Syor TGNA untuk mempastikan hanya kakitangan yang menunaikan sembahyang 5 waktu dan sembahyang Jumaat sahaja yang dinaikkan pangkat nampak begitu pelik dalam keadaan sekarang. Amalan perancangan dan pengurusan sumber manusia sekarang ini hanya mengiktiraf pekerja-kekerja yang cemerlang dalam bidang masing-masing tanpa mengambilkira kecemerlangan pegangan agama mereka.
Pada saya, syor yang dikemukakan oleh TGNA itu satu permulaan yang menarik bagi merobah sistem amalan pengurusan sumber manusia yang sedia ada yang penuh dengan amalan-amalan yang ditegah oleh Allah terutama oleh mereka yang mempunyai kuasa seperti rasuah, kronisme, nepotisme , zalim dan sebagainya.
Oleh kerana syor TGNA ini merupakan satu permulaan, saya percaya banyak pihak akan melihat kepada kesukaran perlaksanaannya sahaja tanpa menyentuh kepada kebaikan yang tersembunyi disebaliknya. Saya percaya ada pihak yang akan menyatakan, ini akan menyekat peluang kakitangan bukan Islam untuk menikmati kenaikan pangkat. Bertapa mudahnya mereka membuat analisa dan keputusan sebelum mengkajinya terlebih dahulu.
Mungkin ada yang berpendapat sesuatu pendekatan Islam itu agak sukar untuk dilaksanakan dalam masyarakat majmuk seperti Negara kita ini, tetapi suatu yang tidak boleh disangkalkan bahawa, kebaikan dan faedah yang bakal diperolehi cukup besar dan kadang-kadang menglangkaui akan manusia. Namun tidak ramai yang sudi untuk memperakuinya disebabkan sibuk untuk membincangkan kepada kesukaran untuk melaksanakan tetapi lupa untuk membincangkan objektifnya..
Sepatutnya kita membincangkan objektif syor itu terlebih dahulu sebelum membincangkan berkenaan perlaksanaannya. Jika sesuatu syor itu mendatangkan kebaikan dan faedah yang besar kepada rakyat, barulak dibincangkan soal perlaksanaannya. Mungkin akan ada kesukaran untuk melaksanakan sesuatu syor itu, tetapi oleh kerana objektif kita adalah untuk melaksanakannya, maka kita akan berusaha untuk mencari Jalan memudahkan perlaksanaannya.
Inilah sepatutnya pendekatan yang perlu diambil oleh kita apabila membincangkan sesuatu syor yang berdasarkan Islam.
Lepas ni, aku cadangkan kepada TGNA supaya mengsyorkan hanya memilih calon-calon yang khatam Al Quran dan dapat pula membaca Al Quran dengan baik betul sahaja diambil bekerja. Barulah terkial-kial para pelajar kita mengaji Al Quran dan belajar Al Quran. Al Quran akan menjadi pelajaran wajib di sekolah-sekolah dan bukan setakat belajar membaca sahaja, tetapi belajar mengenal segalanya tentang Al Quran. Kerosakan anak-anak muda kita sekarang ini disebabkan mereka jauh daripada Al Quran. Bukan sahaja anak muda, orang tua pun ramai yang tidak dapat membaca Al Quran dengan baik dan jauh sekali mengenal makna dan maksud Al Quran itu sendiri. Semakin hari Al Quran menjadi dilupakan dan sudah ramai yang menganggap Al quran itu sama taraf dengan buku ilmiah yang lain yang diletakkan di rak-rak untuk pameran.
Aku cadangkan, selepas tamat Tingkatan 5, setiap murid Islam mesti belajar tentang Al Quran selama setahun sebelum melanjutkan pelajaran dimana-mana pusat pengajian tinggi ataupun ingin menamatkan sekolah. Ini bermakna selepas tamat Tingkatan 5, masih ada 1 tahun lagi sebelum tamat alam persekolahan. Kerajaan boleh buat semuanya ini, tetapi seperti biasa, ramai yang akan membincangkan soal perlaksanaannya tetapi tidak membincangkan objektifnya

No comments:
Post a Comment