SAHABAT BLOG

25 March 2011

HAPUS DAN NYAHKAN SEMUA PARIA


"Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein bersetuju menggugurkan beberapa perkataan dalam novel Interlok termasuk paria kerana mahu menjaga keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini."

Petikan berita dari Utusan Malaysia di atas mengambarkan ataupun menceritakan bertapa lembut dan sucinya jiwa seorang yang berbangsa melayu. Mereka sentiasa sahaja boleh bertolak ansur dalam apa juga perkara demi untuk melihat negara Malaysia ini aman makmur untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Sikap ikhlas dan suci hati orang melayu ini bukannya menguntungkan bangsa sendiri tetapi telah banyak menguntungkan bangsa lain. Bangsa Melayu ini umpama lilin yang rela berkorban untuk kesenangan orang lain.

Merujuk kepada Paria Interlok, aku harapkan bukan sahaja perkataan Paria sahaja yang patut dinyahkan atau dihapuskan tetapi semua paria-paria yang masih ada di Malaysia ini hendaklah dibuang dan dinyahkan dari Malaysia ini. 

Gesaan ini bukanlah bermakna semua rakyat yang merasakan diri mereka berkasta Paria akan dihalau atau diminta untuk meninggalkan negara ini, tetapi aku bermaksud semua perkara yang ada kaitan dengan Paria samada persatuan ataupun apa-apa gelaran yang merujuk kepada apa yang dimaksudkan di dalam Novel Interlok itu hendaklah dihapuskan. 

Jika tidak dibuang atau dihapuskan, ianya tidak adil kepada Interlok kerana hakikatnya Paria yang dirujuk kepada Novel Interlok itu masih digunakan berleluasa lagi. Oleh itu bagi memberikan keadilan kepada semua, maka semua Paria yang dirujuk sebagaimana Novel Interlok itu hendaklah dibuang atau dihapuskan.

Perkataan paria digugur



KUALA LUMPUR 24 Mac – Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein bersetuju menggugurkan beberapa perkataan dalam novel Interlok termasuk paria kerana mahu menjaga keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Menurutnya, perkataan paria yang digantikan dengan perkataan ‘golongan yang sama’ tidak mencacatkan maksud yang ingin beliau sampaikan dalam novel tulisannya itu.

“Saya gembira kerana perkara ini diselesaikan dengan baik dan menerima semua keputusan ini dengan hati yang terbuka. Niat saya menulis novel itu adalah ingin berkongsi pengalaman peribadi dengan orang ramai.

“Pada awalnya mereka ingin menukar huruf ‘t’ pada perkataan tuhan kepada huruf besar. Saya tidak bersetuju kerana saya beragama Islam dan tuhan adalah Allah sahaja,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Abdullah, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengunjunginya sebelum ini menunjukkan perubahan yang mahu dibuat terhadap novel itu dan beliau bersetuju dengan perkara itu.

Beliau tidak bimbang jika persetujuannya terhadap keputusan kerajaan itu mengundang kemarahan mana-mana pihak kerana percaya kepada ketentuan Allah.

Ketika ditanya perasaannya apabila karya berkenaan sudah tidak asli berikutan perubahan yang akan dilakukan itu, Abdullah berkata, sebagai penulis, beliau tidak boleh berbuat apa-apa jika orang lain tidak bersetuju dengan isi kandungan bukunya.

Dengan penyelesaian isu Interlok, Sasterawan Negara itu berharap tiada pihak akan mengganggu lagi kehidupannya dan keluarga selepas ini.

4 comments:

Anonymous said...

perkataan paria digugurkan bukan sebab keharmonian...tetapi itu kuasa menteri yg juga timbalan presiden.... semua tahu pru13 makin hampir... banyak sokongan kaum india dilihat cenderong kpd pembangkang. lantas itu..apakah bn mahu terus kehilangan undi lagi tanpa melihat isu yang sensitif pd kaun india....

org kata menyelam kat sungai sambil minum air coke.

putrarahman said...

Trylah menyelam Sungai Gombak atau Sungai Kelang, rasa air coke atau air longkang.

MP mana yang dok tersengeh semasa Interlok dibakar dulu?

Anonymous said...

tak tau la.... sungai kelang dan sg gombak dari tahun 80an lagi...dah mcm ni... taktau lah apa kerjaan bn buat.... tak pandai jaga sungai. skrg pun sama. itulah hakikatnya.

putrarahman said...

Bila Krjn banyak sangat nak buat pembangunan sdangkan duit kurang, maka ada le yang tak terbuat.

2020, dah negara maju. Kalau sungai Gombak dan Sungai kelang tak boleh mandi manda, maka tak payak claim negara majulah.