PAS meneruskan tradisi mereka untuk mengusung dan mentaklimkan kekalahan di DUN Tenang seperti pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Hujan yang turun mencurah-curah tanpa henti sehingga menyebabkan banjir besar di Tenang seolah-olah mengiringi dan menangisi kekalahan sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.
Ketua penerangan PAS pernah mendakwa bahawa PAS akan menang jika peratusan keluar mengundi melebihi 75 %. Nampaknya takdir tidak memihak kepada PAS apabila peratusan keluar mengundi hanyalah 67 % sahaja. Alam pun tidak besengkokol dengan mereka.
Tok AI, banyak kerja menanti tuan untuk memastikan Tenang kembali Tenang. Janganlah pulak menjadi seperti pak kaduk, "Menang Sorak Kampung Tergadai". Selepas banjir pasti banyak kemusnahan berlaku.
BN MENANG BESAR
30/01/2011 10:11pm
LABIS 30 Jan. – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor apabila calonnya, Mohd Azahar Ibrahim mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi.
Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi, manakala Normala 2,992 undi.
Keputusan penuh:
N05: TENANG, JOHOR
Jumlah pengundi: 14,753
KEPUTUSAN:
Normala Sudirman (Pas) 2,992 undi
Mohd Azahar Ibrahim (BN) 6,699 undi
Jumlah mengundi 9,833 pengundi
Peratus mengundi 67 peratus
Undi rosak 142 undi
Majoriti 3,707 undi
Penyandang: Sulaiman Taha (BN)
Undi diperolehi: 6,367
Majoriti: 2,492 – Bernama
TENANG BANJIR BESAR
30/01/2011 5:37pm
LABIS 30 Jan. – Banjir besar melanda pekan Labis ketika berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang akibat hujan lebat yang turun tanpa berhenti sejak awal pagi ini.
Hujan lebat yang sekali sekala renyai turun secara berterusan sejak enam hari lepas menyebabkan Labis dan beberapa kawasan lain di Johor turut dilanda banjir termasuk Segamat, Ayer Hitam dan Yong Peng.
Banjir besar yang melanda pekan Labis kali ini disifatkan oleh beberapa penduduknya sebagai antara yang terburuk sejak beberapa tahun ini dan lebih buruk daripada kejadian serupa pada 2006.
Hampir seluruh pekan Labis Lama yang terletak berhampiran sungai ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter.
Jurucakap polis di sini, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, semua jalan utama Labis-Segamat ditenggelami air dan ditutup kepada lalu lintas. – Bernama
YANG BODOH NYA PUAK UMNO- SETUJU DGN CHUA SOI LEK....KATA TAK HARAM SALAM DGN BUKAN MAHRAM... SBB TU RAMAI ORG UMNO TAK KESAH HALAL HARAM... SBB TU PUAK DEPA SALAM DGN SEMUA ORG...TAK KIRA HALAL HARAM... YG PENTING FULUS DAN UNDI... HUKUM ALLAH ...UMNO KETEPIKAN
ReplyDeletebro...kalau dah nama felda...tak kemana pun... letak budak tadika pun umno boleh menang...duit rakyat ditabur berjuta-juta nak beli undi rakyat. sbb tu namanya felda. depa ni dah susah nak berubah... miskin pun tak pa...janji umno bagi beras sekampit. itu lah reality nya. satu lagi klu kwsn tu ada orang asal(asli) pun mcm tu jugak.. kalau puak umno berani kata rakyat sudah boleh terima umno...di persilakan org umno maklumkan kpd najib pm umno tu ..bertanding di parlimen kuantan utk pru13 ini. klu kat pekan ni byk org asli dan felda... kalu dia anak jantan... silalah kwsn bandar pulak..
ReplyDeleteTerima kasih kepada yang sudi bertandang dan memberi komen. Betul ke tanggapan dan sangkaan bahawa orang FELDA dan orang ASLI tidak ada kuasa memilih dan mereka seperti kerbau di cucuk hidung. Saya fikir, jika inilah tanggapan masyarakat di luar sana, orang FELDA dan orang ASLI sudah tentu tidak bersetuju. Hormatlah keputusan yang dibuat oleh penduduk Tenang, tak kisah mereka orang FELDA ke atau orang ASLI ke, mereka telah memilih seorang wakil rakyat yang difikirkan layak dan mampu mewakili suara mereka.
ReplyDelete