“ Mereka (bumiputera) didapati terus ketinggalan dalam perkembangan semasa industri itu kerana masalah komunikasi bahasa dan sikap perkauman yang menebal”. Ini sebahagian daripada luahan Timbalan presiden PPIBM ( pengusaha Industri – industri bengkel Malaysia ).
Aku kata dah, selagi bahasa kebangsaan tidak dijadikan bahasa pengantara di dalam ekonomi atau industri di Negara kita ini, selagi itulah orang melayu dan bumiputera payah untuk bersaing ataupun meningkat naik standing dengan kaum-kaum Cina. Penggunaan bahasa yang sama memberi keselesaan kepada penuturnya untuk lebih saling bekerjasama. Secara tidak langsung kerjasama ini telah menjadikan ataupun dilihat sebagai bersifat perkauman.
Sebenarnya, aku berpendapat sifat perkauman yang dilihat menebal dikalangan orang Cina ini disebabkan faktor bahasa. Penggunaan bahasa yang sama telah menjadikan mereka boleh bersatu padu dan saling bekerjasama. Cuba kita perhatikan, mana-mana cina yang berkebolehan berkomunikasi dalam bahasa melayu dengan baik, mereka cukup mudah untuk bersahabat dan bekerjasama dengan orang melayu dan bumiputera.
Kalau nak kata mereka bergabung dan bersatu padu atas factor agama, rasanya bangsa cina banyak agama yang mereka anuti. Kalau nak dikatakan atas factor bangsa, rasanya orang cina mempunyai suku kaum tersendiri dan setiap suku kaum ada adapt dan budaya masing-masing. Oleh itu, bahasalah yang memainkan peranan besar untuk menyatukan orang Cina dalam segala bidang.
Bukan niat aku untuk memecahkan penggunaan bahasa mereka ini, tetapi diketika yang sama mereka hendaklah fasih dan jitu di dalam penggunaan bahasa kebangsaan terutama pertuturan. Penulisan aku tidak ralat sangat tetapi pertuturan amat penting.
Kerjasama yang erat dikalangan orang cina yang terdiri dari pelbagai suku kaum ini, telah mengakibatkan mereka lebih bersifat mementingkan diri sendiri dan tidak mahu untuk berkongsi kepakaran dan kemahiran mereka di dalam perniagaan. Mereka lebih selesa berkomunikasi di dalam bahasa mereka berbanding bahasa.
Kesimpulannya, selagi kerajaan tidak menguatkuasakan undang-undang penggunaan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris di dalam sector ekonomi kita, selagi itu melayu dan bumiputera akan terus dipinggirkan oleh kaum cina yang kita anggap sebagai cifu di dalam bidang bisness.Secara tidak langsung, cina dan India hendaklah meningkat penguasan mereka di dalam bahasa kebangsaan supaya suatu hari nanti padang permainan ekonomi kita dikongsi oleh semua kaum.
Disebabkan kegagalan kerajaan untuk menyatukan penggunaan bahasa dalam sector ekonomi Malaysia, para pengusaha bumiputera terpaksa berkorban sesuatu yang dimiliki oleh mereka bagi tujuan menarik minat golongan bukan bumiputera untuk bergabung dan bekerja sama dengan mereka. Kalau sekarang ini, hanya nama persatuan sahaja yang dikorbankan, tidak mustahil suatu hari nanti pentadbiran persatuan juga bakal berubah. Jika scenario ini diberi gambaran yang lebih besar, tidak mustahil perkara ini boleh berlaku kepada pentadbiran Negara. Bacalah berita di bawah untuk melihat bertapa sukarnya menjadi melayu dan bumiputera di Negara sendiri.
Kami tidak tolak bergabung
Oleh AZMAN IBRAHIM
bisnes.utusan@gmail.com
HULU KELANG 13 Feb. – Pengusaha Industri-industri Bengkel Malaysia (PPIBM) turut mempelawa para pengusaha bukan bumiputera menyertai mereka bersesuaian dengan konsep kerajaan 1Malaysia.
Menurut Timbalan Presidennya, Zaharudin Mohmad Tahir, pihaknya mahu meningkatkan bilangan ahli sebanyak 800 pada tahun ini untuk menjadikan jumlah keseluruhan 2,000 ahli.
‘‘Kami juga dalam usaha melantik wakil persatuan di setiap negeri untuk meningkatkan hubungan serta memudahkan interaksi,’’ kata beliau.
Katanya, penubuhan PPIBM adalah mewakili para pengusaha bumiputera termasuk Melayu yang gagal menyertai persatuan bengkel bukan bumiputera.
‘‘Mereka (bumiputera) didapati terus ketinggalan dalam perkembangan semasa industri itu kerana masalah komunikasi bahasa dan sikap perkauman yang menebal,’’ katanya.
Beliau mengakui apa yang diperkatakan adalah sesuatu yang sensitif tetapi ia perlu disuarakan dan diberikan perhatian supaya wujudnya perubahan.
‘‘Saya difahamkan bahawa setiap mesyuarat, seminar dan majlis-majlis oleh sebuah persatuan bengkel bukan bumiputera di negara ini dikendalikan dalam bahasa ibunda masing-masing sehingga memberi kesukaran pemahaman kepada kaum bumiputera.
‘‘Ini menyebabkan para pengusaha bengkel bumiputera menarik keahlian masing-masing kerana masalah komunikasi itu,’’ kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.
PPIBM ditubuhkan pada 2002 tetapi ia merupakan penjenamaan semula kepada persatuan yang telah diwujudkan iaitu sejak tahun 1970-an.
Nama asal PPIBM adalah Persatuan Pengusaha Bengkel Bumiputera Malaysia dan sehingga kini dianggarkan seramai 1,200 ahli dan kesemuanya bumiputera.
Menurut Zaharudin, pengguguran nama bumiputera pada nama persatuan sebelum ini bagi membolehkan penyertaan daripada pelbagai kaum.
Katanya, PPIBM mahu menjadi lebih terbuka dan mahukan penyertaan satu Malaysia dan menerima keahlian daripada pelbagai kaum.
“Mungkin PPIBM tidak popular seperti mana persatuan bengkel daripada kaum-kaum lain, namun, ia berpotensi berkembang dan mampu berdiri sama tinggi dengan persatuan-persatuan lain yang kini 20 tahun lebih maju ke hadapan,’’ kata beliau.
Ditanya sama ada terdapat usaha untuk menggabungkan persatuan bengkel itu dengan persatuan bukan bumiputera, Zaharudin berkata, belum ada usaha berkenaan.
Beliau berkata, ‘‘Saya rasa ini sangat sensitif untuk disebutkan dalam akhbar ini... tetapi bukan tujuan kami untuk mengelak bergabung.
‘‘Kami berhasrat untuk bergabung dalam usaha mendapatkan kepakaran mereka yang lebih maju. Tetapi, keadaan yang ada seolah-olah kami bersaing dengan mereka, setakat ini ia masih persaingan yang sihat,’’ kata beliau.
Zaharudin juga mendakwa terdapat persatuan bengkel bukan bumiputera berbuat baik dengan pengusaha bumiputera demi kepentingan sendiri untuk mendapatkan pelanggan.. >>>>>>selfish
‘’Sebaliknya, mereka (pengusaha bukan bumiputera) pula enggan berkongsi kepentingan dan kepakaran dengan pengusaha kita,’’ kata beliau. >>>>>lagi selfish.
Beliau berharap lebih banyak pengusaha bengkel bumiputera menyertai PPIBM supaya setiap keluhan dan hasrat mereka dapat disalurkan kepada pihak yang berkuasa.
Zaharudin berkata, banyak projek akan dilaksanakan kerajaan khusus untuk bumiputera pada tahun ini dan peluang-peluang itu akan disalurkan kepada bengkel-bengkel milik bumiputera.
‘‘Projek-projek kami termasuk projek pemodenan bengkel di mana PPIBM mempunyai kelebihan itu dan diberi hak menyenaraikan permohonan kepada kementerian,’’ jelas beliau yang percaya PPIBM mampu berkembang sekiranya para ahlinya lebih bersatu.
1 comment:
pandangan yang menarik.... bahasa dan bisness
Post a Comment