CATATAN PERIBADI

19 January 2010

JAWAPAN KEPADA KOMEN SAUDARA EDDY

Terima kasih sahabat bloger Eddy. sebelum saya menjawab apa yang ditimbulkan oleh sahabat berhubung komen saya terdahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana saudara sudi untuk memberikan ulasan terhadap komen-komen saya walaupun meminjam blog orang lain.

Sahabatku Eddy,

1. Berhubung perkataan ‘halal’, saya bersetuju dengan saudara bahawa ianya bukannya milik sesiapa samada Muslim ataupun JAKIM. Namun demikian, di dalam penlabelan makanan, perkataan ‘halal’ ini dikhususkan kepada makanan Muslim yang halal mengikut hukum syarak. Bagi tujuan memelihara agar perkataan ‘halal’ ini tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab yang berniat cuba untuk mencari keuntungan dengan cara mengelirukan umat Islam, maka JAKIM ditugaskan untuk memantau label-label halal yang digunakan oleh pengusaha makanan kita. Bukan kita tidak pernah dengar, terdapat kes-kes yang mana terdapat pengusaha yang tidak bertanggungjawab ini yang mengambil Jalan mudah memberikan tanda halal kepada produk mereka tanpa mendapat kelulusan daripada JAKIM. Ada juga pengusaha restorant bukan Islam yang menggunakan ayat-ayat Suci Al Quran untuk digantung di permis perniagaan mereka sebagai satu cara menarik umat Islam ke permis mereka. Cuba kita kaji, apakah niat dan tujuan kedua-dua kes ini iaitu menggunakan tanda halal tanpa kebenaran JAKIM dan ayat-ayat Suci Al Quran. Bagi saya satu jawapan sahaja iaitu untuk mengelirukan Umat Islam. Apabila sampai ke satu peringkat, atau tahap dimana mungkin ada pihak yang akan mendakwa bahawa perkataan ‘halal’ itu bukannya milik JAKIM atau orang Islam, maka kenapa perlu bagi mereka mendapat kebenaran untuk menggunakannya. Inilah isu yang saya cuba ketengahkan. Isu ini relevan dengan dakwaan bahawa “Allah” bukannya milik sesiapa mengikut perlembagaan kita. Jika semua perkara hendak di bawa ke Mahkamah, maka bagaimana lagi keamanan di Negara kita ini hendak dipelihara.

2. Berhubung penggunaan nama Allah S.W.T. yang tiba-tiba yang saya maksudkan adalah di Semenanjung Malaysia dan bukannya di Sabah dan Sarawak. Saya bukannya hendak merperakui penggunaannya di Sabah dan Sarawak, tetapi sepanjang 6 tahun saya tinggal di Tawau, Sabah, saya tak perasan pulak ada gereja di sana yang menggunakan nama Allah di permis mereka kecuali ada sebuah yang dinamakan “ Rumah Doa”. Itupun dah mengelirukan saya. Namun demikian jika saudara mengatakan bahawa Allah S.W.T. telah digunakan di Sabah dan Sarawak sejak sekian lama, itu mungkin betul dan mungkin juga tidak betul.

3. Di dalam Islam, buruk sangka itu ataupun mempunyai syak wasangka itu memang tidak dibenarkan. Namun demikian, jangan pula disebabkan ianya tidak dibenarkan, maka Umat Islam lalai dan tidak mengambil langkah berwaspada terhadap sesuatu perkara. Rasa sangsi itu sebahagian daripada langkah-langkah berhati-hati dan waspada yang saya maksudkan, namun ianya tidaklah melibatkan semua perkara.

4. Walaupun anak-anak Melayu telah didedahkan dengan Islam sejak kecil, namun masih ramai diantara mereka yang masih belum tebal imamnya. Ini dapat dilihat dimana-mana tempat dan kawasan di Negara kita ini ramai anak-anak Melayu Islam yang telah runtuh akhlaknya. Keruntuhan akhlak anak-anak melayu inilah yang membimbangkan Umat Islam kerana ramai pihak-pihak yang sengaja menunggu peluang untuk memesongkan akidah mereka daripada berimamkan Allah yang Maha Esa, tidak ada dua dan tidak ada tiga. Saya tidak salahkan sesiapa , tetapi disebabkan imam senipis kulit bawang itulah maka mereka mudah dipengaruhi samada secara tidak sengaja ataupun secara paksa tanpa disedari.

5. Sebagai sebuah Negara Islam, sepatutnya setiap warganegara yang menghuni di dalamnya memperakui akan hak dan prinsip sebuah Negara Islam dan bukannya membuat pelbagai tuntutan yang dilihat mencabar kesucian Islam itu sendiri. Di Negara-negara Arab, warganegaranya yang bukan Muslim sentiasa sedar diri dan redha dengan keadaan mereka kerana mereka tahu dimana dan bagaimana kedudukan mereka dan pandai pula membawa diri.

6. Tindakan tegas yang saya maksudkan bukannya bermaksud keganasan dan juga paksaan, namun demikian tindakan tegas hendaklah dilihat memihak kepada pemeliharaan kesucian Islam dalam apa jua pertikaian. Saya tidak menyokong sebarang bentuk keganasan kerana ianya adalah langkah dan jalan kepada kehancuran, namun paksaan mungkin diboleh melalui penguatkuasaan undang-undang.

7. Akhir sekali, kepada sahabatku Eddy, semua pihak kena akur bahawa Malaysia ini adalah sebuah Negara Islam kerana majority warganegaranya adalah penganut dan pengamal ajaran Islam. Warganegara-warganegara lain yang tidak menganuti dan mengamalkan Islam diberi kebebasan untuk mengamalkan ajaran agama mereka tanpa gangguan dengan syarat mereka sentiasa akur dan patuh kepada prinsip dan hak sebuah Negara Islam, bermaksud tidak ada niat untuk mengembangkan ajaran agama mereka di kalangan rakyat terutama umat Islam. Yang penting niat kerana segala perbuatan itu bermula daripada niat. Jika ada niat, maka adalah perbuatannya samada cepat atau lambat. Apa yang kita ingin halang adalah niat itu supaya ianya tidak diterjemahkan menjadi perbuatan.

No comments:

Post a Comment