CATATAN PERIBADI

23 January 2009

pERLAWANAN ANTARA MALAYSIA DENGAN UAE

Aku pergi menonton perlawanan bolasepak antara pasukan Malaysia dengan pasukan UAE di Stadium Bolasepak Cheras. Aku tak nak komen panjang berkenaan perlawanan tersebut kerana sudah banyak pihak yang telah memberikan pelbagai ulasan dan komentar. Kesimpulannya, pemain Negara keletihan. Dalam separuh masa pertama, pemain Negara tidak memberi ruang kepada pemain UAE untuk bergerak. Setiap kali pemain UAE mendapat bola, pemain Negara akan terus cuba untuk merampas kembali bola tersebut. Kepantasan ini bukan hanya di dalam kawasan sendiri, malah dalam kawasan UAE termasuk oleh para penyerang. Hasilnya, pemain UAE tidak dapat bergerak ataupun mengawal bola dengan selesa dan membuat perancangan untuk mengatur strategi dan serangan. 20 minit pertama, pemainan adalah seimbang dan pasukan Malaysia kerap menyerang kubu pertahanan UAE. Namun demikian, pemain Negara kurang kreatif mencipta peluang-peluang untuk menjaringkan goal. Dalam ghairah menyerang itu, akibat kealpaan permain pertahanan Negara, pemain UAE dapat melorong bola ke dalam kawasan penalty dan seterusnya menjaringkan gol. Dalam keadaan penjaga gawang hanya berhadapan dengan penyerang, kesalahan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penjaga gaol.

Goal pertama itu sedikit sebanyak telah mengecewakan penonton. Mereka telah mula membaling botol minuman kepada para jurugambar dan juga pegawai perlawanan. Dalam minit-minit akhir perlawanan separuh masa pertama, pengadil menghadiahkan sepakan penalty kepada pasukan UAE. Kalau melihat kepada insiden yang berlaku, tidak berlaku kekasaran melampau terhadap pemain UAE dan pemain lawan pun bukan dalam posisi untuk membuat jaringan. Sepakan penalty ini telah menaikan lagi kemarahan penonton. Kemarahan penonton sudah tidak dapat dikawal lagi apabila semakin ramai para penonton membaling botol minuman kepada pengadil perlawanan yang dirasakan berat sebelah dan membuat keputusan terburu-buru. Nampak sangat dia nak menjaga pemain UAE. Mungkin dia anggap bahawa oleh kerana Malaysia berada di kedudukan yang jauh lebih rendah dari UAE dalam kedudukan pasukan dunia, maka dia bercadang hendak menjaga pemain UAE.

Separuh masa kedua, pemain Malaysia nampaknya semakin letih. Semakin banyak ruang diberikan kepada pemain UAE untuk bergerak. Ini adalah satu kesilapan besar kepada mana-mana pasukan yang menduduki tangga ke 156 dunia apabila berhadapan dengan pasukan yang menduduki tangga ke 106 dunia. Kecergasan adalah faktor sebenar yang mampu membantu pasukan untuk menandingi pasukan yang lebih hebat. Hukuman daripada kealpaan benteng pertahanan Malaysia, maka pasukan Malaysia telah kalah 5 tidak berbalas.

Aku pun pulang ke rumah dengan kekecewaan. Namun demikian, aku akui bahawa adapt perlawanan, ada yang menang dan pasti ada yang kalah. Cuma aku langsung tidak bersetuju dengan penonton yang membaling botol minuman ke dalam padang hingga terkena kepada jurulatih UAE. Tindakan sedemikian akan memberikan gambaran tidak elok kepada dunia luar dan mungkin boleh menyebabkan pasukan luar serik untuk bertandang ke Malaysia. Namun demikian aku tidak salahkan penonton yang bertindakan sedemikian jika dilihat kepada beberapa keputusan pengadil yang jelas kelihatan berat sebelah. Apa-apa pun , para pemain masih lagi menerima tepukan daripada penonton, tetapi kemarahan penonton kepada jurulatih terserlah pada malam tersebut.

No comments:

Post a Comment