Ucapan Presiden UMNO mendapat pujian ramai, namun sepertimana kata kawan aku si Mat Kedah, ucapan Presiden sahaja yang berdegar-degar tetapi perbahasan malap. Dia kata, puteri UMNO berbahas macam budak sekolah membaca buku teks. Aku tak pergi ke PWTC, tetapi sekali sekala aku menonton juga di dalam berita, memang malap pun perbahasan pada kali ini. Siaran TV pun kenalah pandai guna strategi untuk memilih ucapan. Ucapan yang malap-malap macam budak sekolah berbahas tak payahlah dipertontonkan. Nampak sangat seolah-olah persidangan UMNO pada kali ini tidak bermaya.Sabotaj ke? Tak baik menuduh kata Mat Kedah.
Orang bukan melayu memang tahu bahawa Hak Istimewa orang Melayu tidak boleh diusik kerana ianya sudah termaktub di dalam perlembagaan. Mereka pun ramai yang pakar undang-undang. Namun demikian kenapa mereka masih sanggup untuk menuntut pelbagai perkara seolah-olah mencabar perlembagaan. Pemimpin UMNO pun terikut-ikut dengan rentak mereka, luah Mat Kedah. Aku angguk sahaja, tak ada apa nak komen. Dalam hati aku, betui jugak apa yang Mat Kedah cakap ni. Buat apa nak ingatkan mereka jika mereka sudah tahu. Apa yang perlu adalah pelan tindakan dan rancangan untuk mempertahankan hak istimewa itu, jika dicabar atau diganggu gugat, dan bukannya setakat menjelaskan hak istimewa itu sahaja.
Aku cakap pada Mat Kedah, bahawa aku tidak akan menyertai ahli UMNO selagi mereka tidak ada usaha konkrit untuk memertabatkan Bahasa Melayu dalam sektor ekonomi. Biarlah aku menjadi pemerhati bebas dan apabila tiba waktu mengundi, aku ada strategi sendiri untuk memilih parti mana. Mat Kedah faham apa maksud aku kerana dia tahu aku pilih parti mana dalam PRU 12 yang lalu.
Dalam berita TV3 malam ni, rama pemimpin UMNO mengaku bahawa perbahasan kali ini lesu. Betullah macam kaan aku cakap, malap. Apa masalah sebenarnya. Adakah pasal tak ada pemilihan, makan mereka menjadi tidak semangat ataupun bahagian masing-masing tidak kemukakan apa-apa untuk dicakapkan dan dihujahkan oleh wakil mereka. Sepatutnya, apa yang nak dihujah dan dibahaskan adalah hasil kolektif idea Bahagian dan bukannya syok sendiri.
ReplyDeletesalam, blog tuan sudah dipaut
ReplyDelete