CATATAN PERIBADI

05 June 2009

pELUANG pERNIAGAAN

Semalam ada kawan aku telepon dan mempromosi perniagaan air ECPI. Aku pun telefon dia semula dan bercadang nak bincang lanjut pasal itu. Dia masih kat pejabat, jadi aku janji nak telefon semula pada sebelah malamnya. Malamnya, aku terlupa nak telefon, maka pada hari ini, dia telefon aku. Kami bincang serba sedikit pasal penjualan air ECPI. Kawan aku ini adalah merupakan teman sepermainan sewaktu kecil dulu. Umur dia tua 2 tahun dari aku. kawan aku ini adalah anak dua pupu aku. Mak dia dua pupu aku, manakala atuk dia sepupu ayah aku. Kiranya masih saudara rapat aku le dia ni. Ayah dia jadi posmen di KL. Jadi dia dilahir dan dibesarkan di KL. Masa dia kecil-kecil dahulu, setiap kali dia pulang ke kampung, maka kamipun berkawan. Aku berkawan rapat dengan adik-adik dia, secara tak langsung berkawan dengan dia juga tapi taklah sepermainan kerana dia perempuan manakala aku pulak lelaki. Adik-adik dia lelaki.


Kawan aku ni boleh dikatakan sangat popular di kampung aku semasa budak-budak dahulu. Tanyalah sesiapa yang seusia aku, pasti akan mengiakannya [perkara ini. Ini disebabkan dia budak KL, maka ramailah budak-budak kampung aku yang cuba nak ngorat dia. Biasa le budak-budak le katakan. Perkara ini menjadi bualan atau usikan setiap kali dia pulang ke kampung. Memang popularlah dia dan juga adik-adik dia apabila pulang ke kampung. Pada masa itu tahun 70 an, tak ramai orang kampung aku yang tinggal di KL. Bukan macam sekarang ni, bersepah, termasuk aku sendiri. kalau dahulu, jika ada orang kampung yang bekerja di KL ataupun mana-mana negeri lain, apabila mereka pulang ke kampung maka mereka akan menjadi perhatian. Sekarang ni jangan harap. Budak-budak dah tak ambuil peduli. Tapi tak kesah, memang budaya orang sekarang ni yang lebih suka buat hal masing-masing. Mereka hanya kesah hal orang lain bila ada kenduri kendara dan kematian je. Kalau dahulu, jika ada jiran yang masuk wad, ramai-ramai sahabat handai akan meziarah beliau. Ziarah bukan kosong, pasti mereka bawa buah tangan.


Berbalik cerita kawan aku tu. Masa sekolah-sekolah dulu setiap kali dia pulang ke kampung terutama bulan puasa, meriahlah masjid kampung aku dengan budak-budak muda yang cuba nak mengorat dia. Aku tak le sampai ke tahap tu, dia tua dari aku 2 tahun dan tambahan pulak dia comel manakala aku ni terkurang hensem sikit. Lama masa berlalu dan kemeriahan masa kecil itu hilang begitu sahaja tetapi masih tersemat dalam ingatan kami semua termasuk aku dan kawan aku ni. Kami semua dah buat hal masing-masing. Dia dan adik-adiknya dah berkeluarga. Anak sulong dia dahpun berusia 20 tahun manakala yang bongsu dah berusia 5 tahun. 6 orang kesemuanya anak dia. begitu juga dengan adik-adik dia yang lain, semuanya dah berkahwin kecuali ada sorang dua lagi yang masih sekolah.


Nak jadi ke cerita, suatu hari setelah aku di tugaskan di KL, pada bulan puasa tahun sudah aku berjumpa dengan dia. Aku dah tak cam dia kerana dah hampir 20 tahun tak jumpa. Semasa aku ke sebuah restoran untuk membeli lauk berbuka, aku perasan ada seorang perempuan yang asyik pandang aku je. Aku pun pandang dia juga dan berikan senyuman sedekah. Aku memang dah tak cam dia, tetapi nasib baik dia masih cam aku. Memang aku perasan bahawa aku senang nak dikenali kerana rupa paras aku tak dimakan usia ( perasan). Ahkirnya dia tegur aku dan bila dia tegur aku, aku dah boleh agak dah siapa dia. Kami pun bersembang sekejap dan bertukar-tukar no telefon.

Bermula dari itulah, dah dua kali dia hubungi aku. Pertamanya semasa nak raya dulu , dia promosi kueh raya. Aku tak beli kerana isteri aku rajin pulak tahun ni buat kueh. Sampailah semalam dia hubungi aku ( sms) untuk promosi air ECPI. Aku sms dia semula dan menyatakan terima kasih kerana hantar maklumat pada aku. Aku ambil keputusan untuk telepon dia setelah kawan aku kata berminat untuk mengetahui lanjut pasal air tersebut. Aku pun hubungilah dia. Panjang juga kami bersembang. Dia maklum bahawa dia sekarang ni menjaga nenek suami dia yang sakit di Hulu Langat. Aku memang tak pernah kenal suami dia. Masa dia kahwin dulu, buat kenduri di KL.
Macam biasa, setelah habis bercakap-cakap, aku pun berjanji akan hubungi dia jika berminat dengan plan perniagaan ECPI. Aku belum buat keputusan lagi, nak joint ke tidak. Yuran ahli RM50.00 seumur hidup kot?
Malam ni, kalau tak ada aral, aku cakap nak balik kampung, maka dia ambil kesempatan untuk kirimkan salamnya kepada saudara maranya di kampung. Dia minta aku buat tinjauan juga di kampung atau daerah aku pasal air ini. Aku pun berminat juga.

No comments:

Post a Comment