CATATAN PERIBADI

21 January 2009

mAAFKAN kESILAPAN dOA uNTUK kEZALIMAN

Sebagaimana kita ketahui , amat sukar untuk mencari keadilan di dalam sesuatu hal terutama yang melibatkan pembahagian. Seringkali kita berhadapan dengan dilema, samada untuk menuruti gerak hati kita ataupun memenuhi keperluan semasa. Perkara ini bukan sahaja terjadi kepada manusia biasa seperti kita, tetapi turut melibatkan para sahabat dan juga isteri Nabi S.A.W. Sebagai manusia biasa, kita tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan bagi menghormati kesilapan manusia, sewajarnya kemaafan diberikan kepada manusia yang membuat silap tersebut dan seharusnya semua pihak menerima dengan redha akan kesilapan yang dilakukan. Namun demikian, jika sekiranya ketidakadilan itu disebabkan oleh perkara-perkara lain yang bukannya berpunca daripada kesilapan, maka satu kezaliman telah berlaku. Seorang manusia yang dizalimi sebagaimana dijanjikan oleh Allah S.W.T. doa-doanya akan sangat mustajab.

Oleh yang demikian, hindarlah diri kita daripada melakukan ketidak adilan secara sengaja hingga menjurus kepada satu bentuk kezaliman kerana sesiapa yang tidak redha kezaliman yang berlaku ke atasnya, maka di akhirat kelak ianya akan dihitung dan seorang manusia yang melakukan kezaliman samada secara sengaja ataupun secara tidak sengaja, maka tunggulah saat kehancurannya.

“ Ya Allah, jika aku berbuat zalim terhadap seseorang, maka ampunkanlah dosa-dosaku itu dan gantikanlah kezaliman ku itu dengan limpahan rahmat dan rezekiMu kepada mereka yang kuzalimi. Ya Allah, hindarilah dan jauhilah aku dari berbuat zalim terhadap makhlukMu. Ya Allah, jika ada sesiapa yang menzalimi diriku, aku pohonkan kepadaMu, kau gantikanlah kezalimannya itu dengan limpahan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah kepada ku dan Kau bukakanlah pintu hatinya untuk bertaubat kepadaMU, sesungguhnya sebagaimana janjiMu, aku berdoa dan memohon kepadaMu Ya Allah”.

No comments:

Post a Comment