CATATAN PERIBADI

13 November 2008

tEMUDUGA III

Dari pengalaman yang sudah-sudah, setiap kali temuduga di jalankan sering kali panel temuduga akan bertanyakan pasal kelebihan yang kita miliki. Objektif daripada soalan ini adalah untuk melihat keyakinan calon terhadap keupayaan diri sendiri. Ramai calon yang terperangkap apabila mereka tidak dapat memberitahu kepada panel akan kelebihan diri mereka. Ini memberi gambaran bahawa calon-calon berkenaan tidak tahu kekuatan diri dan tidak menghargai kekuatan yang mereka miliki.

Kalau dalam tentera,kebiasaannya pihak tebntera tidak akan mendedahkan kelebihan dan kekuatan mereka kerana kalau didedahkan, akan menyebabkan musuh tahu. Itu dalam tentera, tetapi dalam pengurusan kita perlu tahu kekuatan kita dan juga kelemahan kita yang kita panggil analisis SWOT dan hendaklah kekuatan dan kelemahan itu didokumenkan ataupun direkod.

No comments:

Post a Comment