Bila difikir-fikirkan….. puasa aku tahun macam tahun lepas juga. Hari ni dah masuk 12 hari puasa, sembahyang Terawih pun macam dulu juga. Masih 8 rakaat tetapi ada sedikit perubahan sembahyang witir. Tahun ni aku buat witir 3 rakaat dengan 1 salam sahaja. Cepat sikit balik ke rumah. Nampaknya tak ada perubahyan besar dalam ibadat puasa aku. Adalah sedikit perubahan dimana pada satu malam tu, aku sembahyang malam ( sembahyang tahajud 2 rakaat, sembahyang taubat 2 rakaat , sembahyang hajat 2 rakaat dan sembahyang witir ) itupun pasal ada hajat.
Kalau beginilah keadaannya, tak ada perubahan nampaknya. Ini tak boleh jadi. Umur dah masuk 40 tahun, kalau Nabi Muhammad S.A.W., masa baginda berumur 40 tahunlah baginda menerima wahyu pertama. Aku pulak bila lagilah agaknya nak terima wahyu? Mengarut…mana ada lagi wahyu turun lagi yang diterima daripada Allah S.W.T selepas kemangkatan baginda Rasulullah S.A.W.
Masih belum terlewat untuk melakukan perubahan besar dalam Ramadhan tahun ini. Jangan pulak perubahan besar dibuat dalam soal belanja raya. Bonus pun entah ada ke tidak?
Puasa… Balik Kampung….Raya.
No comments:
Post a Comment