CATATAN PERIBADI

05 November 2008

mUHASABAH dIRI

Kelmarin, aku ada mesyuarat dengan pihak pengurusan tertinggi tempat aku kerja. Isu yang hangat diperbincangkan adalah pasasl semakan gaji kakitangan. Aku sebagai salah seorang AJK kesatuan sekerja yang paling junior. Aku ingin mengkritik diri aku sendiri dalam mesyuarat tersebut. Ada beberapa perkara yang ingin aku kritik pasal diri aku:
1. Aku telah berhujah dengan sedikit emosi. Ini dapat aku rasakan bilamana suara aku yang keluar sedikit gementar. Macamana aku tak beremosi kerana lampur hijau yang makin dinyalakan oleh pihak pengurusan berkenaan semakan gaji kakitangan, tiba-tiba hendak dimalapkan dengan alasan kelembapan ekonomi. Aku berhujah bahawa kelembapan ekonomi akan menyebabkan nilai pendapatan kakitangan semakin merosot. Inilah masanya majikan membantu kakitangan untuk membantu kehidupan mereka kerana semua pihak harus sedar bahawa dalam keadaan ekonomi yang lembab dan merudum ini, kakitangan akan begitu tertekan. Jika majikan tidak perihatin, produktiviti kakitangan juga akan terjejas.
2. Aku memotong cakap pengerusi merangkap wakil pihak pengurusan dalam mengemukakan pendapat. Aku tahu memotong cakap dalam perbincangan terutama cakaop pengerusi adalah satu perkara yang tidak elok, tetapi kalau aku tak potong cakap, bila masa aku diberi peluang bercakap. Aku potong cakap pun ketika pengerusi tarik nafas. Potong cakap cara profesional. Kalau tidak hilang idea. Sepatutnya aku minta laluan untuk mencelah daripada pengerusi untuk bercakap, barulah semua orang menumpukan perhatian dan setiausaha pun dapat catat minit. Ini tidak, aku main potong je. tapi aku anggap itu wajar dalam keadaan tersebut kerana aku lihat pengerusi mesyuarat seperti nak memonopoli mesyuarat. Aku datang bukan nak dengar taklimat, tetapi nak bermesyuarat dan capai keputusan yang dipersetujui bersama.
3. Aku ada timbul perasaan nak geram kepada Presiden kesastuan aku dan rasa tidak senang aku itu aku tunjukkan dalam mesyuarat tersebut. Sepatutnya aku tak boleh tunjukkan sikap sedemikian kerana ianya boleh menjatuhkan kredebiliti presiden kesatuan dan seolah-olah kelihatan aku nak mengajar beliau. Macamana aku tak rasa geram, presiden nampak semakin mengendur dalam perbincangan. Aku lihat dia dah mula bersetuju dengan hujah-hujah pengurusan dan sampai satu ketika beliau seolah-olah membuat rayuan kepada pengurusan sedangkan perkara yang dibincangkan baru pendahuluan, belum masuk isi lagi. Jadi secara tidak sedar aku sedarkan presiden aku supaya jangan buat keputusan dahulu kerana apa yang dibincangkan baru pendahuluan dan belum masuk isi-isi lagi.
4. Aku juga kritik diri aku kerana membantah cakap rakan AJK dalam mesyuarat tersebut. Macamana aku tak bantah kerana rakan aku itu mewakili kakitangan, tetapi dia seolah-olah bersetuju dengan pihak pengurusan memburuk-burukkan kakitangan. kebetulan yang diperkatakan itu membuatkan aku terasa.
Inilah antara pengalamana aku masuk dalam mesyuarat yang mana kebanyakannya seperti masuk taklimat daripada pihak pengurusan. Penguruisan masih anggap bahawa ahli-ahli kesatuan itu lebih rendah tarafnya daripada mereka dan oleh itu mereka nak menopoli mesyuarat secara memberi taklimat.

No comments:

Post a Comment