CATATAN PERIBADI

13 November 2008

tANYA uMNO

25 pendatang tanpa izin Thai diberkas selepas bot karam

LANGKAWI: Seramai 25 orang pendatang tanpa izin dari Thailand diberkas malam tadi apabila bot yang mereka naiki karam di perairan Tanjung Kemarung di sini ketika cuba berpatah balik setelah kehadiran mereka dikesan. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20081107124535/Article/

Ulasan: Nasib baik boat itu karam. Kalau tak karam maka makin bertambahlah bilangan Pendatang Tanpa Izin ( PATI ) di dalam Negara. Semakin bertambahnya rakyat asing di Negara ini disebabkan dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah. Bukan sahaja rakyat asing,. Bahkan segala kebaikan dan kegagalan yang dialami oleh rakyat Malaysia sejak 51 tahun terutama orang Melayu hendaklah dipertanggungjawab sepenuhnya kepada UMNO sebagai parti yang mempunyai kuasa sebagai penjaga amanah orang Melayu.


Ekuiti bumiputera secara keseluruhannya belumpun melepasi angka 20% berbanding sasaran 30%. Kenapakah ini berlaku. Sebenarnya banyak persoalan yang boleh dikemukakan kepada UMNO untuk mereka jawab. Namun tidak ramai yang mampu untuk menjawabnnya. Bukankah UMNO telah diberi kuasa yang begitu lama untuk membimbing orang Melayu bagi mencapai sasaran berkenaan. Tidak dinafikan ramai dikalangan bumiputera yang melebihi sasaaran tersebut dan menjadi jutawan hasil daripada dasar DEB, tetapi persoalannya kenapakah masih ramai lagi yang berada dibawah paras kemiskinan. Negeri yang majority penduduknya Melayu iaitu Kelantan dan Terengganu adalah negeri yang dikategori paling miskin. Kenapakah ini berlaku. Ini semua perlu dijawab oleh para pemimpin UMNO kerana dibawah kekuasaaan merekalah, maka semua ini terjadi.


Jika sesuatu berlaku kepada hak istemewa orang Melayu, maka pihak yang bertanggungjawab adalah pemimpin UMNO, kerana merekalah yang diharapkan oleh orang Melayu sebagai mewarisi amanah yang diberikan oleh pemimpin rakyat terdahulu.


Jika sesuatu berlaku terhadap bahasa Melayu sehingga ianya hanyalah untuk dipelajari tetapi tidak ada ruang untuk mengamalkannya, maka tanyalah pemimpin UMNO kerana merekalah yang dipertanggungjawab untuk memeliharanya selama 51 tahun.


Jika berlaku sesuatu terhadap umat Islam sehingga ramai yang tidak mengikuti ajaran yang sebenarnya dan yang paling malang ada yang murtad, maka tanyalah pemimpin UMNO kerana merekalah dipertanggungjawabkan untuk menjaga kesucian Islam dan penganutnya. Tanyakan kepada mereka apa yang mereka buat, adakah dasar-dasar yang mereka buat itu berkesan.


Jika jenayah-jenayah semakin berleluasa sehingga saban hari ada sahaja berita-berita berkaitan jenayah termasuk pembunuhan, maka tanyalah kepada pemimpin UMNO. Bagaimana mereka membentuk pasukan POLIS yang mengawal keamanan Negara. Apakah dasar yang ditekan dalam pencegahan jenayah sehingga berlaku sedemikian rupa. Tanya juga kepada pemimpin UMNO, kenapa mereka mengimport penjenayah-penjenayah dari luar dengan membuka sebegitu banyak peluang pekerjaan kepada rakyat asing sehinggakan ada antaranya merupakan penjenayah.


Jika Cina dan India semakin berani mempersoalkan hak-hak keistemewaan orang Melayu, maka tanyalah pemimpin UMNO kenapa boleh berlaku sedemikian. Adakah orang-orang Cina dan India ini tidak diberikan buku sejarah yang sesuai sehinggakan maklumat yang mereka perolehi tidak tepat dan bercanggah dengan sejarah Negara.


Sehubungan itu, tanyalah kepada pemimpin UMNO persoalan yang berkaitan semua kejayaan dan kegagalan bangsa ku iaitu Melayu di Tanah Airku iaitu Malaysia kerana UMNOlah yang menjadi penjaga dan pengawalnya selama 51 tahun setelah merdeka setelah mewarisinya dari pemimpin terdahulu.

No comments:

Post a Comment