Perhimpunan Agung UMNO sedang rancak berlangsung sekarang ini di PWTC. Sebagai biasa saban tahun setiap kali perhimpunan di adakan, saya tidak akan menghadirkan diri. Saya cuma akan mengikuti dari catatan media dan juga celoteh-celoteh di TV sahaja. Saya percaya banyak catatan kali ini lebih fokus kepada Model Politik Baru dan juga Tranformasi di dalam UMNO. Persidangan kali ini tidak ada pemilihan, maka tidak adalah kegiatan lobi melobi dan kempen mengempen.
Persidangan pada kali ini dibuat di dalam kempen Bulan Bahasa Kebangsaan. Sepatutnya isu bahasa ini hendaklah dijadikan salah satu antara agenda penting untuk dibahaskan kerana inilah kekuatan utama orang Melayu. Apa yang perlu diperjuangkan adalah memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama Ekonomi Malaysia. Sekarang ini saya dapati Bahasa Melayu hanya mempunyai kekuatan hanya dalam bidang kesusasteraan dan politik. Tidak hairanlah di dalam kedua-dua bidang ini kita dapati peneraju utamanya adalah orang Melayu. Semua kaum jika hendak menguasai kedua-dua bidang ini, syarat utamanya dalah boleh berbahasa Melayu dengan fasih.
Kekuatan dalam sektor ekonomi masih dikuasai oleh Bahasa Inggeris. bnagaimanakah orang Melayu hendak gagah dan menguasai ekonomi malaysia sedangkan kebanyakkan daripada mereka begitu lemah penguasaan Bahasa Inggerisnya. Sehubungan itu, saya fikir sudah sampai masanya para pemimpin UMNO memikirkan kaedah dan cara supaya Bahasa Melayu menjadi bahasa utama di dalam ekonomi Malaysia.
Saya sokong !!
ReplyDeleteTerima Kasih Noor atas sokongan saudari.
ReplyDelete