Malaysia mengatasi Indonesia dengan jaringan 2 berbalas 1. Dengan berbekalkan kemenangan ini, di harapkan para pemain negara sudah menjejaki sebelah kaki mereka untuk mendakap Piala keagungan bolasepak Asia tenggara iaitu piala PROTON. berita selanjutnya akan disiarkan pada tahun 2020 nanti.
Hari ni, aku pasti, perkarangan Stadium Bukit Jalil akan riuh rendah dengan para penyokong bolasepak tempatan yang berbaris untuk membeli tiket perlawanan akhir bolasepak piala Suzuki. persoalannya, dimana mat bangla dan mat Afrika yang menyokong pasukan malaysia akan membeli tiket? Aku percaya pasti ada peminat tempatan yang membeli tiket untuk mereka dan sudah pasti harganya akan naik berkali ganda dari harga asal. Biasalah, nak cari untung mudah sehingga sanggup jual dan gadai apa sahaja asalkan dapat duit.
Khabarnya di dalam internet dan ruang sembang telah ada pergaduhan pena antara penyokong Malaysia dengan penyokong Indonesia. Pelbagai bahasa kesat terkeluar dari hati para penyokong kedua-dua belah pihak. Penyokong Indonesia akan mengumpul semua kemarahan mereka kepada malaysia untuk diluahkan di dalam ruang sembang berkenaan. Contohnya mereka mengelar malaysia ini sebagai maling sia. Malaysia telah banyak membantu meningkatkan kedudukan ekonomi kebanyakkan orang Indonesia apabila menyediakan kepada mereka pelbagai ruang untuk mencari rezeki di malaysia. Malaysia pun berterima kasih kepada mereka kerana tanpa mereka boleh jadi menara Petronas tidak dapat dibangunkan. Namun kena sedar dirilah, bila dah siap kerja tu, pandai-pandailah cari jalan pulang, bukannya terus tinggal di negara ini tanpa permit dan sebagainya.
Kebetulan aku balik kampung, maka tak berpeluanglah hendak bergasak mulut dengan penyokong Indonesia di final nanti. Kalau tidka awal-awal lagi aku dah pergi beli tiket. sayang kalau tak pergi Stadium, kerana bukan senang bagi pasukan Malaysia hendak masuk final. 14 tahun bukan sekejap bang. lama tuh.
4 comments:
apa nak jadi dgn msia ...entah lah..
rakyat asing kat lembah kelang shj hampir 3.5juta....apa nak jadi...
apa kerajaan lakukan... kerajaan tak tegas,... penguatkuasaan lemah....terlalu lemah. rasuah sana sini.. kerajaan patut pikir mcm mana nak kurangkan dan cegah dari kebanjiran warga asing yg agak melampau. kalau tuan naik bus, lrt dan kemudahan awam yg lain.. hampir 40% adalah golongan mereka.. kita kadang-kadang takut di negara sendiri... pemebsar negara iaitu pemerintah..jgn asyik dok berpolitik, asyik tengok saham, asyik dgn majlis keraian... sesekali kena lihat perkara ini. ianya semakin teruk dan....... lihatlah di sekelilingmu..
Keluhan yang saudara luahkan di sini
sering kali diluahkan oleh kebanyakkan rakyat negara kita ini. Saya pun sebenarnya semakin risau dengan keadaan yang berlaku sekarang ini. Pendatang ini sebenarnya telah menutup peluang pekerjaan anak bangsa kita.
APA KOMEN TUAN MENGENAI INI-
KUALA LUMPUR, 19 Ogos - Penghakiman Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004 telah membersihkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, kata Dato' Seri Rais Yatim.
"Dengan keputusan pada 2 September 2004 oleh Mahkamah Persekutuan, sama ada dari segi sodomi atau salah guna kuasa dan lain-lain, semuanya telah dibersihkan oleh kes tersebut, kecuali salah guna kuasa yang ada tempoh dan hadnya habis pada 2008," kata Rais, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Rais, bekas Menteri Undang-undang berkata demikian dalam wawancara yang disiarkan khas oleh sebuah akhbar baru, Siasah bilangan kedua yang diedarkan kepada umum hari ini.
Wawancara itu dibuat dengan Rais oleh pengarang akhbar berkenaan, Ahmad Lutfi Othman bersama para wartawannya.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato' Hisyamudin menganugerahkan RM4.5 juta kepada Anwar sebagai ganti rugi yang perlu dibayar oleh penulis dan penerbit buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM'.
Mahkamah telah membuktikan, tuduhan yang dibuat oleh buku yang ditulis oleh Khaled Jefri itu tidak berasas dan fitnah kepada Anwar.
Antara tuduhan buku yang disebarkan kepada perwakilan Umno dalam perhimpunannya pada tahun 1998 itu adalah salah seorang anak Azmin Ali, Setiausaha Sulit Anwar ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri adalah anak Anwar sebenarnya.
Melalui bukti-bukti yang ditunjukkan kepada mahkamah, terbukti dakwaan itu tidak benar dan anak itu disahkan sebagai anak Azmin yang sah.
Mahkamah bulan lepas telah menjatuhkan hukuman penjara satu tahun ke atas Khaled Jefri kerana menulis buku yang memfitnah Anwar itu.
Khaled kini telah dipotong kaki kanannya hingga ke pangkal paha kerana kencing manis dan kini masih mendapat rawatan di hospital.
Bagi Rais, Umno kini perlu bersedia dengan keadaan semua tuduhan ke atas Anwar dulu sudah bersih, "Jadi soalnya, betulkah tindakan Umno memecat Anwar dulu?" soal Rais dalama wawancara dengan Siasah itu.
Hingus, Selamat Tahun baru.
undang-undang dunia mungkin boleh lepas, tunggu je lah di akhirat kelak. Di sana tidak boleh tangguh kes, tidak boleh lantik peguam bela, pandai-pandailah membela diri sendiri. Semua bukti akan dipertonton satu persatu.
TQ
Post a Comment