Ulasan ini aku tulis diketika rakyat Kelantan sedang meraikan kemenangan Kelantan dalam Malaysia Cup.Aku tidak mahu ulas pasal bolasepak kerana Kelantan bukan negeri aku. Aku tak rasa apa-apa pun bila diarang menang., biarlah diarang meraikannya. Yang penting besok balik dan kena bekerja untuk persiapan mengundi PRK Galas pulak.
Kita tinggalkan Kelantan dan aku nak ulas sikit pasal "Perjanjian Syaitan" sebagaimana dikatakan oleh YB Zul. YB Zul memang tak kalah dalam penggunaan bahasa-bahasa yang bombastik. Firaun kecil, Pak Janggut adalah antara gelaran yang diberikan olehnya. Jika benarlah apa yang dikatakan oleh YB Zul itu, aku tidak terkejut mendengarnya. Namun aku terkejut apabila para pemimpin kecil PKR dan PAS menafikannya. Sindrom menafikan puak-puak PAS memang diketahui sejak dahulu lagi. Mereka akan menafikan segala berita yang merugikan mereka yang dibawa oleh UMNO dan juga sesiapa sahaja. Sepatutnya jika tak tahu kesahihan berita yang dibawa, cakaplah tidak tahu dan bukannya menafikan dengan membawa logik dan fatwa karut marut yang tidak dirujuk kepada mana-mana sumber.
Dalam perkara Peranjian Syaitan ini, ada pemimpin PAS yang mengatakan tidak mungkin DAP menjadi menteri besar kerana Menteri Besar hanya untuk orang Melayu. Adakah mereka betul-betul tidak tahu ataupun penyakit sindrom menafikan itu telah begitu sebati dalam jiwa pemimpin PAS. YB Zul dah cakap bahawa DAP akan meletak calon Melayu untuk bertanding. Ramai pemimpin Melayu di dalam DAP kerana DAP adalah parti berbilang bangsa sama seperti sekutu mereka iaitu PKR. Oleh itu, apa halangan bagi DAP untuk DAP menjadi MB? Aku percaya jika ada ADUN Melayu DAP dalam DUN Perak selepas pRU 12 dahulu, sudah pasti ADUN itu akan menjadi MB. YB Nizar jangan haraplah nak merasa kerusi empuk MB.
Samada perjanjian itu ada atau tidak, orang Melayu sepatutnya perlu berwaspada dan melihat apa yang tersirat di dalam segala tindak tanduk pemimpin besar DAP dan PKR. Jika ada yang mampu untuk menganjurkan solat hajat besar-besaran memohon kepada Allah S.W.T. supaya bangsa Melayu di Malaysia ini terselamat daripada anasir-anasir jahat yang bercadang hendak menghapuskannya, aku sangat menykongnya.PERKASA mungkin bleh menganjurkannya. Ini tidak, ada parti plitik mengadakan solat hajat untuk memusnahkan kaum sebangsa dan seagama. Inilah masalah jika pemimpin mabuk kuasa dan tidak menghirakan nasib anak cucu dimasa akan datang.
Aku tidak mahu ulas panjang lagi, jika ditakdirkan suatu hari nanti Bangsa Melayu hilang kuasa dan tanahair di Malaysia ini, aku akan kutuk pemimpin-pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan puak-puak dan kaum-kaum yang bertangungjawab menghapuskan kuasa tersebut. Aku percaya akan ada orang Melayu yang akan kencing di kubur-kubur mereka.
puak umno memang tak senang dengan kemenangan PR. Sbb tu adun perak dirasuahnyer...
ReplyDelete