Apabila cikgu tanyakan MURID apa cita-cita kamu bila besar nanti. Ramai para pelajar akan memberi tahu mereka hendak menjadi Guru. Guru adalah pekerjaan mulia kerana gurulah yang melahirkan Perdana Menteri, Guru juga yang melahirkan Ketua Polis Negara, Guru juga yang melahirkan pemimpin-pemimpin besar yang lain. Namun demikian, guru yang bagaimanakah yang boleh melahirkan insan-insan berjaya itu. Adakah semua guru boleh memikul tanggungjawab dan diharapkan untuk melahirkan insan-insan cemerlang yang saya sebutkan di atas. Jawapannya tidak semua. Sebagai seorang yang pernah menjadi murid, tidak ramai dikalangan guru-guru aku yang boleh dan mampu untuk mengajar dengan baik. Ilmu dan asas untuk menjadi pendidik itu mungkin sama, tetapi skill dan kemahiran individu itu yang membezakan antara seorang guru dengan seorang guru yang lain.
Alhamdulillah, saya telah diasuh oleh guru-guru yang memang bersemangat untuk menjadi guru dan mempunyai skill dan kemahiran mereka tersendiri. Contohnya aku sebutkan beberapa nama seperti Cikgu Ridhuan-Guru matematik, Cikgu Man-Guru Sejarah, Cikgu Derus -Guru Geografi, Cikgu Roslah Awang- Cikgu Biologi, Cikgu Cikgu Siti Zainab- Guru Ekonomi, Ustaz Mohamad Deraman-Guru Agama Islam, dan ramai lagilah yang tidak ku sebutkan nama mereka di sini. Guru-Guru yang disebutkan namanya di sini pada pandangan aku mempunyai skill dan kemahiran tersendiri untuk mendidik aku untuk lebih faham dan lebih mudah untuk menerima Ilmu yang diajar.
Bakat semulajadi dan ditambah dengan kesungguhan dan semangat yang tinggi untuk mendidik anak bangsa yang ada pada guru-guru ini telah melahirkan ramai insan-insan terbilang kecuali aku yang masih belum terbilang di negara kita ini.
Kenapa aku sentuh pasal guru pada hari ini. Sebenarnya akhbar Utusan Malaysia pada hari ini ada menyentuh soal pengambilan guru baru. Presiden Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat (KGGMMB) memohon kepada pihak kementerian supaya mengutamakan guru-guru sandaran tidak terlatih yang berpengalaman lebih tiga tahun untuk melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan guru. Mengikut amalan biasa, pengambilan bakal guru baru akan menjalani dua sessi temuduga iaitu bertulis dan juga lisan.
Aku mempunyai pengalaman peribadi menduduki kedua-dua ujian tersebut dan alhamdulillah kedua-duanya aku berjaya bukan sekali, tetapi dua kali. Ini bermakna aku di tawarkan ke Maktab Perguruan sebanyak dua kali di tahun yang berlainan. Namun sekarang ini di aku masih bukan seorang cikgu bertauliah dan berlesen. Mungkin juga Allah tahu bahawa aku tiada bakat untuk menjadi seorang guru yang hebat.
Bacalah sendiri apa yang diminta oleh pihak kesatuan ini. Apa yang penting bagi aku ialah para guru yang dilantik hendaklah terdiri daripada guru-guru yang mempunyai idea dan inisiatif untuk meningkatkan lagi kemahiran dan skill masing-masing dan bukannya guru-guru yang sekadar mengajar mengikut skima serta sambil lewa.
Kongsi sedikit pengalaman aku semasa berkawan dengan group guru-guru. Jika kita berada di tengah-tengah group mereka, maka kita akan mati idea kerana mereka hanya akan bersembang pasal profesion mereka sahaja. Cerita pasal guru besar mereka, cerita pasal sukan, cerita pasal disiplin murid, macam-macam yang dibualkan oleh mereka tetapi semuanya berkaitan dengan profesion mereka. Boleh disimpulkan bahawa guru-guru ini sebenarnya satu kelompok pekerja yang seronok dengan kelompok mereka sahaja. Bukan bermakna mereka tidak ambil tahu berkenaan hal-hal dunia luar tetapi apabila mereka berjumpa sesama mereka, mereka lebih seronok berbual pasal profesion mereka sahaja. Jadi, bagi orang luar seperti aku, bila berjalan-jalan atau minum kopi bersama guru, sentiasa sahaja "terperangkap" di tengah-tengah perbualan. Namun bagi yang ketagih berpolitik, mereka akan begitu taksub sehingga sanggup meletak jawatan. Cikgu Pompuan yang meletak jawatan untuk bertanding Pilihanraya di Tenang itu antaranya. Tak tahulah apa yang menyebabkan dia meletak jawatan untuk bertanding. Mungkin dia tidak boleh lagi mengajar kerana di dalam kepala dia asyik tidak bersetuju dan bangkang apa sahaja yang dibuat oleh pihak kementerian. Jadi dia fikir, dia tidak ikhlas untuk mengajar dan bila tidak ikhlas, dia fikir duit gaji yang dia terima itu tidak berkat. Ini satu keputusan yang berani, namun dia bukannya tonggak keluarga. Jika tewas, suami dia masih ada lagi untuk menanggung nafkah keluarga.
Inilah berita itu. ko orang bacalah. Sesaat fikir untung nasib orang lain lebih baik dari berbual politik kosong sepanjang masa:-
Utamakan guru sandaran masuk IPG
MARAN 20 Jan. - Kementerian Pelajaran diminta mengutamakan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) berpengalaman lebih tiga tahun untuk melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan guru (IPG) pada sesi akan datang.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB), Mohamed Sabri Mohd. Arsad berkata, keutamaan perlu diberikan kepada mereka selaras dengan janji kementerian yang akan mengambil kira pengalaman lebih tiga tahun dalam pendidikan untuk pemilihan ke IPG.
Pada masa ini, menurut beliau, GSTT berpengalaman terpaksa bersaing dengan calon baru yang tiada pengalaman dalam bidang perguruan untuk melanjutkan pengajian di IPG.
"Pemilihan mereka sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan pengorbanan kepada profesion perguruan ketika mengalami kekurangan guru terlatih," katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamed Sabri menegaskan, pengalaman GSTT wajar diberi pertimbangan utama oleh kementerian supaya usaha memartabatkan profesion perguruan dapat dipertingkatkan.
"Pihak kementerian wajar mengambil kira pandangan pihak lain yang mempunyai pengetahuan dalam bidang itu supaya masalah kekurangan guru di sekolah dapat diatasi segera.
"Walaupun pelbagai langkah diambil kementerian untuk memenuhi keperluan guru di sekolah tetapi masih terdapat kekurangan guru dalam subjek tertentu," ujarnya.
Mohamed Sabri turut mencadangkan kementerian mempertimbangkan pertambahan kuota pengambilan calon guru di IPG selaras dengan keperluan di sekolah.
Pada masa sama ujarnya, kementerian perlu memperkasakan program Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi guru sementara yang berpengalaman mendapat pengiktirafan dalam bidang itu.
"Suatu ketika dahulu, program KDC sangat membantu kementerian mengatasi kekurangan guru di sekolah di samping mengiktiraf kebolehan dan pengalaman guru terbabit.
"Beberapa dasar baru kementerian tahun ini perlu diseimbangkan dengan kecukupan tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman bagi menjamin kejayaan dasar itu," katanya.
inilah konsep 1malaysia- rakyat yg dapat susah akhirnya. harga barang??? naik..kos sara hidup naik melonjak...bukan naik sikit-sikit...yes...rakyat didulukan...
ReplyDeletegunalah duit rakyat.
Terima kasih tanpa nama. Lain kali bagilah nama supaya dapat diketahui siapa yang memberi komen. nama samaran pun tak pe. Takkan tak ada nama kot kerana semua orang ada nama.
ReplyDeleteKerajaan belanja bukan duit rakyat sahaja, ada juga duit untung berniaga seperti duit Pertonas. Itu bukan duit rakyat, tetapi duit syarikat kerajaan. Duit rakyat adalah duit cukai semata-mata.