Aku kagum dengan pendirian Dato' Mukriz berhubung cabaran debat yang dikemukakan oleh YB Rembau. Sebelum isu debat ini dibahaskan dengan lebih mendalam, Dato' Mukriz telah mengeluarkan kenyataan mengenai pendirian beliau bahawa debat ini tidak perlu diadakan kerana ianya tidak menguntungkan parti bahkan mungkin boleh mendedahkan kelemahan parti kepada pihak pembangkang. Setelah Dato' Mukriz menyatakan pendiriannya, barulah pemimpin-pemimpin lain turut sama mengeluarkan kenyataan seperti Dato' Mustafa mohamad, Dato' Hisham, Tan Sri Muhyidin dan lain-lain yang mana mereka semua berpendirian bahawa belum masanya lagi debat diadakan. Saya percaya kenyataan pemimpin-pemimpin ini bukannya bermaksud menyokong Dato' Mukriz tetapi inilah pendirian yang sewajar dan sepatutnya diambil oleh mereka buat masa kini. Namun demikian pada masa yang sama terdapat para pemimpin yang bersetuju debat ini diadakan kerana mereka berpendapat melalui cara ini ( debat) para calon dapat menyatakan visi dan misi mereka dan diketika yang sama, para perwakilan dapat menilai sejauh mana kewibawaan calon-calon yang menawarkan diri. Ada juga pemimpin yang berpendapat bahawa setiap orang calon yang menawarkan diri untuk merebut jawatan termasuk jawatan presiden turut sama menyertai debat.
Pada pendapat saya, debat yang ingin dianjurkan itu hendaklah dilihat kepada objektif utamanya. Saya dapati tidak ada keperluan buat masa kini untuk berdebat jika sekiranya objektif utamanya adalah untuk menyampaikan visi dan misi serta wawasan perjuangan seseorang pemimpin. Banyak ruang-ruang media boleh digunakan untuk menyampaikan visi dan misi serta wadah perjuangan seseorang calon tersebut. Contohnya sepertimana yang dilakukan oleh Astro Awani melalui rancangan Atma Khas Asia di chanel 501 ASTRO. Selain itu, boleh dikatakan setiap minggu akhbar-akhbar arus perdana menyiarkan temuramah dengan calon-calon. Bagi tujuan memberi peluang samarata kepada semua calon yang bertanding, maka eloklah ruang temuramah ini diperbanyakkan ataupun UMNO bolehlah menerbitkan satu Edisi Khas setiap minggu untuk diselitkan dalam Akhbar setiap minggu. Edisi khas ini hendaklah memuatkan cerita-cerita berhubung pemilihan UMNO termasuklah temuramah-temuramah dengan calon-calon yang bertanding. Dengan ruangh yang sebegitu luas ini maka tidak ada keperluannya untuk mengadakan debat jika hanya hendak menyatakan visi dan misi serta wadah yang dibawa oleh seseorang calon. Lagipun, berapa peratuskan penonton yang menonton debat itu terdiri daripada perwakilan yang akan mengundi, saya fikir yang banyak menonton adalah parti pembangkang kerana mereka sentiasa sahaja akan berusaha untuk mencari isu-isu baru untuk melemahkan lagi kekuatan UMNO.
Kesimpulannya, berdebat bukanlah kaedah terbaik bagi calon untuk mendedahkan visi dan misi mereka , namun debat ini lebih kepada untuk melihat calon mana yang pandai berhujah dan mendapat sokongan ramai, sedangkan hakikatnya belum tentu mereka boleh menjadi seorang pemimpin yang baik. Yang, lebih utama bagi UMNO sekarang ini ialah memikirkan cara-cara untuk mengatasi Politik Wang yang dikatakan semakin berleluasa yang mana jika tidak dibendung, maka merosakkan rakyat dan Negara.
Salam ziarah :-)
ReplyDeletehttp://TeamPemudaUMNO.blogspot.com