SAHABAT BLOG

15 October 2010

Mana Pergi Atlit Olahraga Kita?

Sukan komanwel sudah tamat. Tahniah kepada kontinjen Malaysia kerana berjaya mencapai sasaran 10 pingat emas. Kenapa tak sasarkan 20 pingat emas? Kalau capai 15 pun dah kira satu kejayaan besar. Mana-mana yang menang emas mereka adalah hero dan heroin Negara. Selepas ini banyaklah ganjaran yang akan mereka perolehi. Memang patut pun kerana mereka telah mengharumkan nama Negara di peringkat antarabangsa. Atlit yang menang Perak dan Gangsa, mereka pun hero dan heroin juga. Kalau berusaha sikit sahaja lagi, emas pasti dalam gengaman. Jadi bukan mustahil untuk sasarkan sebanyak 20 pingat emas. Kalau pemenang pingat Perak itu menjadi emas, bukankah sudah mencapai target 20 pingat emas.

Mana-mana sukan yang mendapat pingat itu hendaklah diberikan tekanan dan perhatian oleh kerajaan seperti Angkat Berat dan lumba basikal dan badminton. Bukan atlit yang wajar diberikan perhatian, tetapi sukan berkenaan, kerana atlit bersilih ganti. Sediakan segala kemudahan dan jurulatih yang bertaraf tinggi. Kalau tak silap, hanya badminton sahaja yang berlatih dalam negara, yang lain semua mendapat latihan diluar Negara. Apa masalahnya untuk berlatih di Malaysia. Kalau tak cukup kemudahan dan tenaga pengajar, import sahaja. Biarlah atlit dari Negara luar datang berlatih di Negara kita.

Bila siaran langsung, aku paling suka tengok olahraga. Namun sayang kerana tak kelihatan atlit Malaysia yang mengambil bahagian. Bila aku lihat keputusan atlit yang bertanding seperti contoh dalam acara 100 meter, ramai juga atlit yang berlari lebih daripada 11 saat. Aku cakap dalam hati, pelari Malaysia pun boleh berlari lebih laju lagi, tetapi kenapa mereka tidak bertanding. Adakah disebabkan atlit Malaysia tiada prospek membawa pulang pingat , maka mereka tidak di hantar bertanding. Habis, atlit Negara lain yang mencatat masa teruk itu, ada peluang ke nak menang pingat. Kalau semua Negara hanya hantar atlit yang berpeluang menang pingat sahaja, kita tidak jumpa atliot dari Negara-negara yang tidak dikenali dan kurang meriahlah pertandingan. Jika semua Negara takut tak berbaloi hantar atlit, bukan sukan namanya. Kalah dan menang sudah menjadi adat. Walaupun kalah, kami tetap sokong atlit kita.

Pasal bolasepak pula. Kenapa bolasepak tidak ada dalam pertandingan komanwel. Kalau ada pun, Malaysia belum tentu mampu bertanding. Baru-baru ini aku dan angah pergi menonton perlawanan bolasepak antara Kuala Lumpur dengan Terengganu di Stadium Cheras. Alhamdulillah Terengganu menang dengan agregat 2 berbalas 1. Itupun nasib baik jaringan di saat akhir dalam masa tambahan oleh pemain Terengganu yang paling malas sekali di dalam padang iaitu Ashari Shamsuddin. Pemain yang selalu meninggalkan posisi. Dia winger tetapi kerap kali masuk ke bahagian tengah. Kalau winger, duduklah di tepi padang dan masuk tengah bila serangan daripada sebelah padang. Ini tidak, serangan dilakukan di sebelah dia pun, dia masuk tengah, jadi tak berfungsilah winger kiri. Naib baik bukan aku yang menjadi jurulatih, kalau tidak dah kalah kerana dari awal-awal lagi aku akan keluarkan Ashari Shamsuddin. Walaupun pandai main bola tetapi malas, tidak ada makna juga.

Pemain bolasepak professional sebenarnya bekerja. Semua pemain dibayar gaji untuk bermain bola. Mereka turun ke padang untuk bekerja bermain bola. Sebagai pekerja, lazimnya mereka diberikan penilaian prestasi. Biasanya yang memberi penilaian prestasi adalah majikan. Namun dalam permainan bolasepak di Malaysia, kita ubah dimana penilaian prestasi diberikan oleh penonton yang datang ke Stadium dan juga majikan. Barulah penonton itu ada nilai kepada pemain. Ini tidak, mereka bermain untuk syok sendiri dan bermain-main, bukannya sebagai pekerja yang bekerja untuk majikan serta untuk menghiburkan penonton. Penonton tidak boleh nak buat apa-apa setakat dok kutuk dari tepi padang. Pemain buat bodoh sahaja.

Bila ada penilaian prestasi daripada penonton dan majikan selepas tamat permainan barulah pemain akan bermain dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan prestasi yang baik daripada penonton dan majikan. Mana-mana pemain yang mendapat prestasi A , akan mendapat bonus perlawanan. Penonton pun seronok untuk menilai pemain pasukan kesayangan mereka. Mana-mana pemain yang bermain sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh akan dihukum oleh penonton dan tidak ada bonus perlawanan ataupun kenaikan gaji tahunan.

Harap-harap ada pegawai FAM yang baca tulisan aku ini dan menilai idea merapu aku ini.

1 comment:

::..dYa..:: said...

Noor dah baca..
hihi

> setuju untuk bagi perhatian kepada sukan bukan pada atlit....tiap tahun atlit makin tua, jadi kena laa cari pengganti mereka kan kan...