Abas. Pemecatan beliau bersama lima hakim kanan yang lain masih menjadi detik hitam dalam sejarah perundangan negara.
Dr Mahathir mengelak daripada memikul tanggungjawab mencalar dan menghakis kewibawaan sistem kehakiman negara tetapi sebaliknya menyalahkan seorang sultan yang sudah mangkat.
Dalam kes Anwar, Dr Mahathir mengelak untuk memberi keterangan di mahkamah, tetapi beliau melontarkan fitnah dan tuduhan dan berlindung di bawah payung Umno yang melihat Anwar sebagai musuh politik utamanya.
Mungkin kini sudah sampai masanya pihak Istana menegur Dr Mahathir kerana sifat celuparnya mengheret keluarga diraja Johor semata-mata untuk menghalalkan tindakannya memecat Salleh Abas demi menyelamatkan diri beliau dan Umno pada tahun 1988.
Dan, mungkin sampai masa Dr Mahathir sedar bahawa lebih banyak beliau bercakap, lebih terserlah pembohongannya.
Masing-masing mempunyai penilaian tersendiri kepada seseorang itu. Seseorang yang membenci seseorang sudah tentu tidak memberikan penilaian yang positif kepada orang yang dibencinya. Begitu juga sebaliknya.
ReplyDeleteHanya Allah yang berkuasa memberikan penilaian yang Maha Adil kepada HambaNya dan daripada penilaianNya itu, maka nasib hambaNya akan ditentukan.
Nasib hambaNya ditentukan diakhirat bukannya kerana penilaian seorang hambaNya terhadap seorang HambaNya yang lain.