Penginapan 4 bilik Tidur 2 bilik air dan 3 buah alat hawa dingin. Hubungi Hj. Sukri (0192120509) & Pn. Fatimah (01111491054) www.wasap.my/+60192120509/Assalam untuk tempahan.
CATATAN PERIBADI
▼
09 February 2010
Halimah Gigi Jongang
“Jongang, jongang, jongang, Halimah Gigi Jongang”. Inilah lagu yang sedang bersiul di kalangan para pelajar sekolah sekarang ini. Apa punya bengong dan bahlul mereka yang mencipta lagu ini kerana tanpa mereka sedari kesan lagu mereka ini kepada para pelajar yang bergigi jongang. Setiap hari para pelajar bergigi jongang ini akan diejek oleh kawan-kawan mereka dengan lagu yang dinyanyikan dalam Drama “Halimah Gigi Jongan”. Ekoran daripada ejekan tersebut ramai para pelajar berkenaan akan berasa malu dan mudah tersinggung. Para pembikin drama atau filem sepatutnya lebih sensitif dalam berkarya. Mereka hendaklah memikirkan kesannya kepada semua peringkat terutama kanak-kanak kerana kanak-kanak kebiasaannya masih belum mampu untuk membuat penilaian kesan baik dan buruk sesuatu perkara itu. Begitu juga dengan drama-drama hantu yang sedang rancak disiarkan sekarang ini di kaca televisyen.
Apa faedah dan mesej yang hendak disampaikan oleh para pembuat drama ini sebenarnya? Aku fikir mereka hanya mengambil kesempatan dan merebut pelbagai peluang tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat. Kementerian Penerangan hendaklah memantau perkara ini dan memastikan para pengkarya kita dapat membuat drama yang boleh memberikan mesej yang baik dan membina dan bukannya membikin drama atau filem yang bodoh dan menghina seseorang.
Kesimpulannya, pembikin drama jangan ketandusan idea. Saya mengharapkan supaya ada pihak yang boleh diharapkan diperingkat kerajaan yang memantau kesan dan akibat drama-drama bersiri yang ditayangkan di TV tempatan. Saya harapkan pihak kementerian membuat keputusan supaya memberhentikan drama bersiri “ Halimah Gigi Jongang” dengan serta merta kerana drama tersebut terus terang menghina mereka yang bergigi jongang.
No comments:
Post a Comment