CATATAN PERIBADI

31 October 2010

Media ingin ulangi sejarah lama?

Salah satu punca kekalahan BN pada PRU 12 yang lalu disebabkan kebencian para pengundi kepada tingkah laku mereka di dalam parti yang terlalu mendapat liputan daripada media tempatan samada media cetak dan media elektronik. Pengundi naik meluat kepada saudara Khairy kerana dikatakan mendapat liputan yang telalu meluas mengalahkan para menteri. Pengundi-pengundi di kampung-kampung naik meluat dengan media-media arus perdana kerana terlalu banyak berita-berita berkenaan Khairy dimuatkan.

Sejarah nampaknya seperti cuba diulang semula oleh media-media tempatan yang dikuasai oleh kerajaan. Mereka terlalu memberikan liputan kepada isteri PM iaitu DS Rosmah sehingga mengalahkan menteri dan seolah-olah menteri yang ramai-ramai tu tidak ada aktiviti. Setiap masa dan ketika ada sahaja berita mengeni DS Rosmah dimuatkan di dada-dada akhbar dan TV1, TV3. Memang betul bahawa isteri PM masa sekarang ini jauh berbeza berbanding isteri-isteri PM terdahulu. Saya percaya mereka mempunyai peranan tersendiri dan dilakukan secara sukarela. Namun demikian, jarang kita dengar dan juga tonton berita mengenai aktiviti yang dijalankan oleh isteri-isteri pemimpin negara jiran kita. Perkara ini jauh berbeza berbanding DS Rosmah. Boleh dikatakan setiap masa pada wartawan kita akan membuat liputan aktiviti isteri PM dan akan dipaparkan disetiap media cetak pro kerajaan. Kadang-kadang ada kalanya liputan yang diberikan mengalahkan apa yang diterima oleh TPM. Jika dahulu mungkin rakyat hendak mengetahui berita mengenai isteri PM, tetapi sekarang ini berita-berita mengenai aktiviti DS Rosmah sudah menjadi berita yang ingin dielakkan. Sehubungan itu , berita mengenai isteri PM sudah tidak memberi kredit kepada media tempatan yang pro kerajaan. Malahan berita-berita mengenai DS Rosmah telah menjadi satu risiko kepada media pro kerjaan dan juga kerajaan secara umumnya. Apabila pengundi sudah semakin meluat dengan berita mengenai isteri PM, mereka akan mengurangkan menonton media kerajaan, dan membaca akhbar kerajaan. Jualan dan rating akan semakin menurun dan penurunan ini menyebabkan penurunan kepada keuntungan.

Sehubungan itu, saya berpendapat, adalah wajar media tempatan mengurangkan liputan mereka kepada DS Rosmah. Tidak semestinya jika tidak adaliputan DS Rosmah tidak bleh melakukan aktiviti-aktivitinya. Isteri PM yang rerdahulu juga mempunyai aktiviti mereka, tetapi media tempatan tidak memberikan lputan yang terlalu meluas. Kurangnya liputan ini memberi imej bahawa isteri PM terdahulu kurang campur tangan di dalam pemerintahan.

No comments:

Post a Comment