Entah kenapa aku rasa nak ulas sikit pasal UMNO Terengganu. Kalau dulu aku buat tak tahu sahaja, tetapi bila idea datang, maka akupun tulislah.
Ada dua kumpulan yang saling bertentangan sejak PRU 12 yang lalu. Satu kumpulan yang diketuai oleh Mantan Menteri Besar iaitu Datuk Idris Jusoh dan kumpulan kedua di ketuai oleh Datu Ahmad Said yang dilantik sebagai menteri besar setelah berlakunya krisis perlantikan Menteri Besar. Tak perlulah aku ulas dengan lebih lanjut pasal kontroversi itu kerana ramai pihak dah tahu.
Masalah UMNO Terengganu sebenarnya semakin besar. Ini dapat dibukti bilamana ada desas desus 9 orang ADUN yang menentang kepimpinan MB Datuk Ahmad Said akan melompat parti. Kontroversi ini adalah yang kedua setelah kontorversi undi tidak percaya dan ugutan bunuh beberapa waktu yang lalu. Jika tidak ditangani dengan betul dan Jalan penyelsaian yang diambil tidak memenuhi kehendak kedua-dua belah pihak ( bersama penyokong masing-masing ) UMNO Terengganu semakin parah. BN memandang serius krisis yang berlaku terhadap UMNO Terengganu. Jalan penyelseaian yang cuba dirintis oleh Datuk Hisham dan Datuk Mad Said masih belum berjaya memulihkan keadaan. Terbaru dikhabarkan TPM iaitu Tan Sri Muhyiddin sendiri yang menawarkan diri untuk menyelesaikannya. Ini aku fikir satu langkah penyelesaian yang muktamad kerana jika gagal, maka BN di Terengganu akan berhadapan tugas sukar dalam PRU 13 nanti untuk mengekalkan kemenangan mereka.
Sekarang ini puak yang aku fikirkan menjadi masalah ialah puak Mantan Menteri Besar iaitu Mad Deris dan datuk Rosol Wahid. Manakala puak Mad Said iaitu puak juga mempunyai masalah tetapi yang lebih ketara iaiah puak Mad Deris kerana mereka dilihat sebagai penentang. Oleh yang demikian, adalah menjadi keutamaan untuk menyelesaikan masalah puak-puak Mad Deris dahulu. Dua orang yang aku lihat sebagai Mastermind adalah Mad Deris dan Rosol. Puak-puak m,ad Deris ini telah diketepikan oleh Mad Said dalam pentadbiran UMNO Terengganu sekarang. Ini semua berpunca ‘penderhakaan’ mereka terhadap perlantikan Mad Said dulu. “Dosa-Dosa” mereka itu pada pandangan dan penilaian Mad Said cukup besar dan patut dihukum seberapa mampu. Antara hukuman yang mereka perolehi adalah kehilangan cengkaman kuasa dan juga tempat dalam pentadbiran kerajaan Terengganu dan Juga UMNO Terengganu.
Hukuman yang difikirkan tidak adil itu telah menyebabkan puak-puak Mad Deris telah merajuk hati dan sentiasa tidak sehaluan dengan pentadbiran Mad Said. Puncak kontroversi kemelut UMNO Terengganu bilamana ada khabar-khabar angina yang menyatakan 9 ADUN tidak termasuk Mad Deris akan berpaling tadah dengan menyertai pembangkang. Walaupun dinafikan oleh mereka tetapi perkara ini bkanlah sesuatu yang mustahil dalam suasana politik sekarang ini. Jika mereka membuat perancangan jangkapanjang, adalah tidak mustahil mereka akan berpaling tadah.
Sekarang ini menjadi tugas dan tanggungjawab UMNO Pusat untuk membetulkan kembali keadaan sedaya mampu. Maka dengan itu saya tampilkan beberapa penyelesaian yang difikirkan ( oleh otak saya ) mungkin mampu untuk menyelesaikan masalah ini.
Antara penyelesaiannya adalah dengan memberikan jawatan Menteri atau Timbalan Menteri kepada Mad Deris dan jawatan Timbalan Menteri Besar kepada Rosol Wahid. Itu sahaja penyelesaian yang aku fikirkan dapat meredakan seterusnya menyelesaikan kemelut UMNO Terengganu. Jawatan Menteri atau Timbalan Menteri kepada Mad Deris mungkin ada kesukarannya kerana Mad Deris merupakan seorang ADUN. Jika nak lantik beliau, maka beliau mesti dilantik sebagai senator terlebih dahulu. Untuk dilantik senator, maka belliau mesti meletak jawatan sebagai ADUN yang mana ini mungkin tidak terjadi. Aku fikir adalah lebih elok memberikan jawatan bertaraf menteri kepada Mad Deris boleh kot. Manakala Rosol pulak, tidak susah untuk memberikan jawatan Timbalan Menteri Besar kerana beliau adalah seorang ADUN. Kenapa Hanya Mad Deris dan Rosol sahaja yang diberikan jawatan ataupun dipujuk, bagaimana pulak dengan kawan-kawan mereka yang lain. Jawapannya kerana Mad Deris dianggap ramai sebagai Mastermind manakala Rosol pula dianggap sebagai penggerak utama. Manakala yang lain-lain hanya sebagai pengikut sahaja yang menurut perintah sahaja. Mungkin akan ada puak-puak Mad deris yang tidak puas hati dengan Perlantikan Rosol sebagai Timbalan Menteri Besar, tetapi siapa mereka itu? Mereka yang selain Mad Said, Mad Deris dan Rosol sebenarnya tidak boleh mengoyangkan UMNO Terengganu. Semoga dengan cara ini, dapat meredakan kemelut dan seterusnya menlenyapkan sengketa antara dua pihak yang ‘bersengketa’ dalam selimut yang sama.
Saya rasa pihak media dan orang2 politik 2 kumpulan berkenaan hanya mensensasikan isu2 tersebut dan ditokok tambah...
ReplyDeleteSaya nampak semacam generasi muda di terengganu tak peduli pun isu2 ni semua.. Hanya mereka yang nak tunjuk 'gong' dan syok sendiri..
Ini terbukti ramai rakyat pergi ke majlis bersama TPM di Kuala Berang baru2 ni walaupun ramai org2 politik memboikot..
Maaf!! Cakap :-)
Biasa le, Media nak dapat untung. Etika kewartawanan kadang-kadang diketepikan.
ReplyDeleteApa-apa pun, pokok biarlah digoyangkan oleh angin.