Singapura akan menyerang negara Jirannya? Apakah perasaan kita semua apabila ditanya dengan persoalan ini. Sebagaimana kita ketahui bahawa Singapura adalah sebuah negara bukan melayu yang terkepung di tengah-tengah rumpun melayu. Asalnya Singapura ini adalah sebuah negara ataupun wilayah kepunyaan kesultanan Johor atau lebih tepat lagi sebuah Wilayah bagi kerajaan malaysia. Sebagai sebuah negara kecil bukan melayu yang terkepung dalam rumpun melayu, Singapura sentiasa sahaja mempunyai rasa takut kepada bayang-bayang sendiri. Setiap masa mereka merasakan bahawa negara-negara jirannya terutama Malaysia mempunyai niat tidak baik terhadap mereka. Oleh sebab itulah mereka telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk memperkukuhkan sistem pertahanan mereka sehingga mengatasi jiran-jirannya. Sehingga kini, Singapura telah membelanjakan sejumlah RM180 billion untuk sistem pertahanan mereka. Persoalanya, adakah benar mereka memperkuatkan sistem pertahanan mereka bagi menghadapi ancaman daripada jiran-jirannya ataupun mereka sendiri merupakan ancaman kepada negara jiran-jiranya terutama Malaysia dengan mempunyai niat lain yang lebih jauh ke depan yang tidak pernah terfikir oleh kita semua? Untuk melihat lebih lanjut berkenaan perkara ini, saya salinkan rencana yang ditulis oleh Dr. Ridhuan Tee Abdullah yang disiarkan oleh utusan Malaysia pada 20 Januari 2011. Antara petikan menarik yang ditulis oleh Dr. ridhuan tee adalah seperti berikut:
“Justeru, projek Koridor Iskandar hendaklah dirancang dengan betul supaya jangan terlalu berharap kepada Singapura. Jangan biarkan mereka membeli tanah dan harta negara kita sewenang-wenangnya. Saya amat bimbang Johor akan menjadi Singapura kedua kerana pimpinan mereka amat licik. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang.”
Bertindak sebelum terlambat
Oleh DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH
Kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew minggu lalu, mengenai kenapa negara sekangkang kera itu memerlukan pertahanan yang begitu kuat sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua. Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika pegawai-pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Kuan Yew merujuk kepada Malaysia dan Indonesia sebagai ancaman utama kenapa negara itu perlu pertahanan yang kuat.
Dalam bersedia menghadapi ancaman tersebut, negara anak didik Yahudi ini membelanjakan RM35.5 bilion untuk pertahanan pada tahun lalu, tertinggi di Asia Tenggara dan mungkin juga di Asia. Berbanding negara sebesar kita, sejak lebih 23 tahun yang lalu, perbelanjaan pertahanan negara membabitkan RM180 bilion sahaja.
Purata perbelanjaan pertahanan setiap tahun hampir 2.5 peratus daripada KDNK negara antara 1987 hingga 2004. Bermaksud lebih lima tahun, belanja pertahanan Singapura bersamaan lebih 23 tahun belanja pertahanan kita. Lihatlah betapa jauhnya kita ketinggalan dalam aspek pertahanan negara.
Perbelanjaan pertahanan merupakan yang kedua terbesar dalam bajet negara sehinggalah krisis kewangan global melanda Malaysia pada 2008, menyebabkan ia diatasi oleh perkara lain dalam bajet 2009. Namun begitu, perbelanjaan pertahanan kita telah meningkat lebih lima kali ganda dari RM2.09 bilion pada 1987 kepada RM11.013 bilion pada 2010 (enam peratus belanjawan negara).
Jumlah ini masih kecil berbanding dengan negara jiran yang sebenarnya itulah ancaman kita. Apakah kita tidak takut dengan ancaman baru hari ini. Tidakkah terlepasnya Pulau Batu Putih menjadi pengajaran kepada kita?
Saya yakin, pulau tersebut masih menjadi milik kita, jika pertahanan kita mengatasi negara Singapura. Malangnya, kita terus bersangka baik dan memberikan 'khidmat percuma' seperti isu air kepada negara 'sejahat' itu. Pernahkah mereka mengenang budi?
Menurut Kuan Yew, tanpa pertahanan yang kuat, tidak akan wujud Singapura. Negara ini akan 'dimakan' oleh negara-negara jirannya, dirujuk Malaysia dan Indonesia.
Dari segi perancangan strategi dan keselamatan, saya tidak nafikan jawapan tersebut. Tetapi dari sudut lain, jawapan ini amat bongkak dan sombong. Beliau tidak sedar, tanpa pertolongan Malaysia, tidak wujud Singapura. Namun, sifat ultra kiasu telah mengatasi segalanya. Negara ini telah berjaya keluar daripada kemelut ketakutan.
Hari ini, kita pula takut kepada negara sekecil itu yang begitu bergantung air kepada kita. Itupun mereka masih menang. Kita kelihatan masih kalah, walaupun harta itu kepunyaan kita.
Singapura adalah sebuah pulau Melayu yang terletak di kepulauan Melayu. Jika ditakdirkan Tunku Abdul Rahman bertindak menangkap Kuan Yew dan mengadakan perintah berkurung sebelum berpisahnya Singapura dari Malaysia pada 1965, sudah tentu pulau tersebut hari ini milik kita.
Tetapi adakah Tunku bertindak sedemikian? Walaupun pada ketika itu, kita mampu untuk bertindak, kerana kuasa polis dan tentera masih berpihak di tangan Melayu?
Saya fikir Tunku berfikir panjang sebelum bertindak. Inilah sifat dan toleransi Islam yang perlu dihargai. Saya yakin, jika tidak ada pertimbangan ini atau jika pemimpin kita ketika itu tidak Islam, mempraktikkan sistem komunis, sudah lama Kuan Yew dihumban ke dalam penjara.
Hari ini beliau berlagak sombong dengan kenyataan yang langsung tidak mengenang budi. Apakah kita masih terus mahu berlembut ibarat menarik rambut dalam tepung? Zaman berlembut sudah berakhir. Saya tidak pasti apa pandangan Tuan Guru Nik Aziz yang begitu ghairah menyambut Kuan Yew sebelum ini.
Kita sepatutnya bertindak sezalim Kuan Yew, yang menghumban golongan yang menentangnya ke dalam penjara kerana kewujudan mereka dikatakan mengganggu ketenteraman dan perancangan Singapura. Maka tidak hairanlah orang Melayu Singapura seperti Dr. Lili Zubaidah yang cerdik tidak mendapat tempat di Singapura, hanya kerana tidak sekapal dengan Kuan Yew.
Jika Malaysia bertindak sedemikian kepada pembangkang hari ini, apakah perkara ini dapat diterima? Tetapi perkara sebegini adalah biasa di Singapura. Kenapa kumpulan hak asasi manusia ini tidak bangun menentang tindakan Kuan Yew?
Malah ramai ultra kiasu di negara ini yang begitu memuji Singapura. Hanya kerana mereka sekapal. Bayangkan jika kita bertindak seperti mana Singapura bertindak, akan hebohlah satu dunia bahawa Malaysia mengamalkan sistem regim komunis dan mengabaikan hak asasi manusia.
Kuan Yew bertindak mematikan orang yang diistilahkan 'tidak berguna' (duds) walaupun mereka dipilih oleh rakyat. Golongan ini, pada beliau tidak perlu berada dalam Parlimen dan kerajaan. Tindakan Kuan Yew langsung tidak dipertikaikan oleh ultra kiasu di Malaysia.
Kuan Yew begitu disanjung dan mendapat pujian ultra kiasu saban hari kerana dikatakan berjaya memajukan Singapura. Mereka sanggup lupakan 'kekejaman' beliau hanya kerana sekapal. Justeru, kita perlu berhati-hati dengan kelicikan golongan ini sebelum terlambat.
Terlalu bertoleransi juga tidak sepatutnya berlaku. Dengan sebab itu, dalam pemerintahan Islam, ada unsur demokrasi dan ada unsur autokrasi. Jika tindakan seseorang boleh menjahanamkan agama dan negara, maka tindakan nekad perlu dilakukan untuk menjaga kepentingan awam.
Saya fikir sudah sampai masanya negara kita mengambil pendekatan berhati-hati sebelum terlambat. Memang kita memerlukan Singapura. Johor Bahru akan bankrap tanpa Singapura.
Tetapi kita perlu fikirkan pelan jangka panjang supaya tidak terlalu bergantung kepada Singapura, walaupun tidak dinafikan pulau itu juga terlalu bergantung kepada kita. Kita mesti ingat, bahawa pulau itu mendapat sokongan Yahudi, sedangkan kita tidak.
Jika ditakdirkan kita putuskan Tambak Johor, negara kecil itu masih lagi boleh survive sebab sekutu mereka masih ramai yang akan membantu. Negara kita bagaimana?
Justeru, projek Koridor Iskandar hendaklah dirancang dengan betul supaya jangan terlalu berharap kepada Singapura. Jangan biarkan mereka membeli tanah dan harta negara kita sewenang-wenangnya. Saya amat bimbang Johor akan menjadi Singapura kedua kerana pimpinan mereka amat licik. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang.
Saya masih teringat kata-kata isteri Kuan Yew, mendiang Kwa sebelum meninggal baru-baru ini. Pesannya kepada Kuan Yew supaya jangan mempercayai orang Melayu dan Malaysia. Dalam kata lain, sampai mati pun, mereka masih tidak mempercayai kita. Apakah kita masih terus mahu bersangka baik?
Masa bersangka baik dan bermain dengan mereka sudah habis. Kini adalah masa untuk kita bekerja untuk berhadapan dengan mereka. Jika mereka boleh menyediakan RM35.5 bilion untuk pertahanan negara sekecil itu, sudah tentu kita perlu berbelanja lebih daripada itu. Jika tidak, kita akan 'dimakan' satu masa nanti, percayalah.
Saya pernah membuat kajian mengenai republik itu ketika membuat program ijazah sarjana pengajian strategi dan keselamatan. Ternyata memang sukar untuk kita menyainginya. Ketua Pengarang Kumpulan akhbar ini, Datuk Aziz Ishak pasti bersetuju dengan saya sebab kami mengambil kursus yang sama.
Justeru, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, pakar strategi dan semua panglima angkatan tentera, sepatutnya memikirkan dan bertindak untuk merangka strategi, apakah langkah terbaik yang perlu dilakukan untuk berhadapan dengan Yahudi kecil ini sebelum nasi menjadi bubur?
Kita perlu ingat, pemimpin Pulau Pinang difahamkan selalu ke sana untuk mencari idea. Apakah mungkin nanti akan wujud Singapura kedua, ketiga dan sebagainya?
Bertindaklah sebelum terlambat kerana masa tidak menunggu kita. Jangan terlalu banyak berpolitik, sehingga wang habis, akhirnya bidang pertahanan terabai. Musuh sedang melihat kita. Mereka sedang menunggu peluang untuk 'masuk' pada ketika waktu yang sesuai.
Ketika itu, jika mahu berjihad sudah terlambat. Apakah mungkin senjata batu boleh berhadapan dengan jet-jet pejuang dan kereta kebal seperti yang berlaku di Palestin? Sedangkan Allah SWT mahukan kita mengambil iktibar daripada kejadian lampau yang ditunjukkan.
Keruntuhan empayar Islam Othmaniyyah sudah cukup menyayat hati kita semua. Begitu juga keadaan di Iraq, Afghanistan dan Palestin hari ini. Apakah wajar kita hanya memerhati tanpa membuat apa-apa tindakan. Ya, kita wajar membantu tetapi pada masa sama, jangan abai kepentingan kita.
Perbelanjaan yang kurang memberikan impak kepada keselamatan hendaklah dikurangkan seperti perkara yang bersifat ceremonial ,supaya kita dapat berjimat dan wang tersebut boleh disalurkan untuk pertahanan.
Jika tidak, saya bimbang, bila sampai masanya Allah SWT tarik semua nikmat yang dianugerahkan kepada kita seperti minyak dan gas. Kita akan menyesal seumur hidup. Hari ini seolah-olah kita terlalu bergantung kepada hasil minyak, sedangkan negara kita masih kaya dengan hasil lain.
Saya ingin cadangkan supaya kita ambil semua hasil keuntungan minyak ini setiap tahun untuk membangunkan pertahanan. Jika keuntungan Petronas lebih kurang RM50 bilion digunakan untuk pertahanan, saya yakin dalam jangka masa lima tahun, Malaysia muncul menjadi negara hebat di Asia dan mungkin di dunia.
Apapun, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada minyak dan gas sebagai sumber pendapatan utama negara. Sampai masanya minyak dan gas akan habis. Apakah ketika itu negara kita akan menjadi papa kedana?
Jadi, fikirkan sumber lain untuk menjana pendapatan negara kerana sumber minyak pasti akan habis. Sementara minyak masih ada, tumpukan usaha membangunkan pertahanan negara. Sebagai persiapan awal, kurangkan berbelanja ketika pilihan raya kecil DUN Tenang. Fikirkan masa depan negara. Kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar untuk pilihan raya sekecil ini.
DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
salam saudara,
ReplyDeleteada dekat 2 jam saya baca habis tulisan2 saudara dari mula2 ! Taklah baca serius tiap patah perkataan, tapi scan setiap artikel untuk dapatkan feel.
Satu je komen saya - gua respek lu bro ! Saudara jujur pada diri sendiri dalam setiap penulisan saudara, iya, seperti kata saudara - blog juga mampu dijadikan satu peninggalan buat renungan generasi kita akan datang.
Hanya melalui kejujuran mereka dapat membayangkan satu gambaran personaliti kita.
Salam...
SEMEMANGNYA PM ADALAH PENAKUT....UTK DEBAT/BINCANG DGN DSAI
ReplyDeleteSEMEMANGNYA PM ADALAH PENAKUT....UTK DEBAT/BINCANG DGN DSAI
ReplyDeleteSaya cpy and paste satu komen dari blog Dr.Ridhuan Tee yang membincang isu yang sama yang gelar dirinya ZENDRA.
ReplyDeleteKebanyakan orang tahu bahawa Lee Kuan Yew ialah Maha Ultra Kiasu, Cauvinis dan Rasis. Dimasa Singapura didalam Malaysia 1963-65 nyata dia amat mementingkan bangsanya sendiri, mahukan lebih, lebih dan lebih.
Dia rasis bila "antagonistic" kapada bangsa lain. Terutama bangsa Melayu yang mempunyai Kedudukan Istimewa bersama dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Maka mahu dihakisnya Kedudukan Istimewa itu. Dia timbulkan konsep yang dipanggil "Malaysian Malaysia". Sehingga dia dan Singapura di"tendang keluar" dari Malaysia.
Konsep itu mahukan kesamarataan dengan tidak memperakukan dan mengambil kira Kedudukan Istimewa yang telah dipersetujui diantara pemimpin kaum kaum dimasa rundingan Merdeka. Dimana bukan Melayu yang tidak mempunyai kerakyatan beratus tahun dipersetujui oleh pemimpin Melayu supaya diberi hak kerakyatan. Maka amat ultra kiasulah dia bila tidak mempedulikan apa yang telah dipanggil sebagai Kontrak Sosial itu diantara berbagai kaum dinegara ini.
Tetapi banyak orang tidak tahu bahawa isterinya begitu Maha Ultra Kiasu, Cauvinis dan Rasis juga. Sehingga meninggalkan pesan sedemikian rupa. Apa boleh dia "rest in peace" begitu?
So'alnya ialah apa tujuan sebenar perbelanjaan pertahanan begitu besar. Tidak ada bukti bahawa Indonesia atau Malaysia mahu menceroboh Singapura. Tidak ada bukti bahawa keselamatan perairan Straits of Malacca daripada perompak laut perlu sumbangan begitu besar. Walhal Amerika pun memainkan peranan menentukan kesejahteraan perairan itu sebab itu adalah laluan sangat mustahak antarabangsa, terutamanya bagi tentera laut Amerika yang menjaga kepentingan mereka dirantau ini.
Perlu diawasi sama ada Lee Kuan Yew ada Perkiraan Besar atau "Grand Design" bagi mewujudkan "perwakilan" kuasa asing dirantau ini.
Kita tahu konsep Nanyang atau adanya ramai orang Cina dan pengaruh negeri China diAsia Tenggara sentiasa ada. Negeri China meluap dengan penduduk seramai 1.2 billion maanusia. Banyak Cina sudah diimpot Lee Kuan Yew sehingga Singapura sekarang sudah menjadi 72% Cina. Apa LKY dan pengikutnya mahukan rantau ini dibanjiri oleh orang Cina suatu hari nanti, bermula dengan Singapura? Kita mesti awasi keputusan banci negara 2010 yang rasanya belom diumumkan.
Rancangan LKY dan penganutnya sesuai pula dengan Rancangan Besar atau "Grand Design" Zionist Yahudi. Israel sentiasa waspada kapada hal bahawa Indonesia adalah negara Islam yang terbesar didunia. Zionist tidak boleh aman dengan Arab Palestin yang sentiasa di pulas, dieksploitasi dan didera diGaza dsbnya. Mereka, dengan "Israeli Lobby" yang mempunyai "unmatched power" (mengikut dua orang Professor diUS) telah berjaya mempengaruhi Amerika dan sekutunya menyerang Iraq. Dan sekarang nampaknya selalu menyiku Amerika dll mmperso'al, memberi amaran, sekatan barangan masuk Iran sebab takutkan kuasa nuklearnya.
Maka Singapura telah berbaik dengan Zionist Israel, menggunakan penasihat-penasihat tentera Israel diAngkatan Tentera Singapura sejak berbelas tahun.
Maka perlulah Kerajaan Malaysia sentiasa waspada dengan Singapura membelanjakan demikian banyak wang untuk tenteranya. Badan bandan perisek Malaysia perlu dapatkan apa apa sahaja tanda yang menunjukkan janggalnya tujuan mereka. Dan berkerjasama rapat dengan Indonesia. Jika mereka boleh ambil tentera Zionist Israel tinggal di Singapura menasihat tentera Singapura, tiada sebab sesiapa mencuriga usaha usaha kerjasama yang rapat diantara Malaysia dan Indonesia. Dan dengan kuasa besar dunia yang lain, seperti Russia, yang boleh mengimbangkan keadaan.
11:18 AM