CATATAN PERIBADI

22 January 2010

Daftarlah Sebagai Pengundi Wahai Anak Melayu

Akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan seramai 4 juta lebih rakyat malaysia yang layak mengundi tidak mendaftar sebagai pengundi. Apa masalah mereka ini?

Tidakkah mereka sedar ataupun tahap kesedaran mereka di bawah tahap sedar ataupun mereka sengaja untuk tidak disedarkan bahawa para pemimpin yang sedang memegang tampuk pemerintahan sekarang ini dipilih oleh tangan-tangan rakyat. Tidakkah mereka sedar bahawa majority belum tentu menjanjikan kuasa jika sekiranya mereka lalai untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih dalam PRU. Sekarang ini kita boleh katakan majoriti rakyat adalah orang Melayu Islam , tetapi bilangan itu tidak menjanjikan kemenangan dalam pilihanraya kerana ramai dikalangan anak-anak muda melayu bahkah orang yang dah habis mudanya masih belum mendaftar sebagai pengundi. Bilangan ini belum lagi ditambah dengan mereka yang mendaftar tetapi malas nak keluar mengundi.

Diketika yang sama, tidakkah mereka sedar, parti-parti yang dikatakan kiasu begitu rancak mendaftar para pengikut mereka menjadi pengundi. Siapa yang untung dan siapa yang rugi?. Anak-anak muda kita asyik berselisih pendapat dan pandangan dan masing-masing nak tunjuk pandai, tetapi mereka lupa nak mendaftar sebagai pengundi. Mereka harapkan mak bapak dia orang yang memilih pemimpin. Jika pemimpin yang dipilih tak sesuai dengan selera mereka, maka mereka mulalah kutuk sana sini. Pemimpin kita pula asyik sibuk merancang bagaimana nak terus berkuasa dan bagaimana nak terus mengumpul harta dan merebut peluang yang ada sebelum terlepas ke tangan orang lain. Inilah budaya politik yang harus kita ubah.

Mungkin juga kealpaan para pemimpin kita untuk menggalakkan anak-anak muda kita mendaftar sebagai pengundi kerana bimbang golongan muda ini cenderung untuk memilih parti pembangkang. Satistik PRU 12 baru-baru ini memberikan gambaran apa yang saya cakapkan. Apabila golongan muda kurang mendaftar, maka yang tinggal adalah golongan tua-tua yang pada pendapat mereka (para pemimpin melayu) akan menyokong mereka sejak dulu, kini dan selamanya. Otak brand apa kalau ada yang macam ni punya fikir.

Oleh yang demikian, dalam kita menentang suatu golongan , jangan pula lupa untuk mempersiapkan pihak kita sendiri kerana tanpa kita sedari yang sepatutnya kita sentiasa wajib sedari bahawa musuh sentiasa mengatur strategi untuk memenangi perlawanan. Kita berada diminit-minit akhir masa tambahan. Perlawanan makin hampir wisel penamat.

Ada cadangan? Dicadangkan supaya pendaftaran sebagai pengundi dilakukan semasa didalam Tingkatan 5 sebelum habis SPM. Jika begini, semua orang tidak terlepas untuk mendaftar sebagai pengundi. Bagi 4 juta yang masih belum mendaftar, kuatkuasakan undang-undang terhadap mereka. Bagi saya dah habis cerita, tetapi bagi yang lain mungkin ada cerita lagi.

No comments:

Post a Comment