CATATAN PERIBADI

03 February 2010

Membawa Balik Pencuri ke Rumah

1. Perpaduan di kalangan rakyat akan terganggu untuk dicapai jika sekiranya kerajaan sukar untuk mengawal pertumbuhan sekolah-sekolah persendirian terutama yang dimiliki ataupun dinaungi oleh parti-parti politik tertentu. Saya tidak mahu menyebut nama, tetapi semua pihak boleh perhatikan dan mungkin mempunyai pengalaman sendiri dimana jika parti politik telah menubuhkan sekolah bagi mengasuh kanak-kanak sejak kecil lagi maka sedikit sebanyak sekolah atau pusat asuhan tersebut turut sama membawa aspirasi dan agenda parti ke dalam proses pembelajaran secara tidak langsung di sekolah atau pusat asuhan berkenaan. Saya tidak menghalang usaha mana-mana ibu bapa yang inginkan kemajuan bagi pelajaran anak-anak mereka dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang dipercayai bermutu dan berkualiti. Ramai di kalangan ibu bapa yang mempunyai anggapan bahawa SRJK dan sekolah persendirian lain adalah sekolah yang boleh melahirkan murid-murid yang pintar berbanding sekolah kebangsaan. Saya tidak tahu adakah perkara ini benar atau sebaliknya. Namun demikian, jika sekiranya perpaduan nasional sukar untuk dicapai dengan adanya SRJK dan sekolah persendirian ini, maka saya menyokong dengan sepenuh hati supaya proses pembelajaran bagi anak-anak kita dari peringkat tadika hingga ke peringkat menengah hendaklah ditempatkan di bawah satu aliran (SSS) sahaja dengan syarat, pemantauan terhadap sistem dan tenaga pengajar hendaklah dilakukan secara berkesan. Tenaga pengajar hendaklah terdiri daripada mereka yang sememang hendak memberikan sepenuh komitmen kepada kerjaya mereka dan bukannya mereka yang ingin menjadi tenaga pengajar disebabkan sudah tidak laku di sektor lain.

Isu ini tidak ada kaitan dengan isu sekolah vernacular atau perpaduan nasional. Semasa saya bersekolah dahulu di ada sebuah kedai Cina yang menjual pelbagai bekalan runcit untuk para pelajar. Sekolah saya mempunyai 99.99% murid melayu. Ini bermakna, pekedai cina tersebut memperolehi rezeki dan kekayaan hasil sumbangan para pelajar melayu. Suatu hari, ada seorang pekedai melayu telah membuka kedai di kawasan yang berhampiran. Semenjak hari itu, saya dapati ramai para pelajar telah bertumpu ke kedai melayu tersebut manakala kedai Cina itu semakin kurang pelanggannya. Sekali sekala kelihatan beberapa pelajar cina dan pekerja asing yang menjadi pelanggan setianya. Keadaan ini berterusan hinggalah pekedai cina itu mati dan kedainya aku kurang perika samada masih wujud ataupun dah berkubur . Moral daripada cerita saya ini ialah kaum cina jangan mendabik dada bahawa mereka adalah penyumbang terbesar kepada kekayaan Negara (76 % cukai pendapatan ) kerana mereka wajib sedar bahawa tanpa melayu yang menjadi pelanggan utama mereka, perniagaan mereka akan berkubur. Setakat ini orang melayu masih tidak berkira dalam soal ini. Namun demikian, keadaan tidak sentiasa kekal dan boleh berubah jika sekiranya hak-hak orang-orang melayu yang menjadi penghuni terbesar Negara ini iaitu 66.7 peratus sentiasa sahaja dicabar oleh pihak-pihak minoriti.

2. Isu ini tidak ada kaitan dengan isu no 1 dan no 2 di atas. Ada rakan bloger yang mendakwa bahawa mereka setiap hari mendengar azan dan mendengar takzirah serta ceramah agama tetapi masih lagi kekal dengan agama anutan mereka. Saya sarankan kepada rakan bloger berkenaan supaya mencari kebenaran dan detikkan dalam hati mereka walau seketika “ benarkah agama yang akui anuti ini?” dan saya yakin, Allah S.W.T. akan gerakkan dalam hati mereka Jalan-jalan menuju kebenaran. Selama ini mungkin mereka tidak pernah menyoal atau mencari kebenaran.

3. Isu ini tidak ada kaitan dengan isu no 1 – 3 di atas. Pernah tak ada sesiapa yang membawa balik pencuri ke rumah mereka. Nampak seperti pelik tetapi hakikatnya peristiwa benar. Ada seorang kawan saya yang telah membawa balik seorang pengasuh warga asing ke rumahnya untuk mengasuh anaknya tanpa disedari bahawa pengasuh itu adalah seorang pencuri. Hanya semalam sahaja, beberapa barang berharga seperti komputer riba, duit dan telefon kawan saya itu telah disapu (dicuri) oleh pengasuh itu. Nasib baik mertua kawan saya itu tinggal bersama, kalau tidak sudah tentu anak-anak kawan saya yang masih kecil itu akan ditinggalkan begitu sahaja. Cerita ini bukan cerita pertama yang saya dengar tetapi sudah beberapa kali diceritakan kepada saya. Saya gelarkan golongan pengasuh seperti ini adalah “ golongan celaka di dunia dan di akhirat dan mereka tidak akan memperolehi kesenangan selagi hayat mereka ada” ini bukan doa dari saya, cuma luahan rasa kecewa yang teramat sangat kepada golongan sedemikian kerana mereka sentiasa menyusahkan orang lain. Moralnya, kita janganlah menyusahkan orang lain kerana bimbang termasuk ke dalam golongan orang-orang yang celaka. Warganegara asing yang berkeliaran dinegara kita yang datang tanpa kebenaran (permit) ramai yang termasuk ke dalam golongan yang saya nyatakan ini. Mereka ini yang sepatutnya menjadi fokus utama kerajaan untuk diusir keluar kerana kehadiran mereka di sini banyak menimbulkan masalah kepada warganegara kita.

No comments:

Post a Comment